Wednesday, 4 April 2012

- Umur bukan ukuran kebahagiaan -





Bismillah...


Perkahwinan adalah permulaan di mana kita mula memasuki salah satu ibadah di sisi Allah swt. Jika betul pemahaman kita mengenai hal tersebut, maka ia boleh menjadi satu permulaan yang baik. 


Cuma masyarakat kita sering di momok kan dengan pandangan negatif bila, USIA menjadi ukuran dan titik noktah yang hebat dalam membina sesebuah rumahtangga. Aku juga tidak faham, mengapa manusia suka menilai akan sesuatu itu bedasarkan umur mereka.


Padahal Rasulullah s.a.w mengahwini Aisyah juga pada ketika itu Aisyah masih kanak-kanak dan Baginda tetap dan masih melayan Aisyah dengan penuh kasih sayang.


Walhal masyarakat kita hari ini memandang sinis akan mereka yang mahu berkahwin awal atas alasan yang tidak munasabah dan juga menyakitkan hati. Kata-kata seperti ini misalnya :


1. Kahwin awal banyak dugaan,kau dh bersedia ke?
2. Tak takut kena control dengan isteri/suami ke?
3. Susah nak jadi ibu/bapa pada usia muda ni..
4. Sah-sah gatal sebab tu nak kahwin awal...
5. Belum tentu kau bahagia la..


APA KEBAHAGIAAN ITU TERLETAK PADA USIA?


Aku kadang-kadang cukup tidak mengerti dengan golongan seperti ini. Padahal berkahwin itu dapat mengelakkan kita daripada melakukan maksiat, dapat memenuhi dan saling lengkap melengkapi.. Selain daripada dapat membahagiakan pasangan masing-masing dan memenuhi segala tanggungjawab yang telah diamanahkan...Bersiap sedialah untuk dididik dan membenarkan diri untuk dididik . Itu lebih baik. Bukan dari segi mental dan fizikal sahaja, bahkan deen dan morality juga.




.............................................................................................................


ISLAMIC MARRIED,


Wedding ceremonies in the present time have become too extravagant. People no longer stick to what is permissible (halal). They become inclined towards the haram. These are people who use their aqal to disobey the light of guidance. The Prophet said: Announce a marriage by playing the drums. There are permissible musical instruments, yet people still opt for the haram. Muslims have the tendency to go overboard in organizing a wedding. They are keen on following the customs of the kaffir where men and women mingle freely and the bride kisses her husband's hand openly in public. When you follow those who do not emulate the Prophet's customs, where is the barakah?

A heart that receives light, a heart which longs to be in the gathering with Rasulullah s.a.w, will not care about following wedding customs which are devoid of shariah. Whoever follows a particular group, he/she is with the group. Therefore, think, who is it that you wish to follow!






Apa yang penting, berbalik pada hati. Andai hati kita suci murni, ikhlas dan jujur mendirikan rumahtangga kerana Allah, segalanya akan menjadi baik. USIA bukan penentu kebahagiaan . Tua muda hanya angka dan waktu yang tetap hebat bermula dan utuh berakhir.


Pada aku, perkahwinan merupakan jalan terbaik untuk kita berubah... Yang jahat menjadi baik, yang panas menjadi sejuk, yang kotor manjadi bersih, yang kelam kabut menjadi tenang, yang pahit menjadi manis...Yang gelap menjadi cerah, yang suram menjadi terang...




Selidik di mana silapnya kita. Silapnya aku mungkin kerana, aku tidak mampu menjadi isteri/suami yang baik kepada pasanganku...Silapnya aku kerana tak mampu membuat pasangan ku tersenyum bahkan membuat dia menangis...Silapnya aku kerana tidak mampu membuat dia bahagia bahkan memilih untuk menderita....Buka mata hati untuk menerima apa sahaja yang baik..Allahumma Ameen. 







If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me





No comments:

Post a Comment