Thursday, 5 April 2012

100 Tokoh Wanita Terbilang





Bismillah...


Sejarah adalah tauladan hidup
yang baik untuk dipegang
yang jahat untuk dikekang
Ia laksana sebuah pohon rendang yang tumbuh
bercabang yang kukuh
beranting yang rapuh
yang bergayut pada cabangnya yang kukuh selamatlah ia
yang berpaut pada rantingnya yang rapuh celakalah ia

Tauladan hidup untuk manusia yang hidup
yang sedar itu hidup
yang lalai itu mati
cerita-cerita yang melambangkan sejarah hidup insani
untuk dikenang sebagai lambang
terkumpul di dalam 100 kuntum yang kembang
100 tangkai yang tidak songsang
100 contoh yang gilang gemilang
100 Tokoh Wanita Yang Terbilang.....!

- syed ahmad semait -


Akan aku kongsikan buku yang aku baca ini bersama-sama. Buku yang telah lama diterbitkan iaitu pada 24 Jun 1989. Masa tu umur aku baru setahun jagung.hihi. 

Moga-moga apa yang aku lakukan ini akan menambahkan faedah kepada para pembaca. Walaupun masih belum habis membacanya aku dapat rasakan kadang kala bakat yang ada pada sesetengah kaum wanita itu akan melebihi kaum lelaki jika diberi ruang dan peluang.


Jadi, aku akan update entry seterusnya....nantikan....







ok bye. 


1 comment: