Wednesday 31 October 2012

Iddah -Wanita yang kematian suami



Bismillah..
 
 
 
 
i. Firman Allah Taala mengenai iddah wanita yang kematian suami:
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah Mengetahui apa yang kamu berbuat. (Surah al-Baqarah: 234)

ii. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tinggallah engkau di rumahmu sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari." (HR Abu Daud & Tirmizi)


 
 
**********************
 
 
 
 soalan :
 
saya ingin menanyakan satu soalan. adakah seseorang isteri yg baru kematian suami dan dalam iddah boleh keluar seperti menghadiri kelas ugama dan melakukan tugas2 harian seperti ke pasar dan mengambil anak dari sekolah? terima kasih.  



Jawapan:




 



Bagi isteri yang kematian suami tempoh iddah (berkabung) ialah 4 bulan 10 hari. Seboleh-bolehnya tidak keluar rumah kecuali jika ada keperluan yang mendesak dan terpaksa seperti bekerja dan sebagainya.

Andainya, tugasan seperti ke pasar dan mengambil anak dari sekolah tidak dapat dilakukan oleh orang lain, maka pastinya ia tiada pilihan lain selain terpaksa dipikul tugasan tersebut. Allah itu lebih mengetahui pada keadaan hamba-Nya.

Adapun menghadiri kelas agama tidak termasuk dalam keperluan yang mendesak. Ianya boleh disambung selepas selesai iddahnya. Perlu diingat bahawa iddah antara lain hikmahnya untuk memastikan agar rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah.

 
 






p/s : Kelas agama pun tidak termasuk dlm KEPERLUAN yang mendesak, apatah lagi perkara lain. THINK!


























Tuesday 30 October 2012

Kala Allah mengujimu.....aduhai kerja ku...



Bismillah...

 
 
 
 
 
 
Lately, susah sangat aku nak tersenyum. Senyum juga tapi penuh kepalsuan. Berdosakah aku? Bebanan kerja yang semakin menggila,buat aku sedar yang bukan mudah mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
 
Kadang-kadang aku rasa nak tumbuk-tumbuk je dinding office ni bila boss mula tak faham yang kerja yang kita buat ni bukan semudah yang disangka..Tambahan pula, deadline yang diberikan sangat lah huru hara.Kita dah cuba buat yang terbaik, tapi takdir bukan di tangan kita. Contohnya, kita dah buat satu kerja..tapi tiba-tiba laptop/pc kita hang or restart dgn sendiri sebelum sempat kita nak save...Masa tu lah kita selalu berharap yang boss akan mengerti dan fahami keadaan kita..
 
Therefore, as a worker of Allah, we have every reason to be happy when we rise in the morning and leave home for work and then to come home and continue working.  Kerja tak pernah habis..Celik je mata terus kerja..kerja..kerja..
 
Morality nya apa? Kita menganggap kerja sebagai ibadah kan lebih baik. Menulis, bercakap memang senang bukan? Nak buat secara berterusan dan telus (istiqamah) itu yang susah. *terpalit pada batang hidung aku sendiri*
 
 
 
 
 
 “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Thursday 25 October 2012

9 DhulHijjah 1433H .Arafah dalam ingatan





Bismillah...

Selama aku hidup, ini kali pertama aku mula mengetahui erti 9 Zulhijjah yang sebenar.....MasyaAllah Tabarakallah.....Mudah-mudahan aku terus ikhlas dalam memahami dan belajar segalanya....
Terima kasih buat yang sudi memberi ilmu itu....

Dipetik dari slot Salam Baitullah semalam ,Haji yang mabrur itu tidak boleh di perolehi hanya bila duduk  dihadapan Kaabah sahaja, tetapi sebaliknya di dalam HATI...Sayu hati aku semalam.....Mudah-mudahan abah dan ma mendapat Haji yang Mabrur...Ameen Ya Allah....

Perhaps, on that day, we should be saying....Terima kasih Ya Allah kerana aku berjaya menjejakkan kaki kesini..Terima Kasih Ya Allah kerana aku mampu mengangkat kedua belah tanganku to make du'a...Terima kasih ya Allah kerana aku mampu bercakap,bukan setakat bercakap tetapi bercakap dengan jelas...Terima kasih ya Allah kerana memberi aku mata,jadi dengan itu aku dapat melihat kebesaranMU,dan dengan penuh kebesaran terima kasih Ya Allah kerana mampu membuat aku menangis walaupun aku tidak dapat melihatMU....





Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina  Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)





p/s : aku juga punya hasrat untuk ke sana...Until that day..year after year


Labaik Allahuma Labaik. Labaika Laa Syariikalaka Labaik. Innal Hamda Wani'mata Lakal Walmulk. Laa Syariikalak.(Aku Datang Kepada MU Ya Allah, Aku Datang. Aku Datang Dengan Tidak Mensyirikan Engkau, Aku Datang. Sesungguhnya Segala Kepujian Kepada Engkau, Segala Ni'mat Dari Engkau & Kerajaan Kepunyaan Engkau. Tiada Sekutu Bagi Engkau)



















Wednesday 24 October 2012

Diam Mencari Kekuatan



Bismillah..

Tak paham dengan sejenis "orang" yang suka mendongak ke langit sampai lupa jengok rumput kat bumi. Berperang dengan perangai manusia yang bermacam-macam karenah. Sakit otak aku dibuatnya.Nasib aku fikir, kerja itu IBADAH.Kalau tidak, rasanya mungkin cukuplah setakat KONTRAK 2 bulan! 

Diam.Harini aku diam.Berat rasa nak membuka mulut. Diam mencari semula kekuatan yang hilang.Diam mengembalikan ion positif. Diam mencuba untuk ikhlas. 

Ya Allah, setelah Engkau memberi sedikit limpah rahmat rezekiMu kepadaku,maka ku mohon sudilah kiranya Kau cukupkan rezeki itu kepadaku..Semoga dengan itu,aku masih mampu merendah diri hingga tiada satu perkara pun yang dapat aku banggakan....Aku mohon juga Kau beri kekuatan kepadaku agar aku sentasa cekal menghadapi hari-hari ku.....Ameen...Allahumma Ameen...















Tuesday 23 October 2012

Autocad/ GstarCAD



Bismillah...

30&31 hb ni..Aku kena gi kursus otocad kat Sunway. Hopefully aku dapat kutip sebanyak-banyak nye ilmu..sobs! Takut gok sebenarnye.....Nanti balik,boss tanye..tak reti buat lagi....matai la.....Doakan aku tak blur ye kawan-kawan...Nanti kalau aku dah teror, boleh aku share dgn korang sikit2...hihi..GTG...babai..

















































penin kan penin kan.kan kan...makin besar biji mata kami bila buat benda alah ni...:p














Monday 22 October 2012

Monday Blues : Mengantuk!



Bismillah...

Kami mengantuk gila pagi ni...Semalam kami bercadang nak puasa harini, tapi kami lupa nak niat sblm tidur semalam...Pastu yang paling best sekali, pagi-pagi tadi kami minum vitagen dalam keadaan mamai. Rupanya, baru kami ingat, semalam kami terlupa nak minum air lepas makan roti..So, maknanya kami tak puasa la harini....

Kak anna kami buat roti  john pagi tadi....BAPAK SEDAP GILA. Rasa nak balik makan lagi.....:)..mekasih kakak ku...

Semalam Ahad kan...Tapi kami kena kerja...Sedih kan...Kami sampai umah nak dekat pukul 11pm. Balik2 tengok, baju sebakul tak basuh....hihi! Nasib baju banyaaaaaaak lagi. Jadi, tangguh la dlu sebab kami dah tak larat nak buat pape....Tidurr....ZZZ~

Pagi tadi "kawan" kami kejutkan...2x dia call kami...Kami mengantuk sampai kami ingat kan semua tu mimpi...Nasib yang kali ketiga, kami terjaga di alam yang nyata....Mata kami berat sangat...Tak buleh nak bukak....Kami rasa mesti bapak syaiton yang duk bergayut kat mata kami...Cepat-scepat kilat kami selawat..hihi....

Now, kami kat office..Masih terbayang-bayang lagi kesedapan roti john kak kami buat tadi...melekat di celah gigi gigi kami yang cantik bak iklan colgate tu...muahahahahahahaha...najissssss kecil! Nak resepi?Tanya la kak kami ok...

Cuaca mendung gila sekarang ni...Kami pakai serba kuning anak raja harini tau..Bajet nak jadi permaisuri kepada Sultan Faris kami la kan...tapi,nak buat mcm mana, jodoh tak ada...haha..Tapi, kami lagi suka jadi cik salmah samseng kg dusun! kikiki..

Merapu meraban dah harini hai...Sebenarnya banyak keje ni, tapi kami mengantuk lagi ni....lek luuuuuuuu kata kawan kami cho...kihkihkih...ok lah semua, sebelum kami mengarut paramparam, kami stop dulu ok....


Jaga diri,hiasi peribadi..yang paling penting, jaga hati...babai....






sarip : abang nak tanya, awak nak keje ke tak?
aku : nak!
sarip : kalau nak keje, kena ikhlas. boss suh g keje,pegi jela..
aku : ok..hihi.:p
























Saturday 20 October 2012

Piala Malaysia 2012.



Bismillah...

Terus terang cakap, rasa nak gelak laju-laju je malam ni....hahaha....Penuh status BOLA sana BOLA sini....Kami? Cuma pemerhati aje...kehkehkeh....Rase menari-nari bulu ketiak kami baca status yang akan diupdate setiap saat di FB masing-masing..hahahaha...kami rasa mcm nak unsubcribe je smua org..tapi kami tak jumpa button nak click tu..hehehe...alahai.....ATM vs KELANTAN ... 

Ayat yang kami selalu pegang bila keadaan dah menjadi tegang...hiihi..."Menang tak untung,kalah tak rugi...Menang tak bersorak, kalah tak menangis bro" hihihi...kami kental je....Iya kan aja apa yang org nak state kat kami...

Menggila semua orang nak provok, mcm pengulas bola sepak pulak...Yang aku kelakarnye kenapa si Zainal Abidin tu cakap Saiful Apek pulak? Bukan ke penjaga gol Kelantan tu Apex je ..tak dek kena mengena dengan Saiful Apek pun..Ataupun dia nak cakap yang ada penjaga gol pandai buat lawak? Ala-ala tangkapan anak ayam....kikiki.....

Masa aku menaip ni, aku tak tau lagi keputusan team mana yang menang tau.Jadi uols jgn cakap i ni bertindak sperti lalang ya...hihi....Kita memang lahir di KL,sekolah pula di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat....Tapi, ibu bapa kami orang Pantai Timur, Kelantan Darul Naim...Jadi, kami kena sokong mana ni?hehehe

Kami tetap merahsiakan nya.....SAYA PILIH MENGUNDI. *tiba-tiba* hekhek..Kami rasa nak tergelak je bila tiba-tiba kami ada baca 1 status ni kang kan kan...Dia macam anti je kat Team Kelantan..hikhik...Lagi-lagi bila dia tau kami ni tak sebulu dengan dia...Opsss! Kantoi tak kami mcm buyers kat team mana?hahaha....Kami tak sokong la...Kami cuma meniup semangat je dari jauh...Tapi, kami pelik betul...kenapa la dia tak ubah-ubah lagi perangai dia...Suka sgt provok kami..Dah la tu, kata kami ni maafkan dia tak ikhlas...Berdosa tau dia kata kami mcm tu...Sebab dia tak tau isi hati kami...haha..penin nyaaa..kami merapu apa tak tau ni...:p

Eh....Tiba-tiba hilang mood. Boss kami hantar mesej ni, kata esok kena KERJA!Hello....esok ahad kot....Bencinyaaa kami.....Hilang mood kami nak tengok BOLA...sobs! Makan gaji mcm ni la....Org suh dtg ahad, punnnn kena dtg .... hehehe...Tak baik kan kami merungut....Tapi...kami pun nak rehat juga....1 hari rehat mana cukup....Dahla semalam kami kuar ofis nk dekat pukui 12 malam...Kesian kat kami....:(.....Keje lebih 12 jam tau..org lain keje berbelas jam cuti pun berbelas jam juga...kami? Keje lagi banyak dari rehat...Otak kami dah tepu sangat.....:(


Ok lah uols..kami lapar ni...xtau nak mkn apa..kami nak gi dapur jap sementara tunggu org kejar bola tak abes-abes lagi....hikhik...Kami cuma harap, orang yang tak suka sangat negeri darah daging kami yang miskin ni sudah-sudah la nak menyakitkan hati kami....Asal mula je masuk padang, nak sakitkan hati kami...Ikut suka kami la kami nak sokong mana pun....Sibuk la...Dahla yang sibuk tu, negeri dia tak masuk, that's y lah meraban...Elok masuk kan muka dalam tin biskut pastu meh sini kami buat gendang ketuk ketuk.Mau? hihihihi....Hobin tak masuk tahun ni, so diam jela... Jangan nak meraban tak pasal bulih tak?kikikiki..




p/s :  Menang tak sorak, kalah tak nangis...Kami kental je.....Selamat malam pantai timur ku.....*gomo di hati kami*


ni gambar lama tau...jangan percaya,sebab kami kat depan TV je ni...hihi..kami stil xtau team mana menang ni...tapi kami stil harap "merah" kami menang... kalau tak menang pun tak apalah... janji tak tangkap bola mcm tangkap anak ayam....hahaha! ade aku kesah? :p





owh ya, kami nak bgtau ni..TV kami problem tau. kejap kejap die gelapp je...protes la tu kami nak tgk bola...hihi...babai semua....much love!






























Friday 19 October 2012

Kita hanyalah INSAN.



Bismillah...

Lumrah manusia, mempunyai "kepandaian" yang berbeza-beza mengikut keupayaan masing-masing....Mungkin bagi kita, semudah ABC, as simple as that, TAPI mungkin bagi sesetengah orang ianya amat sulit dan sukar. Jadi, tolongggg lah jangan assume yang semua orang mempunyai pemikiran yang sama!

Begitu juga dengan keupayaan seseorang...Mungkin ada yang betah bekerja dalam tekanan.Tapi tak mustahil yang kecundang sebelum berperang. Jadi, tolong jangan assume, manusia semua mempunyai kekuatan yang sama!

Sijil,diploma,ijazah,phd dan sebagainya mungkin "simbol" kepandaian seseorang tapi ianya bukan TIKET untuk kita merasa "gah" atau mendongak ke langit hingga lupa menjenguk rumput di bumi...Tolonglah faham, semua yang dimilik kita hari ini adalah "IHSAN" dari Allah buat hambanya....Jadi, sepatutnya bersyukurlah....Yang di atas jangan menindas yang dibawah...Yang di bawah pula jangan mengambil kesempatan......

Aku TIDAK melihat "kepandaian" seseorang melainkan, bila bersama dengannya kita akan merasa TENANG. Bagiku, ketenangan seseorang itu simbol kepandaiannya..Pandai mengawal emosi, bijak mengatur bicara, pandangan mata, riak muka, kawalan nada suara,menghormati "situasi" orang lain, memahami perasaan, paling penting menjaga HATI...Tiada lah guna, kalau belajar sehingga ke peringkat paling tinggi sekalipun, tapi bila bercakap menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan kita....hmm

Apa,siapa,bagaimanapun kita....Kita tetap menghirup udara yang sama....Berlantaikan bumi yang sama, dan berbumbungkan langit yang sama...PERCUMA bukan? Jadi, tak perlu menganggap diri terlalu "besar" kerana di sisinya kita semua hanyalah sebagai HAMBA! Berlapang dada lah supaya kita lebih menikmati hidup yang tenang...

Janganlah melihat seseorang dengan pandangan kekurangannya sahaja...Buka lah sedikit ruang untuk kita melihat betapa "indahnya" kelebihan yang dimiliki.......Wallahua'alam bissawab...




p/s : Ya Allah, setelah kau beri rezeki kepadaku..Maka, kau cukupkanlah pula rezeki padaku...Jangan sampai aku mengejar dunia sehingga lupa pada akhirat....Ya Allah, aku mohon sudilah kiranya kau beri aku "kekuatan" untuk menempuh apa sahaja dugaan dan ujian yang datang..Sesunggunnya Engkaulah yang maha mengetahui....Ameen...












































Thursday 18 October 2012

Hassan oh Hassan







Bismillah..

Masa buat keje tadi, tiba-tiba nampak satu nama : Hassan. Terus teringat peristiwa lebih kurang 13 tahun yang dulu...hihihi.. Masa tu aku sekolah rendah lagi...Hikhik. Zaman makan cikedis ayam harge seposen tu...Yang plastik die kaler ijau pastu kopok die kaler kuning,masin masin....Kehkeh..

Nak dijadikan cerita, Hassan tu paksu member main masak2 aku..Kebetulan dia dtg KL.Semua org takut dgn dia sebab dia mcm psycho sikit. Tapi, pada aku..dia ok je...Aku ni memang pelik sikit.Lagi orang tak suka, tak nak kawan, lagiii la aku nak kawan dgn org tu..Teringat dulu member aku nama Afida...Semua org tak nak kwn dgn dia...Tapi, aku sorang je kwn dgn die.Aku kesian kat dia,lagipun bila tgk dia,mengingatkan aku pada nenek..entah, dgn kurus,kecik..hmm...sygnye aku pd Afida, sampaikan aku sama2 tak pegi sekolah dgn dia..berpakat.. Pastu bila dia kena rotan dgn cikgu, aku pulak yg nangis. Patutnya aku yg pujuk dia, tp dia yg pujuk aku...Dari kecik aku memang cengeng..Punya aku syg kat Afida tu..Mana la Afida sekarang ni...Semoga dalam lindungan Allah, sahabatku....:(

Berbalik pada Hassan, aku pun tegur la paksu kwn aku tu...Dulu, aku duk Kg.Pinang...Susah aku nak gambarkan betapa sentimental value nya Kg Pinang tu..InsyaAllah, akan menyusul entry Kg Pinang...So, rumah kwn aku tu belakang sungai...Sungai tu tempat org kg buang sampah (pencemaran sg kan)...So, tiap kali aku buang sampah, Hassan tu mesti tegur aku....Aku pun borak-borak jela...die keluarkan kepala ikut tingkap,pastu borak itu ini.....Macam ahli mesyuarat tingkap kan... Kipas lipas..kehkeh

So, nak dijadika cerita...jengjengjeng...Korang ingat tak dulu ada 1 zaman yang gila pakai gelang getah kaler itam tu...kat leher pakai cantik sangat..kat kaki ..kat pergelangan tgn...Aku try search tp tak jumpa la....so, aku draw sikit, so korang boleh imagine lah ... draw bodo2 je..bkn autocad pung! hihi


So, gelang dia lebih kurang mcm tu la...kaler hitam...Getah elastik rasanya...Aku punye la gembira Hassan bagi aku 1 set..hihi..Sebab time tu, aku tak beli pun..Mampu tgk org pakai je....ngehngeh...Bila Hassan dah bagi, aku memang pakai la tiap tiap hari...Pada aku, ku berkawan dgn Hassan tu ikhlas, tak dek maksud pape...Yela, masa tu aku bebudak lagi wei....

Jeng..jeng..jeng....Satu hari, jiran sebelah umah aku mengetuk pintu dikala magrib menjelang tiba...hihi...Aku ingat lagi, time tu aku pakai baju tidur jalur2 warna warni....amboi kau.....Nabihah nama jiran aku tu...Dia bagi 1 surat yang dilipat wangi....Aku tanya, sape bagi? Dia jawab Has bagi...Has? aku pelik kot....Aku pun tak cakap banyak...Dengan menggigil-gigil masuk kan surat tu dalam baju..Terus menuju ke bilik air..Dengan mentol lampu kaler kuning, aku membaca surat tu laju-laju sambil bukak paip air...TEKTIK supaya org tak tau aku buat apa...kahkahkah..Rupa-rupanya si Hassan telah meluahkan rasa hatinya melalui surat tu...kikiiki...Tulisan pensel siap ada tarikh dgn masa lagi wei....Wangi surat tu bau bedak..hihihi...

Last skali kantoi jugak dengan family aku sebab aku nangis pas kuar bilik air tu...Mungkin perasaan takut + unpredictable dan sbgainya..Yela,time tu aku skolah rendah plak....Lgipun Hassan tu 20++ la time tu....Kuikuikui....mungkin aku terkezut sgt tak......Kehkeh...Keesokkan harinya, aku nampak Hassan lagi.....Aku cuba menjauhkan diri aku pada Hassan...Tertanya, persahabatan itu lebih indah dari "perasaan cinta".. Kerana aku menerima Hassan hanya sbg kawan sahaja...

Satu petang, sebelum aku ke Sekolah Agama,Hassan lalu dengan beg balik kampung...Memandang tepat padaku dan melemparkan senyuman....Aku membalasnya juga dengan senyuman tapi penuh dengan sejuta persoalan....Nak ditegur,lidah kelu...Aku cuma memerhati dari jauh...Dia menoleh kepadaku lagi......Dan ternyata, itulah kali terakhir aku melihat nya sehingga hari ini...Aku cuma mampu menghantarnya pergi dengan lirikan mata sahaja.....

Padaku,Hassan tak bersalah..yang bersalah tu ajis....eh? Itu sarjan Hassan...OK2...serius..padaku Hassan dan aku sama2 tak bersalah...Mungkin kita terlalu muda untuk melahirkan perasaan itu...Pada Hassan yang aku tak tau dimana dia sekarang, ku doakan kau bahagia dan selamat dunia akhirat hendaknya....:)



tension gila bila tgk citer ni, family aku mesti nak ejek aku....Hasangg arr...hansangg arr....Lu suluh wa mali, wa mali...(dialog apek dlm kebun getah)..heh heh heh...Hassan penakot tak mcm abg ajis~~~~





















Wednesday 17 October 2012

Jangan Mengharap Pada Yang Tak Sudi




Jangan salahkan aku
Bukan aku yang meninggalkanmu
Kau yang pergi jauh ke hulu
Diam tak bertalu
Membuat aku kaku
Lebih dalam bisu

Jangan salahkan aku
Bukan aku menjauhimu
Kau yang memilih jalan buntu
Letih dalam lesu
Penat tak menentu
Meracau setiap waktu

Jangan salahkan aku
Bukan aku yang membencimu
Kau yang mengguris hatiku
Pantas aku diam selalu?
Menangis dalam sendu
Menyanyi tak berlagu

Jangan salahkan aku
Jangan salahkan takdir
Salahkan dirimu
Yang tak pernah menghargaiku dulu
Dan bila aku punya "seseorang" itu
Kau lantas mendekatiku
Melemparkan rasa dendam itu
Melempiaskan rasa cemburu itu
Melahirkan rasa rindu dulu

UNTUK APA?



Belajarlah untuk menerima dengan ikhlas...Aku sudah punya pengganti...Pergilah sejauhnya..Agar nama ku terus hilang....Hilang bersama kenangan....






-nurulain-
















DhulHijjah 1433H



















Tuesday 16 October 2012

Manjakan diri di SPA.



Bismillah...



Ahad lepas aku sempat mereleasekan tension yang ada di SPA. Ok..Boleh tahan bestnya...Aku dah sign up sebagai member 2 bulan yang lepas... So, treatment yang aku dah pernah buat antaranya Jacuzzi, Face Spa (facial), dan Tangas.

Jacuzzi


ni la rupa tempat yang ko rang akan berjacuzzi...serius memang best gila...sejuk tahap supergaban tau...korang sandar kat dinding mesin tu patu ada ombak ombak buih kuar mcm urut badan korang...fuhh...syiokk woo..


So,kebiasaannya kalau orang ramai kat spa...korang akan berkongsi dalam 2-4 orang la....Tapi kalau korang ni jenis yang pemalu and suka kan privacy, make sure buatlah appointment...Almaklumlah, pakaian nak buat treatment kat spa ni kan agak kesexyan sikit, so korang decide sendiri okay.... Aku buat sensorang je aritu....Bagai donia aku yang punya...hihi...


Face Spa (Facial)



Kalau dah namanya facial, macam biasalah....Mesti muka korang akan dirawat punya...Dicuci, pakai penyegar, urut-urutan kecil, pakai moisturiser,bla..bla....Hasilnya kulit korang akan gegegebu gila..Lepas aku buat rawatan ni aku memang bajet aku mcm Fazura weh...Kikikiiki...very over the sea kan? 


Tangas

* sorry, tak ada gambar..tak sensuai gitu*

Actually, tangas ni rawatan untuk "kaum hawa" sahaja...Untuk membersih,menyegarkan, melancarkan pejalanan darah, mengatur pejalanan period, dan bla..bla...hee....xmau cakap.uolss tanye lah therapist nanti k..keep it secret! ehem!
Cara dia senang je...Dia akan bagi wap yang dibawahnya ada ramuan herba, dan korang akan duduk kat wap tu okeyh....:)..Panas? hehe...don't worry...suam-suam kuku kambing je....Ape jadi? Segar, wangi, dan bersih...Salah 1 cara kaum hawa nak kekalkan kebersihan di bahagian sulit...so, keep on doing gurlz!



*****

So, untuk 14hb 10 haritu, aku amek package Special Spa ENTRY.


Aku pilih untuk buat treatment yang aku belum pernah buat lah kan..Baru lah best....Cuma, bab2 massage ni aku tak amek...hihi...Bukan apa, faktor kegelian kesensitivitian yang agak kemelampauan tahap boleh naik kaki, so stop on doing that! hehe....


Spa Hydro Theraphy


Senang citer ni mcm jacuzzi la....naik kecut duk dalam tu..sejuk...Kalau badan korang kotor dengan daki-daki, boleh tengok ada bendasing(daki) yang melekat kat dinding-dingding mesin tersebut...:)


Detox Body Scrub


Yang ni paling aku suka la....hihi...Memang duk menunggu-nunggu yang ni pon...Scrub jangan tak scrub..Biar hilang segala daki yang berkilo-kilo bila timbang ni...Aku nye therapist ni baik hati gila sampaikan kat tapak kaki pun nak scrub, apa lagi.........memang naik kaki la..haha....Aku geli kot! Ok, kak tak payah buat. Die senyum aje...Macam mana nak spa ni, kalau geli sana sini...Tak pe, kat tempat geli tak payah buat! Hahaha...ade aku kesah?Tapi, uolss kalau dah kawen,lagi senang...suh suami?isteri korang je yang scrub kan...Huntung kan? Tak payah kuar duit..tehehehe...:)
Hasilnya? Kulit aku bapak gebu tahap kucing parsi wei..Perh..kagum aku...Therapist aku cakap, kulit aku kebabom walaupon aku gemok. kehkehkeh...Kau hado? Kelebihannya scrub ni, kulit korang akan semakin putih,gebu,bersih tanpa sebarang daki (haha),dan akan rasa high confident level..Aku syorkan untuk semua buat ye...:)


Yogurt Body Therapy 


Lepas scrub, korang pun akan di body yogurt kan...Hihi...Wangi...lembut..Lepas selesai di yogurt kan, korang kena tunggu kering...Pastu baru la mandi......:)..Aku rase best gila masa ni...


Body Moisturizing Therapy


Lepas yogurt aku dah kering, aku pun pegi la mandi .Make sure mandi bersih-bersih tau....Sabun kat situ bapak wangi gila...rase nok buat balik umoh je...haha....Tapi, pas mandi, aku minta izin nak solat dulu....Dah masuk waktu asar mase tu..Lepas solat terus sambung balik wat moisturizing ni....Therapist aku tanya nak flavour ape..Rose or Lavender? Aku pilih rose dlu...:)..Dia pun sapukan moisturiser a.k.a mcm lotion je kat seluruh badan....Wangi menggila....aummm...hihi....Bila dan kering, aku dapat rasekan lembut, halus nye kulit aku...gila aku syok sendiri tau tak! hihi..

Eye Pillow Therapy



Sebenarnya eye pillow ni tak best pun...Ala, rehatkan mata je...hihi...Rilex2.....Tapi, dah ada dalam pakej, aku layankan jela.....:)


Ginger Tea


Last skali, bila dah siap semuanya..Dah pakai baju cantik-cantik..Kita akan dikaunseling oleh Therapist sambil menikmati Ginger Tea yang aku tak suka ni...Walaupun baik utk kesihatan,aku tetap tak suka..Minum dua teguk terus cakap,saya dah tak nak minum...Kikiki....Ade aku kesah?hehe...



Kesimpulannya, korang kena try gi manjakan diri di SPA ok....Apa salahnye dah penat buat keje, jaga anak, kemas umah, ulang alik naik mto g keje, tension jem dan sbgainya...Ni lah masa yang sesuai nak release kan segalanya....Rilex, santai..disamping menjaga kesihatan dan kebersihan diri....Ok, challo bete...

Owh ya, aku gi SPA ni tau.....D' Aura Spa . Tapi, kalau korang ada spa yang lagi best dan murah, silalah inform aku ok....Thanyou guys! much love




senyum memewek selepas menikmati ginger tea...kikiki



Ni la therapist aku...so gebu kan?hahahaha..baik and sporting! boss dia aku tak pernah jumpa lagi..hope boss baik la....sbb staff pun dah baik kan.....zzz~




p/s : tengah cari slimming program/treatment pulak...sp2 ade info, do inform me ya...:)