Bismillah...
Alhamdulillah...hari ni aku rasa dah semakin sihat, banyak benda yang buat aku stress. Bnyak hati dan banyak perasaan yang tak terjaga, begitulah. "Remember the good, Forget the bad".
Aku berminat nak kongsi apa yang aku fikir dan rasa. Mengenai pendidikan keibubapaan atau ilmu rumahtangga yang tidak diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Paling tidak pun, harus ada subjek yang menekankan pentingnya pendidikan kekeluargaan...Sebagai contoh :
- How to be a good father?
- How to be a good mother?
- How to be a good husband?
- How to be a good wife?
- How to be a good children?
- How to be a good grandchildren?
- How to be a good great grandchildren?
Haa...itu maksud aku. Seingat aku,sistem pendidikan di Malaysia lebih menerapkan akedemik semata-mata,sepertinya untuk mencintai negara,pemimpin, mengenali sistem pemerintahan dan sebagainya..Memang ada elemene-elemen yang aku maksudkan tadi dalam subjek-subjek tertentu tetapi terlalu sedikit dan tidak mencukupi....Kerana kita hidup selebihnya bukan hanya untuk mengenali sistem pemerintahan negara semata-mata tetapi untuk mencari kebahagiaan dalam kekeluargaan. Dan aku dapat lihat,punca masalah sosial hari ini berpunca daripada faktor utamanya "pendidikan dalam keluarga" itu sendiri.
Apapun,siapalah aku nak bersuara macam tu..Lain lah kalau pendapat aku ni dibahas dalam parlimen.kihkih...Tak kisahlah,asalkan aku rasa pendapat aku ni benar. Mungkin,kalau dulu masa aku belajar, banyak ilmu pendidikan keibubapaan atau kekeluargaan diterapkan,aku tak rasa aku dan semua orang akan jadi macam sekarang ni,unless mereka dapat ilmu tu dari sumber lain.
Teringat aku akan 1 kisah yang bagi aku cukup sempurna...Pelbagai moral value yang ada dalam cerita ni...MasyaAllah,sehingga hari ini aku masih imagine bagaimana hebatnya sebuah perjalanan hidup baginda Rasulullah..
Sewaktu itu baginda Rasulullah berada di rumah bersama Aisyah.Baginda tiba-tiba dikejutkan dengan satu suara bising dari arah luar.Lantas baginda bangun seraya mengintai melalui jendela.Dilihat beberapa orang kaum Habsyah sedang menari-nari sambil memegang lembing di dalam masjid.Lalu baginda Rasulullah bertanya kepada Aisyah :
" Ya Humaira, mahukah kamu melihat sesuatu?"
Aisyah menjawab " Ya, aku mahu."
Lantas Aisyah merapati baginda dari arah belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu Rasulullah sehinggakan pipi nya bersentuhan dengan pipi Rasulullah. Mereka melihat bersama-sama gelagat kaum Habsyah menari-nari. Lama kemudian, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, :
" Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihatnya?"
Aisyah menjawab, " Belum".
Jadi, baginda Rasulullah turut menemani Aisyah melihat nya lagi. Selepas itu,baginda bertanya lagi, :
" Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihat ?"
Aisyah menjawab, " Belum lagi ."
Kali ini Rasulullah membiarkan lagi Aisyah melihatnya.. Dan kemudiannya, baginda bertanya lagi kepada Aisyah untuk kali ketiganya, :
"Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihatnya?"
Jawab Aisyah kali ini, " Ya,aku sudah puas melihatnya"
Lantas baginda Rasulullah keluar untuk menyelesaikan masalah diluar apabila dilihatnya Saiyidina Umar telah membaling batu kepada Kaum Habsyah tersebut kerana telah menari-nari di dalam masjid. Lantas baginda menasihati Umar supaya bersikap lemah lembut lah apabila ingin menegur kerana masjid adalah tempat untuk segala-galanya.....
MasyaAllah..Tabarakallah....setiap kali aku teringat akan kisah ini aku menangis...Menangis kerana sedih, masih ada pemimpin yang seumumnya kita tahu betapa sibuk nya tugas baginda tapi masih mampu bermanja dengan isterinya. Bukan itu sahaja,bahkan sanggup melayan kerenah isterinya...Memang Rasulullah idola terbaik kepada para suami...sikap nya yang suka memanjakan isteri dan romantik membuatkan sekalian wanita arab begitu mencemburui Aisyah. Dikatakan bahawa, Aisyah sengaja mengatakan bahawa dia tidak puas melihat Kaum Habsyah tersebut menari kerana ingin melihat dan tahu siapa dia disisi Rasulullah.Ternyata, baginda sangat menyayangi Aisyah...
Tetapi bagaimana dengan para suami kita pada hari ini...Kalau dulu,baginda Rasulullah suka menghabiskan masa di rumah jika tiada urusan di luar,suka memanjakan isterinya...tetapi,kita hari ini...suami lebih suka membuang masa diluar yang entah untuk apa....Adapun di rumah,juga sepertinya tiada. Si suami asyik dengam hobi sampai lupa perasaan dan keadaan isteri..
Aku teringat, menjadi kebiasaan kaum Arab dulu, apabila mereka keluar untuk berperang atau berjuang, mereka akan membawa isteri-isteri mereka untuk bersama berdiri di belakang barisan pejuang-pejuang mereka...Ini bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang, keberanian, memberi semangat dan kekuatan kepada si suami....
MasyaAllah....Tetapi, keadaan suami hari ini berbeza ternyata berbeza...Dikatakan kuno dan "haruslah mengikut peredaran masa broo"..ada pula yang memberi jawapan sinis begini "kau tak kawen lagi, kau mana tau...nnti kau kawen baru kau tau langit tu tinggi atau rendah"..Allahurobbi...
Para suami hari ini malu,malu bila si isteri ada di belakang mereka untuk memberi sepenuh perhatian dan tanda kasih sayang mereka. Malu dikatakan queen control,malu dikatakan itu ini....Aku,sebagai bakal seorang isteri tidak menolak kemungkinan apa shj akan akan berlaku...Cuma, hanya untuk menyatakan kami sebgai isteri telah melaksanakn tanggungjawab tuntutan taat dan patuh kepada suami. Tetapi, adakah suami telah mengabaikan atau terlepas pandang hal seremeh itu? Jawablah nanti,jawpan apa yang hendak diberi itu...di sini cuma ingin mengingatkan sahaja.
Dikatakan, dibelakang seorang suami yang hebat ada seorang isteri yang hebat juga. Tapi, dunia zaman sekarang, suami lebih lebihkan hobi dan kawan-kawan pula...Jadi, boleh tukar lah kot dibelakang suami yg hebat ada kawan-kawan dan hobi yang hebat juga.
Aku sedih yang entah untuk apa....Padaku perkahwinan itu perubahan. Perubahan yang paling hebat. Kata orang, komunikasi,persefahaman,tolak ansur,kesabaran,pendengar yang setia,saling memenuhi kehendak dan sebagainya itu kunci kebahagiaan.Aku tidak menafikan. Tapi,padaku "perubahan" adalah kunci utama sebuah perkahwinan.
Apa-apa pun, lebih seronok jika suami yang mahukan isteri sekaya dan seteguh Siti Khadijah, semanja dan sebijak seperti Siti Aisyah, secantik dan rupawan seperti Siti Asma',semulia dan sebaik seperti Saudah,berhati lembut seperti Zainab....seharusnya juga menjadi suami yang SEHEBAT Rasulullah.
Wallahua'lam....
p/s : Barakah tidak akan turun dengan sendirinya jika kita tidak berusaha untuk mencari dan menjadikan perkahwinan kita perkahwinan yang diredhai oleh Allah dan mengikut sunnah Rasulullah.
No comments:
Post a Comment