Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.
-A. Samad Said-
Jawapan untuk semua yang masih dalam kekeliruan. InsyaAllah
..................................................................................................................................
Pada aku,
Perhimpunan itu hak? jadi teruskan...May Allah protect us and our countries! Ameen Allahumma Ameen. (abu)
duduk bantah tak nampak si gagah atau siapa...duduk bantah bukan duduk untuk melihat sesiapa...untuk membela maruah tercalar....:)
bukan medan peperangan yang dipandang hina....apa guna dataran merdeka diberi nama...biar saja menjadi dataran penjajah eloknya...andai duduk sahaja bisa menggegar dunia, perlu apa berdiri membuta tuli memekak kan telinga...kebal kuat rapuh atau hancur bukan pada maruah negara tapi pada maruah rakyatnya. :)
silakan si gagah perkasa.aku disini bukan bersuara untuk setiap keringat mu yang menitis perit pedih. silakan berjuang untuk negara, moga moga ketulusan itu ada baiknya...aku disini cuma duduk diam tak terusik... moga moga si gagah punya kuasa juga tidak menjentik kami walau cuma si duduk bantah. :)
begitulah harapan ku pada sesiapa yang merasa mereka terlalu berkuasa....harap mengerti kita bukan siapa siapa..cuma meminjam segenap dari yang Maha Esa. :)
-nurulainalaui-
cucu sedara Tok Janggut tak gentar.kihkih !
No comments:
Post a Comment