Friday 27 April 2012

7 orang di bawah lindungan Arasy







Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda :


"Adalah tujuh orang yang akan dilindungi Allah di bawah rahmatNya pada hari yang tiada perlindungan selain dari lindungan Allah iaitu :






1. Imam (pemerintah) yang adil.

2. Pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan kepada Tuhan.

3. Lelaki yang hatinya saban waktu berada di masjid.

4. Dua lelaki yang mencintai satu dengan yang lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.

5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita, ia berkata " Aku ini takut akan Allah!".

6. Lelaki yang memberi sedekah dengan sembunyikannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

7. Lelaki yang mengingati Allah s.w.t bersunyi diri sehingga berlinangan air matanya.














No comments:

Post a Comment