Friday 29 March 2013

Semua nak komplen la manusia ni!



Bismillah..

STRESSSSSS betul la................................................................

Pakai pelik pelik sikit mesti kena komen! Pakai tudung banyak bunga pun kena komen pakai tudung merelip pon kena komen. Aku tak suka betul la. Aku kan, ORANG NAK PAKAI KEPALA BAPAK ape pon aku tak pernah peduli. Dah kau suka, kau pakai la. Kau pakai tudung awning senget benget cam peah jual tempe pon aku diam. Kau pakai kain ketat cam tipah jual lepat pon aku diam. Aku tak kata apa.

Apsal time aku je mesti nak kena cakap cakap, nak kena komen komen. Aku beli guna duit aku. Duit aku sendiri.PAHAM?
Dah aku suka tudung relipppp relippp kau susah ape?Aku tak guna duit abah kau pon kan...Ha ni yg nak marah ni.....Berat ke tak ke peduli ape?Yang pakai kepala otak aku, bukan kepala batak ko.

Hari hari jumaat yg indah ni jgn cari pasal la.Bikin mood baik jadi sialan tau tak. WEHHH, kira baik aku pakai tudung relippp.Kalau aku pakai baldi merelipppp baru kau tau. Tu belum aku bawak fesyen dari eropah lagi.Ni baru fesyen dari kampung aku je.

Naharom betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini dia lah siakap manusia kita. Semua nak mengata orang!Jaga diri sendiri je boleh tak?Sibuk jaga tepi kain orang padahal kain sendiri koyak pon tak sedar! SEDIH wei.

Aku punya dirri aku punya suka la nak pakai gaya ape.Gaya hana tajima ke gaya hanot tajimot ke. Ape lu worang bimbang? Gua tak caras laki lu kira sudahhh baik!!!!salam tahi dari gua.





Thursday 28 March 2013

Ku bilang, Teknologi bukan setakat membunuh!



Bismillah....



Seram? Aku juga,mungkih lebih dari siapa yang tahu. Dulu sebelum pon dimomok kan oleh smartphone, aku dah buat entry mengenai Teknologi Membunuh. Tapi makin hari aku tengok, pengguna smartphone dah jadi mcm stupidphone! (bukan semua, tapi almost) almost tu paham paham la maksudnye ye....an..an..an...

Tak kira lah apa jenis smartphone ke tab ke ipad whatsoever gajet yang digunakan hari ini, aku lihat banyakkkk keburukan daripada kebaikan. (Aku tak suruh korang setuju dgn apa yg aku cuba sampaikan,cuma ini pendapat aku)

Mana tidaknya, ibu mertua pun sanggup toreh dahi menantu beb gara-gara cemburu dgn .....dengan...nak ckp pon mls...korang baca la sndiri! Sedih aku dengar...Mana satu yang salah, aku tak mahu menghakimi. Biarlah mereka sahaja yang tahu. 

Dunia hari ini, dunia yang merosakkan pada pemahaman aku. Apa tidaknya, setiap masa kita bercinta dengan dunia "jalur lebar" cuma dengan hanya hujung jari ...Cuma hanya dengan hujung jari??? YA!!

Sekarang, siapa yang tiada smartphone, tiada instagram, tiada fb,tiada twitter, tiada keek, tiada itu,tiada ini ,mereka dianggap ketinggalan zaman beb...Perhh..Agak berdesing telinga aku..Cuma terpaksa menerima realiti kehidupan alam millenium..

Seingat aku waktu sebelum bermula zaman millenium ni, perkara paling bermakna sekali, ialah bila dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara, rakan sepermainan....Indah! Kita berkongsi cerita, bermain bersama...Tak dapat aku gambarkan. Tapi sekarang, berkumpul ramai-ramai pun mcm tak ada guna..Masing masing menghadapppppppppppppp phone masing masing 88jam tanpa henti. Kau tweet sana, kau ping sini, kau sibuk amik gambar sendiri, kalut nak up kat instagram,sampaikan nenek kau ajak sembang pon kau buat bodohhh je...Lepastu kau sibuk ajak keek..konon kau macam bagus, sampaikan kau tak kenal sp tok sedara kau, sepupu kau...

Gila!!Ini semua kerja gila! Tak musatahil satu hari nanti di masa hadapan, aku akan lihat mak panggil anak untuk makan hanya dgn tweet2 je #jah,turun makan, @mak dah masak! pfffftttttttttttt.....kelass kenn!! 

Alangkah ruginya hidup ini. Aku sangat mengambil berat akan hal ini. Meskipun aku juga pengguna alam maya dan memiliki 2 blog, tapi aku tetap tidak bersetuju dengan penggunaan smartphone,atau apa sahaja gajet, pada setiap masa.Aku sangat tidak menyokong.Sangattt. Paham maksud itu?

Lihat sahaja di warung warung makan, anak muda masing masing tersenyum seorang diri melayan gajet. Padahal waktu dulu-dulu, pantang bertemu tak kering idea nak dibualkan..soal kehidupan,soal agama,soal isu semasa.... Itu yang membuat hubungan kita semakin rapat! Tak macam dunia hari ini...Berkawan mcm naharom je semua..Nak kejar gajet baru memang laju laju..Sape paling latest, dia paling hebat..see?..Tu belum lagi cerita yang tengah bawak kereta pun sanggup ni nak balas whatsapp for android...Tak kurang gila jugak dengan penunggang motosikal pun..sempat aje ber"bbm"..zzzz~ 

Aku malas nk cerita banyakk..............Aku tau ramai yang tak bersetuju. Tapi, dalam tak bersetuju tu pun, aku rasa ada benarnya apa yang aku katakan ni....Ada benarnya. Mungkin banyak benarnya...Malas nk kata dah. Lantak korang la. Janji aku tak setuju langsung dunia "jalur lebar" menguasai manusia hari ini. Oppss...aku sikit pun tak cemburu tau dengan benda benda mcm ni..Jangan salah faham.

Ingatan buat semua, nak berinternet pun berinternetlah sedaree..tapi jangan ler melampau yer sedareee....hihi...

Jaga diri..jaga peribadi..yang penting jaga hati....tata!!!!














Wednesday 27 March 2013

Ini baru betul cemburu buta!



Bismillah..

Mood mengantuk! So, stop keje jap. Mengular secara harom. Aku teringat-ingat kisah Romantika Yusry Lisa kat Astro semalam. Betul-betul cemburu aku tengok. 

Tak tau kenapa jantung aku berdegup kencang sepertinya kenderaan mahu perang (lagu dewa19)..Gila!! betul punye  bahagia...Mau tak bahagia? Semua kau hado wei....Sama cantik sama hensem...Sama kaya sama raya.....

Yusry sediakan rumah besar untuk lisa surirumahnya..kikiki...Besarr wei, semua ado..Tinggal cuci kaki,bawak badan je masuk. Omaiiiiiiiimaiiii......*pengsan* ..Siap boleh cakap, setakat ni kami belum lagi "tergigit lidah"..Paham tak adik adik? That means...diorang tak pernah gadoh la..................Fuyyyooo.....

Haruslah tak gaduh.....hehe...penat sikit ajak ayang gi spa...wakakaka! (tak caya tengok la Romantika) hehe...haddoi...si suami buat suprise kat isteri...isteri buat kejutan kat suami...perhhhhh...cemburu buta-buta i ni...Sampai termimpi-mimpi semalam ....eh jap  suprise dengan kejutan tu sama je kan?? heee....Huntunggg la kome berdua......

Nampaknya cita cita aku untuk kawen dengan orang kaya yang hensem dah diambil oleh lisa..oh men?haha...Jangan marah uols....iolss gurau je.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (tanda seru tu tak puas hati sambil ligat aku makan karipap pg td)..

Mungkin perasaan cemburu ni datang kerana aku tak cuba nak belajar untuk bersyukur? Atau ini cuma perasaan biasa yang dialami oleh semua orang ehh?ehh?hehe....Tak apalah ape ape pon. 

Wei...kalau mcm ni hari-hari, boleh dah aku caras blog abg nara ni! haha..jeles kat artis tak pepasal.....haha...Jap lagi kak cham suka tido kat tadika mesti komen kat blog aku...Tak pon fahrin ahmad full dtg komen...hahaha....adoiiiiii...

Btw, bnyk entry tersimpan padat dalam draft..Tak sempat nak update.nanti citer lagi..babai.




Ni kat Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast. Tempat impian aku. Diorang dah caras lagi.hahaha. 























SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Bismillah...



Tetiba aku rasa nak join segmen ni...kakak aku dah lama join..nak tambah kenalan katanya..aku pun nak jugak..:)








Jumlah follower : 29 je beb......




p/s : Kalau sudi, follow lah yer...sape nak join klik SINI..lagi 5 hari je..




Monday 18 March 2013

Rock Ooo..Rimba Bara Berseluar Hijau. :)



Bismillah...

Cerita pasal Sabtu lepas yang sangat mak jemah oulss...Buat pertama kali keduanya gua pergi KL naik moto bro..First time dulu ngn kakak gua tahun 2010, tu pon sebab nak pergi amik kereta kat pejabat abah kat trafik jalan bandar sana tu...

Tetiba pagi sabtu lepas gua terasa sangat zaman 90-an rock kapak...wakaka. Dengan sluar hijau dan baju kuning gua redah aje ke KL...Tak semena-mena lagu BPR menjadi nyanyian kecil dalam hati. (keunggulan cinta dari sinar mata..............yang bergelora~ ~ ~) hahaha....

Sampai je area masjid negara, dengan gaya rock lagi, gua terlanggar side mirror satu van ni....on men?dengan senyuman like a doremon gua ckp sorry .harap2 orang tu paham bahasa mulut gua ni....nak body language tak boleh sgt..almaklumlah naik moto....Rockkkkoooo...hiihihii

So mencilok sana sini...Alhamdulillah sampai lah sudah tempat parking moto area pasar malam jalan TAR.
Tak banyak cerita, gua terus menuju ke pertama compleks...Perhh,melihat pintalan awanan biru yang seakan-akan mengikut jejak gua ke pertama membuatkan kenangan menaiki bas mini dengan mak gua dlu menjengah kembali bro...nostalgia betul...

Lalu di celah celahan geng-geng pasar malam yang baru bertungkus lumus nak bukak kedai.Ada yang tertido sambil kaki ke luar tingkap van..kihkih..Masih jua gua teringat zaman gua kecik dulu-dulu....betul KL memang nostalgik! Anak sejati KL katakan.....kahkahkah.pfftttt......

So setel bayar tu bayar ni, beli itu dan ini....Habis smua gua borong. Mcm datang tadi naik LORI je.Padahallll..........kannn.....So, panas terik membakar kulit kulit ni membuatkan perasaan nak balik membuak-buak. Gua ambil keputusan balik terus aje...Dengan barang banyak,naik moto lagi..memang sangat awesome bro...kikii..

Gua start moto gaya Azroy gila gila remaja dan terus memecut laju ..Tiba di puduraya, jalan menjadi sesak gila...Gua tengok banyak rempitan yang naik divider..Gua pon dengan konfiden level yang sgt tinggi setinggi KLCC, naik la divider tu.....Ingat power sangt bila dah pakai seluar hijau....Tapi...............................................DENGGGG! Moto terbalik bro....wakakakaka....Tu semua gara- gara divider tinggi pastu rider dia perasan azroy tahap supergaban.Padan muka.padan muka.haha...So, ade sorang bro yang blakang gua tu tulun angkat lerr....pfffttttttttttttt!

Malu tahap alsupergaban..kikiki...Tapi gua tetap mantain rock ooo....kikiki...Buat gaya macam tak dek apape...kelasss kan.....hahahha......Sempat lagi check seluar hijau gua ada tercedera tak...haha.....yang penting gua dah selamat.....:)

Kesimpulannya.......KETAKUTAN BUKANLAH FAKTOR BAGI GUA.hahahha...bye.













Wednesday 6 March 2013

Anak Bongsu.


Bismillah...


|entry mencilok dari pakcik google|



Anak bongsu memiliki sifat menyenangkan dan manja disebabkan oleh mempunyai kakak-kakak dan abang-abang di atasnya jadi dia merasa bergantung kepada kakak atau orang tuanya (pada umumnya tapi tidak semestinya. ade juga yang independent).Sensitif, cepat menangis dan kuat merajuk antara salah satu sifat anak bongsu yang tak dapat dielak .(WAHHHH..Sentapp mak hayam! aku lerrr tu...zzzzz~)

Selalunya anak bongsu dikatakan kurang sesuai untuk jadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tidak semua kot, aku tegas ape...wakakaka).Cepat marah dan kepala angin, tetapi cepat cool...(hahahaha)

Positif nya jadi anak bongsu ini umumnya berbadan paling sihat (perli aku tahap kuang ajar namanya nih...wakakaka), jarang mengalami sakit apatah lagi penyakit yang berat-berat (kronik), dan biasanya paling awet muda (baby face la gitu.hahaha.tu betol betol betol..haha). Sifat negatif anak bongsu adalah sangat boros! (dulu yerrr,skang jimat sikitttt.tettttt)


Biasa mereka memiliki pembawaan yang menyenangkan seperti pandai bergaul, popular (bab ni aku tak yakin. kau igt aku retiss nak fofulerrr sgt..pffft..) tetapi mudah membuat orang jatuh hati (orang berasa senang dan suka berdampingan dengannya).

Mereka juga tergolong amat mudah dipuaskan dan saat terlibat dalam hubungan percintaan mereka biasanya sangat terpaku dengan hubungan tersebut. Perhatian yang kecil saja sudah cukup membuat anak bungsu “bertekuk lutut” (haaa..tengok perhatian nak sikit je.tak nak lebih ponn...tapi yg sikit pon susah nak dapat..kikiki).

Tetapi di balik sifatnya yang menyenangkan, jangan sekali-sekali anda mencuba untuk mendominasi anak bungsu. Kerana mereka memiliki kecenderungan kuat untuk menentang atau paling tidak mempertanyakan authority. Mereka lebih suka dianggap seiring dengan pasangannya daripada dipandang sebagai menurut kepada pasangannya. Hal positif lain dari anak bungsu adalah berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah serta kreatif. Mereka juga memiliki selera humor dan sifat kelakar yang paling baik.(kelakar lerr sangattttttttt.zzz~)





Jodoh :


Dalam hal jodoh, anak bongsu boleh serasi dengan semuanya, namun paling ideal dengan anak sulung atau yang berfikiran dewasa untuk motivate dorang. Ini kerana anak bongsu orangya tidak terlalu memilih asalkan boleh mendapatkan jodohnya itu seorang yang baik. :)














Sunday 3 March 2013

Makan di Garden Cafe



Bismillah....

Kita mulakan bulan baru ni dengan cerita tak best iaitu, aku tak dapat nak gi setel kan apa yang patut sebab gaji tak dek, claim pon tak dapat. Apa boleh buat.

Jadinya, aku pon ajak kakak ngn abang ipar aku gi makan kat Garden Cafe. Sebab apa Garden Cafe? Sebabnya, tiap kali aku balik dari keje, aku mesti tengok orang ramai gila kat kedai ni...Tapi sekali pon aku tak singgah...wakaka.

So, dengan harapan besar abang ipar akan belanja aku laici kang, kitorang pon bergerak ke Garden Cafe yang terletak di Sungai Ramal atau pun berhadapan dengan Country Height. Senang je...Korang nampak je Shell Sg Ramal, korang pun masuk la kawasan tu...tanye je orang atau pon korang cari je sendiri.Tepi jalan pon boleh nampak.hehe..

Ni kiranya first time kitorang makan kat Garden Cafe ni...UUwaaaa....cantik tempat dia..Tenang je....Yang paling special kat sini ialah mee bandung muar,masakan thai dengan western food. Apo lagi, kita cekkitdauttt.....hikhik...Jommm...




Pintu masuk ke Garden Cafe. Cantik je...abang ipar cakap macam nursery..wakakaa.




















































Kitorang pilih untuk duduk sebelah kolam berudu...hahahaha...nampak tak berudu cecomel kat tepi kolam tu...hikhik




















































Abang ipar bersantai-santai kat buaian....


























Aku dan kakak. Masa ni pukul 6 lebih...Orang pun tak berapa ramai lagi...:)


























Menu Istemewa....Pilih la.....Saya mesti pilihhhhh...(wahhh cm iklan bank rakyat) hikhik


























Aku pilih soto.Boleh ajak pakcik sarip makangggg sini. tak yah gi zamzam dah....jauhh....hoho..Sedapp juge...:)






















Pilihan abg ipar.Bihun kari ketam...hehehehe..Pada aku sedapp je...Tapi abg ipar tak berapa suka sgt kari dia,pekat likat,melekat...wakaka

























Ni kakak aku punya....Nasi Goreng Garden Cafe,hahahaha..tak sedap sangat...lauk tu dia masak masam manis dengan buah buahan....wakakaka...


























Sudah semestinya ini aku yang punya.....2 3 hari dah nak minum ni...akhirnya dapatttt jugak......yeyayy...TQ abg ipar! much love! sesesesdaapppppp sgttt....


Yang ni akak aku yg punya...carrot susu...:)


Epal asam boi ni abg ipar punya...hihi




-

-

-

-


Paling sedappppp kat sini apa tau?







-

-

-

-


Lamb Chop ulalalalala................sedapp gilos milos...next time dtg mesti nak order ni lah. aku rasa western food dia mmg best kot kat sini...daging dia bnyak....kitorang shared 3 org...wkakaka..


So guys, yang mana nak cari tempat makan yang sedap, harga berpatutan dan yang paling penting, tempat yang tenang dan santai mcm dalam taman..silalah ke Garden Cafe.

Sebarang pertanyaan boleh tanye saye di ruangan komen. wahhh gittew.hahaha






p/s  : sesuai utk pasangan yg rasa2 nak candle lite dinner ala2 romantika de amoure..hihi...ehem2 jommm!!!wakakakakaka.


















Friday 1 March 2013

Berkasar orang tak suka, Berlembut Lu pijak kepala Gua!



Gua betol punya hanginnn la. Gua pon tak paham. Gua ni bodoh sangat ke sampai semua orang pon nak ambil kesempatan kat gua. Gua iya kan je. Gua malas nak keluar ayat gampang gua.

Kang sekali kuar, bernanah bro!!!

Mcm mana lu worang boleh hidup senang lenang di atas kesengsaraan orang lain eh?

Gua cuba nak ikhlas, tapi tiap kali tu gua tetap bengang.

Gua bawak moto laju-laju tiap tiap kali gua bengang.Sampai dah habis pulas. Elok AES menyala tadi. Baru gua tersedar, gua bawak moto ikot perasaan!

Baik orang tua pada gua, orang muda dari gua..semua nya sama je...


GUA BAGI MUKA, LU PIJAK KEPALA!!!