Friday, 6 April 2012

Allah knows what is best for His servant.





Bismillah...




Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Itu tajuk entry hari ni.


DIA beri kita masalah beserta jalan penyelesaian, DIA beri kita sakit dan tak lupa beri penawarnya, DIA beri pahit untuk kita merasa manisnya, DIA beri kita kelemahan untuk kita bersyukur atas nikmat kelebihan, DIA beri kita ujian dan dugaan untuk kita menjadi hamba yang lebih kuat dan tabah, DIA beri kita kesusahan/kepayahan untuk kita merasa kesenangan di akhirnya....


Alhamdulillah wa shukrulillah.... Kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasa kesemuanya itu. Bersyukurlah kerana Allah masih beri semua nikmat tu walaupun kadang-kadang kita sering melupakanNya. Kita lupa yang kita hidup daripada perkongsian udara yang sama, tak kira si kaya miskin cantik hodoh pandai atau tidak. Berbumbungkan langit yang satu berlantaikan bumi yang luas.


Perlu apa kita sebagai Hamba mengeluh, mengenang nasib, mempertikaikan kenapa aku begitu tidak begini..kenapa aku tak macam tu,patutnya aku macam ni...Apa kita sudah terlalu "kebal" untuk berkata begitu. Asalkan kita tahu siapa kita di sisi Allah... Itu lebih baik...


Kita kata kita sudah merancang sesuatu, tahu apa kita tentang perancangan? Padahal Allah perancang terbaik buat kita. DIA maha tahu di setiap kejadiannya sama ada di langit atau di bumi. Kita sebagai hamba harus bersabar dengan apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini.


Allah baru menduga kita dengan memutuskan hubungan kita dengan seseorang, kita menggila tak ingat dunia. Nak bunuh diri sana sini. Nak lari sana sini. Tahu apa kita tentang urusan DIA? Allah telah mengaturkan segalanya dengan terbaik. Jadi, tak perlu buang masa menangisi benda yang sudah lepas. Apa yang lebih penting adalah hari ini dan masa depan.


Allah "mengambil" seseorang yang kita sayang. Kita salahkan takdir dengan apa yang berlaku. Kita persoalkan kenapa dia yang diambil. Tahu apa kita tentang kuasa Allah? Padahal, Allah sudah meminjamkan dia untuk kita merasa dan menghargai dengan sepenuh hati,tapi kita yang lalai dan leka. Bila diambil semula "hak" nya, kita meraung menangis air mata...Bagaimana pun kita mengubah keadaan, percaya bahawa takdir bukan di tangan kita.


Aku menulis bukan kerana aku terlalu kebal. Aku juga lemah seperti kita semua yang lemah. Cuma apalah kiranya membuka sedikit ruang untuk kita melihat nikmat dan hikmah disebalik kehidupan yang kita lalui hari ini..Kerana Allah adalah perancang terbaik dan yakinlah Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita...


Salam Jumaat barakah....





If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me





No comments:

Post a Comment