Thursday 12 April 2012

10 Wasiat Rasulullah s.a.w kepada puterinya Fatimah Az-Zahra'

Bismillah...

Indahnya kehidupan sebagai suami dan isteri... Dimana,setiap hebatnya seorang lelaki itu dibelakangnya ada seorang wanita yang juga cukup hebat. Hebat bukan dari segi rupa paras yang cantik sahaja,bukan dari pangkat dan keturunan yang gah sahaja,bukan dari kerjanya yang bagus sahaja,tetapi hebat isterinya jika mampu taat kepada suaminya....Masih belum hebat si isteri itu jika masih ingkar akan suaminya (selagi mana tidak bertentangan dengan hukum Allah) dan masih belum hebat jika hatinya masih belum rela dan bersedia untuk dididik.

Di sini aku ingin kongsikan,10 wasiat Rasulullah kepada puterinya...

1. "Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya,pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum,melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu."

2. "Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah."

3. "Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang."

4. "Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya,melainkan Allah menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak."

5. "Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah. "

6. "Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kendungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga.Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat."

7. "Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."

8. "Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami,melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih."

9. " Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."

10. " Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepada suaminya dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat ."



MasyaAllah...Tabarakallah... Begitu hebat sahingga aku juga kepingin menjadi seorang isteri agar aku dapat menjadi seorang isteri yang hebat untuk seorang suamiku yang hebat...InsyaAllah Amenn Allahumma Ameen.





If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me


No comments:

Post a Comment