Thursday, 5 April 2012

Teknologi membunuh?




Bismillah...

Alhamdulillah wa shukrulillah, kita masih bernafas dan masih diberi peluang dan ruang untuk melihat dan mengambil apa sahaja yang baik di atas muka bumi ini.

Adakah teknologi sekarang membunuh?At the single click of the mouse, we will be able to see and open any files whether it be computer file, music file or else video file etc.

Jadi, manusia zaman sekarang lebih senang mendapat maklumat dan lebih mudah untuk "berlaman sosial" walau dimana dan bagaimana pun keadaannya. Betul, banyak kebaikannya teknologi sekarang, itu tidak dinafikan. Tetapi, aku tidak menolak keburukan nya juga.

Dan untuk hari ini aku ingin berkongsi pengalaman mengenai keburukan teknologi sekarang.

Aku pernah bencikan computer,laptop,blackberry,ipad,iphone dan segala macam gajet jalur lebar ni. Apa tidaknya, disebabkan benda-benda macam tu lah manusia telah banyak hilang masa-masa kemanusiaanya. Tak faham?
Sini aku jelaskan...

Bagaimana kalau aku katakan, manusia di zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan "berlaman sosial" di fb/twitter/blog atau sebagainya tanpa memikirkan keadaan sekeliling? Aku juga termasuk dalam golongan tu. Dan kita semua termasuk dalam golongan manusia yang telah hilang pertimbangan kewarasan.

Mana tidaknya, setahun yang dulu aku pernah bergaduh dengan temanku gara-gara "blackberry". Bunyi macam tak logik dan bodoh jugak. Okay, kau duduk sebelah aku, tapi mata, telinga, otak, fikiran dan jasad kau pada blackberry? Kau sibuk komen sana sini. Kau sibuk ping sana sini.

Kau kata kau nak habiskan masa dengan teman mu tapi kau sibuk layan iphone kau? instagram sana sini, komen sana sini, tanpa peduli keadaan sekaliling? Kau sibuk nak pegang iphone kau tak lepas-lepas, sampaikan sambil drive pun nak reply lagi...Senang kata, kau boleh sesak nafas lah kalau kau tak pegang iphone kau.

Kau kata kau nak beri perhatian pada isteri/suami kau? Tapi asal balik kerja, kau terus on ipad kau..laptop kau. Kau sibuk main game. Kau sibuk nak update blog sana sini...Itu perhatian yang terbaik agaknya?

Kau yang bujang, mak suruh beli kelapa parut kat kedai kau kata kau penat,kau kata kau busy. Tapi kau on computer, kau chatting dengan awek-awek, kau komen awek sana sini, kau test sana sini...Itu cara kau mem"busy" kan diri?

Kau yang si gadis, rumah tak kemas, masak tak pandai, tapi sibuk buat status hari-hari macam kita ni suci adabi je..Bila mak tegur, kau merajuk. Bila mak marah kau lari rumah. Bila org komen kau *&^%$@ kau kata "so annoying". 


SEE?


Itulah realiti kehidupan sekarang.. Kita lah diantaranya... Aku juga sedih, bila aku juga termasuk dalam golongan yang hilang pertimbangan kemanusiaan. Tapi, sendiri berpijak di bumi yang nyata. Ambil apa sahaja yang baik dan kita akan menjadi lebih baik.InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati apa yang kita lakukan. Ameen Allahumma Ameen.





No comments:

Post a Comment