Wednesday 25 April 2012

kau lelakiku





Kau lelaki ku yang pergi dulu..
namamu ku sebut dalam syahdu..
wajahmu ku ingat dalam sendu..
pelukmu ku harap setiap waktu


Kau lelaki ku yang pergi dulu..
pergi mu pergi tak kembali
pergi mu ku harap bertemu kembali
pergi mu kepada si pencipta abadi


Kau lelaki ku yang pergi dulu..
selepas kau tiada lagi lelaki ku
yang mampu membuat ku hangat dalam pelukan itu
yang membuat setiap titis air mata menjadi batu permata


Kau lelaki ku yang pergi dulu..
hidup ku kosong tiada yang mengerti
mengharap si lelaki membela ku lagi
mengharap si lelaki menjaga ku sepertimana kau menjaga ku dulu..


Kau lelaki ku yang pergi dulu..
sungguh terpalit rindu di hati
mengharap ada yang sudi mengganti
namun hampa berbekas bertubi tubi
kasih mu tiada galang ganti


Kau lelaku ku yang pergi dulu..
tenang lah dikau disana
ku pohon supaya kita semua berjumpa di pertemuan yang sempurna
berharap kau masih lelaki ku yang sama..


Kau lelaki ku yang pergi dulu...
teriring Al Fatihah buatmu...




-deqain-







No comments:

Post a Comment