Friday, 6 April 2012

cinta bukan setakat cubit-cubit.

Bismillah...


Hai, tak habis lagi entry pasal cinta? Memang tak akan habis. Sebab apa? Sebab itukan perasaan. Fitrah manusia yang punya hati untuk disayangi dan dicintai. Aiseyh..cakap macam pakar sangat .(bluerrk.yer silakan muntah dgn berhemah)
Sedih,benci,menyampah,cemburu,sakit hati,gembira,sayang,rindu..itukan semua perasaan yang hadir sendiri tanpa kita paksa-paksa. 


Dulu, bila kita putus/clash/breakdown atau apa sahaja perkataan yang sama erti kita selalu akan tanya, apa masalah aku sebenarnya?apa yang tak kena dan tak lengkap lagi ni?apa lah kurangnya aku pada mata kau?apa aku ni belum cukup baik dan cantik ke?sampaikan kita lupa nak lihat ape lebihnya kita ni....


Kenapa Allah putuskan cintaku bersama si dia/Kenapa aku diuji/Kenapa cintaku kecundang di tengah HIGHWAY KARAK (kikiki contoh) : SEBAB NI..




1. Aku akan menjadi perempuan yang lebih kuat tak lemah macam dulu lagi...(tak macam masa dulu-dulu tu ,tau nak nangis je)


2. Aku nak berubah dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik agar aku dapat bersama-sama orang yang baik.(tak macam ex bf yang %^%$# ok!)


3. Aku nak ikhlas dan redha menjadi hamba Allah yang hatinya bersih dan siap sedia dididik dan membenarkan untuk di didik oleh pasangan nya. ( ada ex bf yang hampeh tu buat mcm tu? mmg tak hado.sedihh!)


4. Aku akan belajar untuk menjadi seorang yang lebih positif dan mampu hidup walau tanpa cinta b*d*h darimu (tak macam ex bf yang gilaaa tu)


5. Atleast aku dapat menjadi seorang isteri yang baik kepada suami ku..(nasib bukan ex bf yang bla..bla..bla..)


6. Dan dengan harapan aku akan mendapat suami yang soleh untuk ku.( syukur)


7. Sekurang-kurangnya anak-anak aku akan dapat seorang ayah@abah@papa@dady@walid@abi@baba yang dapat membimbing anak-anak aku ke jalan Allah swt...(Ameen...Allahumma Ameen)


8. Aku ingin menjadi seorang ibu@mak@mama@mommy@ma@mok@bonda@ummi yang baik kepada anak-anak ku yang comel. Dapat mendidik mereka dengan baik dan sempurna.(supaya anak-anak tak perangai mcm aku yang sgt hantu raya)


MasyaAllah...banyak rupanya nikmat dan hikmah kan...Kita tak sedar rupanya...Atau kita saja buat-buat tak sedar. Antara mahu kutip yang positif atau negatif saje kan....


SO, what should i do? 


1. Be serious. Senang je....Kalau dah suka, tak payah tunggu lama-lama. Cuba lah bersikap matang sikit. Alasan lapuk yang selalu di buat baja taik telinga, "ala yang..kita muda lagi".."ermm..hehe..yeke?i rasa i tak ready lg la baby"..." Ye syg...kewangan tak mantapp lagi ni..nnti xboleh bawak pergi honeymoon".. Puihh..(oops maaf,sy meludah kat toilet tau) .. Islam itu kan mudah....Now,dah banyak entry pasal "jangan sampai adat menyusahkan perkahwinan". So, bincang elok2...Jangan ambil masa yang lama...Kalau betul suka, jumpa ibu bapa (merisik la tu,xkan tak faham..sudip betul malu lah i)..Then bertunang sekejap (tempoh untuk kumpul duit la jugak tu), tak perlu kemewahan yang melampau sebab bukan itu yang kita cari. Selebihnya belajar adab berumahtangga, kekeluargaan dan ilmu keibubapaan yaww!


2. Solat dan berdoa : Senjata orang mukmin yang paling ditakuti...Mungkin Allah rindukan rintihan dan pengaduan dari kita di sepertiga malamnya...Jadi apalah kiranya kita memohon doa kepada Allah supaya dipermudah kan segala yang sulit, didekatkan segala yang jauh, dihalalkan apa yang haram dan disucikan apa yang kotor. Aku prefer sebut nama pasangan ku dengan sepenuh-penuh namanya...Mohon biar Allah lembut kan hatinya, bukak kan jalan kesenangan kepadanya...Jaga aib ku dan aib nya sehingga sampai akan waktu itu....Barakallah....




Wallahua'lam....


credit tO rusydee Artz. (benda pertama nak buat ni lah,cubit cubit dia.hihi..acah mak labuu je lah..okay positif! )


If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me



No comments:

Post a Comment