p/s : Hopes.
semua ni bukan kepunyaanku.. ambil lah apa sahaja yang baik. credit to sis ezza my adorable.
Monday, 30 April 2012
Saturday, 28 April 2012
booba oh booba
Tak pernah aku jumpa kucing macam ni..alahai...orang sibuk nak tgk berita BERSIH 3.0, dia sibuk nak isap ketiak...ape best sangat ke ketiak aku yang bachin ni?hahaha...hadoi....tak bagi nangis plak die..sian aku tengokk..dah bagi terus diam, tido. Sape la ajar bg isap ketiak ni ...hadoi...Dah terpaksa aku jadi mak kucing tiba-tiba. hahaha...
Tapi,nasib ketiak ..kalau lain,memang aku sembelih booba ni. Harap2,mak ngn bapak kucing ni cepat balik supaya ketiak aku tak haus dah..kahkah...
Bye..
p/s : bukan LUNA je yang sibuk nak bagi anak-anak isap susu,aku pun bz kena bg booba isap ketiak. halamakkkk...gilo.
yang duduk atas sofa tu la booba...huhuhu!
Bersih 3.0: funny poet
Hadoi...lawak + salute gila. (asal jgn berlebihan ya!)
aku dengar pun gelak tak henti henti
apa lagi nak cipta puisi
memang tak reti
cina bukan sebarang mari
cina duduk bantah berdiri tak rugi..
sekian, babai..:)
p/s: jangan sampai jadi najis!
Bersih 3.0
Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.
-A. Samad Said-
Jawapan untuk semua yang masih dalam kekeliruan. InsyaAllah
..................................................................................................................................
Pada aku,
Perhimpunan itu hak? jadi teruskan...May Allah protect us and our countries! Ameen Allahumma Ameen. (abu)
duduk bantah tak nampak si gagah atau siapa...duduk bantah bukan duduk untuk melihat sesiapa...untuk membela maruah tercalar....:)
bukan medan peperangan yang dipandang hina....apa guna dataran merdeka diberi nama...biar saja menjadi dataran penjajah eloknya...andai duduk sahaja bisa menggegar dunia, perlu apa berdiri membuta tuli memekak kan telinga...kebal kuat rapuh atau hancur bukan pada maruah negara tapi pada maruah rakyatnya. :)
silakan si gagah perkasa.aku disini bukan bersuara untuk setiap keringat mu yang menitis perit pedih. silakan berjuang untuk negara, moga moga ketulusan itu ada baiknya...aku disini cuma duduk diam tak terusik... moga moga si gagah punya kuasa juga tidak menjentik kami walau cuma si duduk bantah. :)
begitulah harapan ku pada sesiapa yang merasa mereka terlalu berkuasa....harap mengerti kita bukan siapa siapa..cuma meminjam segenap dari yang Maha Esa. :)
-nurulainalaui-
cucu sedara Tok Janggut tak gentar.kihkih !
Friday, 27 April 2012
7 orang di bawah lindungan Arasy
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
"Adalah tujuh orang yang akan dilindungi Allah di bawah rahmatNya pada hari yang tiada perlindungan selain dari lindungan Allah iaitu :
1. Imam (pemerintah) yang adil.
2. Pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan kepada Tuhan.
3. Lelaki yang hatinya saban waktu berada di masjid.
4. Dua lelaki yang mencintai satu dengan yang lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita, ia berkata " Aku ini takut akan Allah!".
6. Lelaki yang memberi sedekah dengan sembunyikannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
7. Lelaki yang mengingati Allah s.w.t bersunyi diri sehingga berlinangan air matanya.
Wednesday, 25 April 2012
kau lelakiku
Kau lelaki ku yang pergi dulu..
namamu ku sebut dalam syahdu..
wajahmu ku ingat dalam sendu..
pelukmu ku harap setiap waktu
Kau lelaki ku yang pergi dulu..
pergi mu pergi tak kembali
pergi mu ku harap bertemu kembali
pergi mu kepada si pencipta abadi
Kau lelaki ku yang pergi dulu..
selepas kau tiada lagi lelaki ku
yang mampu membuat ku hangat dalam pelukan itu
yang membuat setiap titis air mata menjadi batu permata
Kau lelaki ku yang pergi dulu..
hidup ku kosong tiada yang mengerti
mengharap si lelaki membela ku lagi
mengharap si lelaki menjaga ku sepertimana kau menjaga ku dulu..
Kau lelaki ku yang pergi dulu..
sungguh terpalit rindu di hati
mengharap ada yang sudi mengganti
namun hampa berbekas bertubi tubi
kasih mu tiada galang ganti
Kau lelaku ku yang pergi dulu..
tenang lah dikau disana
ku pohon supaya kita semua berjumpa di pertemuan yang sempurna
berharap kau masih lelaki ku yang sama..
Kau lelaki ku yang pergi dulu...
teriring Al Fatihah buatmu...
-deqain-
pembalut
Aku si pembalut!
ku balut yang pahit agar jadi manis
ku balut yang buruk agar jadi baru
ku balut yang hina agar jadi hebat
ku balut yang rendah agar jadi tinggi nilainya
ku balut yang murah agar jadi mahal harganya
ku balut kau agar tiada lalat menghinggapnya
Aku si pembalut!
ku balut kau agar sembuh lukanya
ku balut kau agar hilang sakitnya
ku balut kau agar bersih jadinya
ku balut kau agar putih jadinya
ku balut kau agar bersinar baru harapnya
Aku si pembalut!
ku balut langkahmu agar kau selamat sentiasa
ku balut makan minum mu agar kau kenyang bersahaja
ku balut kasih sayangmu agar mengharum menggila
ku balut kesetiaanmu agar merewang di angkasa
ku balut seluruh hidupku agar berpaut teguh dan akhir utuh
Aku si pembalut!
aku si pembalut...aku balut apa sahaja untuk melihat dunia gembira...
aku balut dunia sehingga tiada seorang pun tahu aku terluka...
aku balut kecewa bertenaga...aku balut hampa dusta...
Walau aku cuma si pembalut...hargailah aku.
-nurulainalaui-
KALAU
Kalau..
kalau berbicara mudah,cara silap mata?
Kalau..
kalau benar bagai dikata,gantikan saja dengan harta?
Kalau..
kalau diam membisu, lebih baik bertukar menjadi kayu
Kalau..
kalau embun ku tukar menjadi api..kau bisa memilihku?
Kalau..
kalau si cantik dambaan pilu, jangan hinggap dihatiku
Kalau..
kalau kita sejujur bercakap, apakah aku si taman indah mu?
Kalau..
kalau aku menjadi unggas, kau ku pilih menjadi maduku
Kalau..
kalau kau menjadi padang, apa aku setia menjadi belalang? YA.
Kalau..
kalau aku pekak membuta tuli, apa kau menjadi cepen hati?
Kalau..
kalau aku dihatimu, apa benar hatimu ada aku?
Kalau..
kalau aku bunga, apa kau sudi menjadi baja?
Kalau..
kalau aku buaya di lubuk dalam, apa bisa kau menjadi lumpur tajam?
Kalau..
kalau kau bisa dengar suara hatiku..
perit pedih sedih pilu
meraung alam tak berlagu
mencari damai dalam sendu
mengharap kasih membujur lalu
menumpang teguh pada bahumu
mananti kau datang memeluk tubuhku
membiarkan aku melepiaskan laju air mataku
sehingga basah panas bajumu
mengerti aku segenap jiwamu
membawa aku dalam alam mu
menjadikan aku ratu dihatimu
biar senyuman ku memenuhi ruang kamarmu
membuat hantu bisu merenungku
merenungku cemburu
Kalau..
kau memahami ku...
kalau..
kalau...kalau...
-nurulainalaui-
semangat yang telah hilang.
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
yang dulu bila senyum..senyum nya bisa sampai hujung dunia..
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
yang dulu bila tertawa...tawanya segenap dunia mendengar..
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
kuat kukuh kebal tak terhingga..
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
membiarkan saja angin berlalu menyusup akar pegaga..
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
membuat segenap jiwa tabik mendabik dada..
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
bila berbicara membuat yang celik menjadi buta
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
bila menangis membuat yang gagah menjadi hina
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
pantang dicabar tembok si raja ku rentas gah
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
setitis air mata ku ganti dengan lautan darah merah
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
cantik di mata hati berbisa tak bertepi
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
berlalu berlari memanjat pagar berduri
Mana pergi aku..
aku yang dulu..
bercita cita tinggi biar sampai hujung jari pertiwi
Mana pergi aku...
aku yang dulu...
Mana pergi aku...
mana...
-nurulainalaui-
takut nak kawen???
Perempuan ni dominan ke? Aku tak rasa yang dominan tu bagus. Tak perlu terlampau dominan dan keras sangat...tapi...
Tapi, aku rasa..aku dah dapat jawapan kenapa kaum lelaki zaman "laman soSIAL" ni tak bersedia nak kawen awal @ suka kawen lambat ?
Nak kata kajian, bukan jugak la...Cuma,daripada apa yang aku baca..yang aku kumpul dan aku alami, rata-rata kaum lelaki ni takut kepada "KONGKONGAN".
"EH, u jangan nak kongkong i ok..."
"Please la u... i ni belum biasa lagi tau nak bla..bla...jd jgn kongkong i"
"I pun tak pernah nak kongkong u, so ...DON'T!"
"One fine day, u kongkong hidupp i...u tau la nasib u "
Hmmm...Apalagi yang aku nak buktikan? Apa la yang ada pada "kongkongan" tu...hmm...
Si isteri pun satu, perlu ke nak kongkong sangat. Alahai...lantak la suami nak pergi mana pun..tak balik umah ke...makan ke tidak...pakai ikut suka ke tidak...keluar dengan orang tu ke orang ni ke...berlaman soSIAL dengan begitu ke begini ke...Lantak la...ignore je...Sebab, bila diorang buat mcm tu. ..Korang pun boleh buat benda yang sama la....Kan senang!
Boleh ke macam tu?
Tepuk dada tanya selera...so, selera aku malam ni lain macam sikit... "No one wants to be a bad person, but not everyone has the opportunity to be good."
Hehe..PAHAM tak?
"the great women behind great men". 'If you want your child to love Allah and Rasulullah s.a.w. You must be the first to love Allah and Rasulullah s.a.w. If you want your child to be close to Al-Qur'an you must first be close to Al-Qur'an yourself.
Macam tu la maksud aku....Kalau kita percaya,kongkongan itu ada kebaikannya..maka ia akan jadi baik...Tapi, kalau kita fikir sebaliknya...maka tidak la jawapan yang harus aku bagi...Sebenarnya tak susah,kita yang selalu fikir akan jadi susah dan sulit. CONSIDERATE. bertolak ansur. give and take. forgive and forget. Haa..
"If you had these four traits of Rasulullah s.a.w Allah will raise you to the highest heaven though your knowledge may be very little.
1.Al-Hilm (gentleness) - lemah lembut
2.Tawadhuk (to have a humble heart) - merendah diri
3.Husnul khulk (best behaviors) - kalakuan yang baik
4.Generous - murah hati
Habis dah perkongsian untuk malam ni....aku sakit perut sebenarnya...masuk angin kot....tak boleh tidur la nampak gayanya...Ape ape pun...Semoga entry ni ada baiknya.....Barakallah..
If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me
Monday, 23 April 2012
Remember the good Forget the bad.
Bismillah...
Alhamdulillah...hari ni aku rasa dah semakin sihat, banyak benda yang buat aku stress. Bnyak hati dan banyak perasaan yang tak terjaga, begitulah. "Remember the good, Forget the bad".
Aku berminat nak kongsi apa yang aku fikir dan rasa. Mengenai pendidikan keibubapaan atau ilmu rumahtangga yang tidak diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Paling tidak pun, harus ada subjek yang menekankan pentingnya pendidikan kekeluargaan...Sebagai contoh :
- How to be a good father?
- How to be a good mother?
- How to be a good husband?
- How to be a good wife?
- How to be a good children?
- How to be a good grandchildren?
- How to be a good great grandchildren?
Haa...itu maksud aku. Seingat aku,sistem pendidikan di Malaysia lebih menerapkan akedemik semata-mata,sepertinya untuk mencintai negara,pemimpin, mengenali sistem pemerintahan dan sebagainya..Memang ada elemene-elemen yang aku maksudkan tadi dalam subjek-subjek tertentu tetapi terlalu sedikit dan tidak mencukupi....Kerana kita hidup selebihnya bukan hanya untuk mengenali sistem pemerintahan negara semata-mata tetapi untuk mencari kebahagiaan dalam kekeluargaan. Dan aku dapat lihat,punca masalah sosial hari ini berpunca daripada faktor utamanya "pendidikan dalam keluarga" itu sendiri.
Apapun,siapalah aku nak bersuara macam tu..Lain lah kalau pendapat aku ni dibahas dalam parlimen.kihkih...Tak kisahlah,asalkan aku rasa pendapat aku ni benar. Mungkin,kalau dulu masa aku belajar, banyak ilmu pendidikan keibubapaan atau kekeluargaan diterapkan,aku tak rasa aku dan semua orang akan jadi macam sekarang ni,unless mereka dapat ilmu tu dari sumber lain.
Teringat aku akan 1 kisah yang bagi aku cukup sempurna...Pelbagai moral value yang ada dalam cerita ni...MasyaAllah,sehingga hari ini aku masih imagine bagaimana hebatnya sebuah perjalanan hidup baginda Rasulullah..
Sewaktu itu baginda Rasulullah berada di rumah bersama Aisyah.Baginda tiba-tiba dikejutkan dengan satu suara bising dari arah luar.Lantas baginda bangun seraya mengintai melalui jendela.Dilihat beberapa orang kaum Habsyah sedang menari-nari sambil memegang lembing di dalam masjid.Lalu baginda Rasulullah bertanya kepada Aisyah :
" Ya Humaira, mahukah kamu melihat sesuatu?"
Aisyah menjawab " Ya, aku mahu."
Lantas Aisyah merapati baginda dari arah belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu Rasulullah sehinggakan pipi nya bersentuhan dengan pipi Rasulullah. Mereka melihat bersama-sama gelagat kaum Habsyah menari-nari. Lama kemudian, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, :
" Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihatnya?"
Aisyah menjawab, " Belum".
Jadi, baginda Rasulullah turut menemani Aisyah melihat nya lagi. Selepas itu,baginda bertanya lagi, :
" Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihat ?"
Aisyah menjawab, " Belum lagi ."
Kali ini Rasulullah membiarkan lagi Aisyah melihatnya.. Dan kemudiannya, baginda bertanya lagi kepada Aisyah untuk kali ketiganya, :
"Ya Humaira, sudahkah kamu puas melihatnya?"
Jawab Aisyah kali ini, " Ya,aku sudah puas melihatnya"
Lantas baginda Rasulullah keluar untuk menyelesaikan masalah diluar apabila dilihatnya Saiyidina Umar telah membaling batu kepada Kaum Habsyah tersebut kerana telah menari-nari di dalam masjid. Lantas baginda menasihati Umar supaya bersikap lemah lembut lah apabila ingin menegur kerana masjid adalah tempat untuk segala-galanya.....
MasyaAllah..Tabarakallah....setiap kali aku teringat akan kisah ini aku menangis...Menangis kerana sedih, masih ada pemimpin yang seumumnya kita tahu betapa sibuk nya tugas baginda tapi masih mampu bermanja dengan isterinya. Bukan itu sahaja,bahkan sanggup melayan kerenah isterinya...Memang Rasulullah idola terbaik kepada para suami...sikap nya yang suka memanjakan isteri dan romantik membuatkan sekalian wanita arab begitu mencemburui Aisyah. Dikatakan bahawa, Aisyah sengaja mengatakan bahawa dia tidak puas melihat Kaum Habsyah tersebut menari kerana ingin melihat dan tahu siapa dia disisi Rasulullah.Ternyata, baginda sangat menyayangi Aisyah...
Tetapi bagaimana dengan para suami kita pada hari ini...Kalau dulu,baginda Rasulullah suka menghabiskan masa di rumah jika tiada urusan di luar,suka memanjakan isterinya...tetapi,kita hari ini...suami lebih suka membuang masa diluar yang entah untuk apa....Adapun di rumah,juga sepertinya tiada. Si suami asyik dengam hobi sampai lupa perasaan dan keadaan isteri..
Aku teringat, menjadi kebiasaan kaum Arab dulu, apabila mereka keluar untuk berperang atau berjuang, mereka akan membawa isteri-isteri mereka untuk bersama berdiri di belakang barisan pejuang-pejuang mereka...Ini bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang, keberanian, memberi semangat dan kekuatan kepada si suami....
MasyaAllah....Tetapi, keadaan suami hari ini berbeza ternyata berbeza...Dikatakan kuno dan "haruslah mengikut peredaran masa broo"..ada pula yang memberi jawapan sinis begini "kau tak kawen lagi, kau mana tau...nnti kau kawen baru kau tau langit tu tinggi atau rendah"..Allahurobbi...
Para suami hari ini malu,malu bila si isteri ada di belakang mereka untuk memberi sepenuh perhatian dan tanda kasih sayang mereka. Malu dikatakan queen control,malu dikatakan itu ini....Aku,sebagai bakal seorang isteri tidak menolak kemungkinan apa shj akan akan berlaku...Cuma, hanya untuk menyatakan kami sebgai isteri telah melaksanakn tanggungjawab tuntutan taat dan patuh kepada suami. Tetapi, adakah suami telah mengabaikan atau terlepas pandang hal seremeh itu? Jawablah nanti,jawpan apa yang hendak diberi itu...di sini cuma ingin mengingatkan sahaja.
Dikatakan, dibelakang seorang suami yang hebat ada seorang isteri yang hebat juga. Tapi, dunia zaman sekarang, suami lebih lebihkan hobi dan kawan-kawan pula...Jadi, boleh tukar lah kot dibelakang suami yg hebat ada kawan-kawan dan hobi yang hebat juga.
Aku sedih yang entah untuk apa....Padaku perkahwinan itu perubahan. Perubahan yang paling hebat. Kata orang, komunikasi,persefahaman,tolak ansur,kesabaran,pendengar yang setia,saling memenuhi kehendak dan sebagainya itu kunci kebahagiaan.Aku tidak menafikan. Tapi,padaku "perubahan" adalah kunci utama sebuah perkahwinan.
Apa-apa pun, lebih seronok jika suami yang mahukan isteri sekaya dan seteguh Siti Khadijah, semanja dan sebijak seperti Siti Aisyah, secantik dan rupawan seperti Siti Asma',semulia dan sebaik seperti Saudah,berhati lembut seperti Zainab....seharusnya juga menjadi suami yang SEHEBAT Rasulullah.
Wallahua'lam....
p/s : Barakah tidak akan turun dengan sendirinya jika kita tidak berusaha untuk mencari dan menjadikan perkahwinan kita perkahwinan yang diredhai oleh Allah dan mengikut sunnah Rasulullah.
Monday, 16 April 2012
silap ku di FB
Bismillah...
Hmmm...bila meningkat dewasa ni,macam-macam jeles yang aku kumpul...Mana tidaknya...Kalau bercinta, tak sah lah kalau tak jeles...tak habis habis cemburu sana sini. Tak dek isu lain....Nak-nak zaman skang ni....Paling habis gila pun pasal FB boleh jadi isu nak cemburu. Mana tak nya, dah kalau bf kita asik nye nak balas komen sana sini dengan awek lain
"hye u kat mana,eh jom hangout.dah lama tak jumpa u!" (awek mana pulak ni dlm hati kan kan)
" i kat bla..bla...bla...ok je beres..,"(bf aku boleh cakap bereS? masa ni dh naik hangin)
Tak cukup dengan tu..amboi....nak like gambar awek sana sini...Pesan kat kita bukan main lagi.."Yang,u jangan pakai sluar ketat2 mcm tu i tak suka..Baju tak nak yang lengan pendek ok! Tu,kalau nak pakai tudung, biar la yang mengikut syariat Islam.. (ok,sejuk hati dpt bf mcm ni)..Tapi,die?cakap tak serupa bikin!! Pergi like gambar awek sexy sana sini...Stalker blog awek sana sini..Ligat balas komen dengan awek pffffftttt....Aku yang malu campur geram!..
Kita pun apalagi,menggila la..tiap2 jam nak tengok fb die...dah tengok,sakit hati...Tapi,nak tengok lagi....pastu menggelupur sorang sorang...sakit hati sorang sorang...pastu mula la kita nak taip status bodoh bodoh macam ni....
" Kau ingat kau hensem sangat ke ha! muka mcm monyet!"
" Boleh tak jangan nak menggedik sangat?kalau ko nak sangat die amikla setan!"
" Aku benciiii kau! kau pergi mamp*s lah!"
Nah...tengok...bodoh nya kita..lepas dah ramai nak like komen komen kita, mula la cerita luar dalam semua terbongkar.....Hadoi...Yang malu kita lah...Memang la bila orang mula dah komen sana sini konon2 bekap kita,kita rasa mcm best je...Dan kita harap sangat sangat bf kita baca (biar padan muka dia). Padahal kita tak sedar yang benda benda macam tu buat kita nampak hodoh dan bodoh gila.
Dahla beriya nak show off relationship kat public..Pastu nak show off masalah luar dalam lagi....Bodohnyaa...Ish..Konon-konon "kau cinta sejati ku la" bila dah publish relationship tu...Konon-konon,tiada siapa yang bisa merampas kau dari aku lah...puihhh (maafkan saya ala zizan)...Paling tak boleh tahan,bila si awek nk post something kat wall bf die...ataupun si bf nak balas komen awek die..alahai..part ni boleh buat semua orang cirit birit bro....contoh..
"Hye baby..terima kasih sebab dah jadi tunang sy...buat sy bahagia...bla..bla..i love u baby muahh muahh, "
" Seluruh hidup i,cuma ada u je...semoga cepat sembuh tau syg...rindu"
"U know what, u lah gf i yang paling i syg..u terbaik syg..."
SEE? dah kurang sifat malu kita kat situ...hadoi...hadoi...tu belum lagi masuk fasa nak bergaduh lawan lawan komen..
"aku bengang gila" (kata si awek)
" habis kau ingat kau jela yang betul " (si balak membalas)
" atleast aku tak layan jant*n lain lah si*l..kau tu ha...miang!" (si awek mengamuk)
" kau ni mulut mcm gamp*ang kan?" (dah si balak hangin)
Aiyaaakkk.....aku rase nak gelak pun ada,nak tutup muka dengan baldi pun iye jugakk...kihkihkih....
HADOI...kalau boleh ulang masa, tak nak dah aku buat benda bodoh macam tu...So now, aku dah buang sikit sikit perangai yang ala ala jebon tu...Alhamdulillah...rasa lebih tenang...Aku buat keputusan tak nak "teman istimewa" aku tu jadi friend kat fb...Tak nak die atau aku ada rasa sakit hati @ cemburu @ berkelahi hanya sebab benda bodoh ni. Selagi die belum jadi suami kita, tak payah la aku nak publish sana sini...Tak payah nak gaduh tiap hari hanya kerana aku jd stalker die kat fb pastu die pun sama then kita sama sama jadi bangang...Nak perli sana sini,nak gaduh sana sini...
Biarlah kepercayaa,kesetiaan dan kejujuran menjadi kayu ukur sesuatu perhubungan....Yakinlah bahawa, tulang rusukku tidak pernah silap...Andai dia buat ku, apa..bagaimana...dan bila sekalipun die tetap milik ku. Dan jika die bukan milikku, redha lah kita ..mungkin Allah sedang menguji kita sekali lagi...Tidak di dunia,mungkin di akhirat..InsyaAllah...
p/s : Do not be ever jelous of other people! and you will always be beautiful sayang....much love!

Subscribe to:
Posts (Atom)