Friday 25 May 2012

Hadiah dari si mata berbisa.Thankyou abang!





Si kotak rahsia..apa...
Dari dia si mata berbisa...


Si kotak rahsia..apa...
Setiap masa rasa suka
Walau bukan dengan kata-kata
Tapi di hati riang berbunga
Walau tiada siapa menduga
Tersentuh dalam terjaga
Terbuai dalam lena
Walau masih dalam dilema


Si kotak rahsia..apa...
Ku rasa masa berlalu begitu cepat
Walau kau sentiasa di sisiku dekat
Sepertinya aku tersekat-sekat
Melangkah keluar lambat-lambat


Si kotak rahsia..apa...
Berharap agar masa lebih lama
Berharap senja bertukar menjadi siang semula
Yang bulan berubah wajahnya
Biar mentari selalu di jiwa
Agar tenang ku merasa


Si kotak rahsia..apa...
Sedih ku biar pendam sendiri
Agar aku tahu betapa kau berharga lagi
Walau kau belum lagi pergi
Meninggalkan aku sepi


Si kotak rahsia..apa...
Melihatmu aku tak terkata
Berdebar segenap jiwa
Sehingga si bisu mentelah tak bersuara
Sayup terdengar sudah lega


Si kotak rahsia..apa...
Hadiah dari si dia
Untuk hari lahir ku katanya
Ku mahu buka
Tidak redha katanya
Mahu sahaja ku ketawa
Tapi redup matanya..aku biarkan sahaja
Mencari selesa


Si kotak rahsia..apa...
Ku pinta cium diluarnya
Apa ada baunya
Ku kira batu kerasnya
Berat juga

Si kotak rahsia...apa...
Rupa-rupanya ini didalamnya
Comel tak terhingga
Wangi menggila
Pertama kali mendapatnya


Si kotak rahsia..apa...
Kali ini bukan lagi rahsia
Biar semua melihatnya
Agar semua tahu aku juga berhak bahagia
Walau kau cuma si kotak rahsia
Aku tetap ingin memeluk dan mencium mu setiap masa
Kerana bagiku kau teristimewa




-nurulain-













p/s : Thankyou so much abang for everything... 
May Allah bless you
Always make du'a for u and me





2 comments:

  1. jiwang ko ek?dh pndai wt puisi2 ni..wangi ke wei?

    ReplyDelete
  2. aku dari dulu pandai wat puisi.juara kat skolah.bukan jiwang tapi berjiwa halus dan seni. wangi tahap gaban. :)

    ReplyDelete