Bismillah...
Alhamdulillah wa shukrulillah...Masih lagi bernafas hari ini. Walaupun kronik pagi tadi..pening kepala+rasa nak muntah2...tak tau la kenapa...pelik jugak..teringat kata-kata Habib Umar Bin Hafiz,
"Be grateful to Allah that He has gathered you here."
Jadi, bersyukurlah...walau mcm mana keadaan kita sekalipun. Sakit, sihat, kaya, miskin, ada ramai kawan, tak ada kawan, cantik, hodoh, kurus, gemok, ..Just be grateful.
Semalam, aku ada baca 1 komen ni. Dia cakap, dia tak suka pakai barang cikai,barang murah,barang pasar malam,barang downtown dan seangkatan dengannya lah. Katanya tak ada kelass, tak cantik, tak limited, tak special, kulit sensitip, dan bla..bla..bla... Hanya mampu tersengeh-sengeh macam kerang busuk je aku. Tak tau nak komen apa. Sebab, aku la orang yang paling suka pakai barang-barang macam tu. Lagi lelong lagi aku suka gila. Senang cerita, barang-barang mahal ni memang tak ada dalam kepala otak aku.
Dulu ya, suka beli barang-barang yang ada jenama je. Tak kira lah berapa ratus ke berapa riban ke..Tapi sejak otak bisnes ni, aku lagi suka beli barang yang aku suka pakai..sedap pakai...lawa pakai...lepastu bila dah beli,check duit...boleh lagi nak gi makan sedap-sedap.hahaha...Maknanya, bawak duit sikit pun, masih boleh beli barang dan buat benda lain. Tak nak lah abiskan duit beli 1 barang yg harga die....omakkkaiiii...kihkih.
Ingat tak iklan sabun ke ape eh...lupa aku...yang pakcik indon tu cakap, "yang mahal tak semestinya bagus dan yang bagus tak semestinya mahal"..kihkih. Tapi,aku nak tukar..."YANG MAHAL TAK SEMESTINYA BAGUS DAN YANG BAGUS TAK SEMESTINYA LAWA" ..haha...so,maknanya aku nak barang-barang aku yang lawa lawa lawa dan lawa,lepastu sedap+selesa nak pakai dan MURAH la. Ingat senang ke nak cari DUIT ha? lepastu nak abeskan duit beli baju mahal-mahal?barang mahal-mahal? aigoo...itu bukan aku mehh...nak-nak tengah miskin tak ada duit ni! Tak silap orang pun tak nak KAHWIN dengan aku tau tak! kihkih...
Jadi, aku berpegang pada bersyukur pada Allah atas apa yang dikurniakan pada aku. Tak lawa, gemok, tak kaya, panas baran, tak pandai, tak pula kaya...Kerana dengan bersyukur di atas kekurangan aku, akan membuat aku lebih menghargai diri sendiri. Apa ada pada pakaian mahal kalau maruah tak mahal? Apa ada pada barang mahal kalau jiwa tak mahal? Kita pun belum tahu siapa kita di sisi Allah...Mahal atau murah... :)
Be grateful to Allah that He has gathered you here at this place despite the fact that He does not need us while we are in need of Him; by renewing our vow to Him in the kalimah:
Ash hadu anla ila ha illAllahu wahdahu la sharikalah,
wa ash hadu an na Muhammadan abduhu wa Rasuluh
Let's renew our vows together.
Ash hadu anla ila ha illAllahu wahdahu la sharikalah,
wa ash hadu an na Sayydana Muhammadan abduhu wa Rasuluh
Ash hadu anla ila ha illAllahu wahdahu la sharikalah,
wa ash hadu an na Sayydana Muhammadan abduhu wa Rasuluh
Ash hadu anla ila ha illAllahu wahdahu la sharikalah,
wa ash hadu an na Sayydana Muhammadan abduhu wa Rasuluh
Yang baik itu dari Allah, dan yang lemah itu dari diri ku sendiri. Jangan melihat apa yang aku tuliskan sepenuhnya, tapi lihatlah apa yang baik sahaja kerana aku juga sedang belajar untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.
Reminder for myself first.
No comments:
Post a Comment