Sunday, 27 May 2012

Anak zaman kini




Anak zaman kini
Mak diketepi
Ayah di anak tiri
Dibiarkan sepi
Tiada siapa peduli
Hidup atau mati


Anak zaman kini
Hidup goyang kaki
Atas usaha mak ayah sendiri
Namun cepat lupa diri
Apatah lagi membangga diri
Macam dunia takkan mati


Anak zaman kini
Hidup mewah di Kuala Lumpur
Sedangkan ayahnya bermain lumpur
Untuk berasap periuk dapur
Mak pula menanam cekur
Buat tatapan tidur


Anak zaman kini
Berkereta laju bagai ferari
Sedang ayahnya berjalan kaki
Mengharap anak pulang jauh sekali
Apatah lagi menghantar sebungkus nasi
Bagai mati hidup kembali


Anak zaman kini
Rumah besar tiada penghuni
Sedangkan atap bocor mak tadah baldi
Buat berteduh menyendiri
Mengharap anak yang jarang kembali
Apatah lagi ingin membaiki



Anak zaman kini
Makan mewah hotel bintang lima 
Sedangkan ayahnya di kaki lima
Makan apa sahaja yang diterima
Walau harta sudah diterima
Namun ayah dicampak di sini sana


Anak zaman kini
Balik bukan menggembirakan hati
Ada sahaja yang tidak puas hati
Bukan kata nak urut kaki
Bahkan disuruh menjadi orang gaji
Walau cuma tiga hari


Anak zaman kini
Adik beradik diketepi
Mana yang tidak berjaya kau akan menjadi kuli
Bahkah dibuli
Untuk menutup kesalahan sendiri
Almaklumlah sudah kahwin dato' seri


Anak zaman kini
Mana yang kaya dijulang tinggi
Disebut sebut setiap hari
Macam yang hina ini tiada hati
Atau hidup kami cuma di kaki
Untuk dihina dan dikeji


Anak zaman kini
Asalkan tahu dimana asalnya
Cukuplah sekeping doa dalam solatnya
Bercakap baik pada ayahnya
Menjaga hati mak nya
Walau bukan harta berjuta
Namun kasih sayang harapannya
Bukan pujian juga
Apatah lagi makiannya
Cuma berharap agar anaknya 
Menikmati ada sebelum tiada
Nanti menyesal tiada guna


Anak zaman kini
........



-nurulain-







































No comments:

Post a Comment