Friday 1 June 2012

Doa mendapatkan JODOH.




Bismillah...
















Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.




Sempena Jumaat yang barakah ni aku ingin kongsikan sedikit apa yang aku tengok dari program Tanyalah Ustazah tadi. Semoga ada baiknya. Aku percaya ramai yang dah hafal doa kat atas tu kan..Dari surah Al-Furqan ayat 74. Tapi kalau masih belum hafal tak apa, boleh start hafal dari saat ni, sebab tu antara doa terbaik untuk mendapatkan/cepatkan jodoh,pasangan dan zuriat yang baik..InsyaAllah.



Ustazah tu kata, pasangan yang menyejuk kan mata bukan sahaja yang cantik,yang hensem, yang kaya, yang berpelajaran tinggi..Tapi, pasangan yang menyejuk kan mata adalah pasangan yang mentaati perintah Allah swt. 
Dan yang penting yakin akan keajaiban Allah. InsyaAllah.


Tapi,seandainya Allah masih belum menghantar jodoh/pasangan buat kita..Baca lagi doa ni..





Dan kalau Allah masih belum hantar juga jodoh buat kita, perbanyakkan berdoa tanpa henti-henti kerana Allah telah menetapkan jodoh kita di syurga dan akan berkahwin juga di sana.Jadi SABAR ya..InsyaAllah...amin ya rabb.


Antara waktu yang mustajab ketika ingin berdoa :

Ketika waktu hujan turun

Ketika kita lagi sedang bersedih

Ketika kita terasa dianiaya cepat-cepat berdoa kerana doa org teraniaya tiada hijab disisi Allah. 



p/s : Ya Allah kau lembutkanlah hatiku...Semoga aku termasuk di kalangan pasangan yang menyejuk kan mata. :(








2 comments:

  1. dua2 doa ni k.na hafal n slalu baca...mudah2an Allah dengar doa kita semua..amin..

    ReplyDelete
  2. ya ka .... nak amal jgk lah .... mudah- mudahan .....

    ReplyDelete