Thursday, 7 June 2012

Terengganu dan MB.




Makin hari makin menjadi-jadi kutuk mengutuk di kalangan kita ni. Apatah lagi bila di lihat, kaum dan agama mana yang paling rancak sekali hentam menghentam, hina menghina, fitnah memfitnah...Melayu sama melayu...Islam sama Islam juga juara carta...


Bukan nak kata aku pandai sangat menilai,cuma aku sangat kecewa bila, gambar ni dijadikan bahan gurauan,senda tawa bahkan kutukan yang bukan saja menjengkelkan mata tapi membuatkan taik telinga ku yang keras menjadi cair. Lantas aku tidak teragak2 meninggalkan komen sepatah 2 kata tanda tidak bersetuju dengan apa sahaja yang dibualkan oleh mereka.Apa sahaja hentaman terhadap komen aku tu, aku tak kisah dan TAK NAK ambil kisah.


Ada 1 komen yang agak melampau bagiku...tapi syg nya belum sempat nak print screen sbg bukti,dah di delete terlebih dahulu (bagusla kalau admin pun tak sanggup nak baca! ). Ada yang bertanya kenapa MB Terengganu? Apa aku menyokong akan pihaknya? Jawapannya adalah tidak. Apa aku ni anak saudaranya? Juga tidak. Tapi sebagai anak muda yang selalu ingin mengkaji dan mengetahui siapa sebenar Datuk Seri Ahmad Said yang selalu di hina oleh masyarakat di bawah pimpinannya.


Tidaklah begitu kenal,tapi cukup aku katakan Datuk Seri Ahmad Said berjiwa rakyat dan begitu sesnsitif terhadap persekitaran. Ingat lagi kisah ini ? Zuhairi Ahmad pemain skuad Piala Presiden T-Team yang kehilangan 5 jari akibat tersepit mesin tebu. Berita menyayat hati ini sampai ke pengetahuan MB sendiri, dan kerajaan negeri telah pun memberi sumbangan kepada Zuhairi..(Terima kasih atas keprihatinan tersebut). Dikatakan, berkaca-kaca mata MB menahan sedih apabila melihat tangan Zuhairi yang telah terputus. Bukan senang seorang MB ingin menyelami jiwa dan perasaan rakyat,tapi itulah kelebihan yang ada pada Datu Seri Ahmad Said. 


Lihat sahaja pada Majlis Sambutan Harijadi nya yang lalu yang dilakukan secara mengejut... Beliau sangat terharu sehingga mengalirkan air mata, bahkan membuat yang lain juga menangis. Bukan aku nak puji sikap menangis dia itu, tapi nak bagitau bahawa beliau mempunyai 1 jiwa yang susah nak ada pada Menteri Besar yang lain. 


Aku tidak menyokong mana mana parti politik, cuma menyokong dan membetulkan apa yang salah di mata orang lain.Mungkin bagi rakyat Terengganu yang konon nya cukup mengenali MB nya sendiri, secara jujurnya aku ingin menegaskan kutuk kan,hinaan dan cacian yang dilemparkan seolah-lah menggambarkan siapa rakyat Terengganu yang sebenar. Malu aku sebagai seorang yang bukan berasal dari negeri penyu itu. 


REMEMBER THE GOOD, FORGET THE BAD. Doakan sahaja semoga Beliau mendapat petunjuk dan hidayah..Itukan lebih baik. (aku memang tidak lah BAIK, tapi sekurang2nya..aku mengingatkan diri aku sendiri)




WAJIB BACA LAGI ...









Semasa kecil dunianya hanyalah kampung Telok Kalong, tidak jauh dari laut namun beliau jarang mandi-manda kerana tegahan ayah yang bimbangkan keselamatannya.
Di penempatan itu yang turut dilatari paya, belukar dan bukit-bukau, siapa lagi orang yang kerap dilihatnya berlegar dan menjengah rumah mereka selain posmen.
Mudah sahaja terpacul dari mulutnya bahawa posmen suatu yang dicita-citakan namun apabila melangkah ke sekolah menengah dan mula memikul tanggungjawab ketua asrama, beliau ingin menjadi pemimpin.
Di situ jendela kehidupannya mula terbuka luas dan impiannya meneroka jauh, melalui pengorbanan kakaknya, Teh yang terpaksa mengalah, meninggalkan persekolahan bagi memberikan laluan kepadanya untuk terus belajar.
Ketika kemiskinan terus menghimpit keluarga, rajuk anak bongsu itu sekali lagi, sehingga meninggalkan rumah membuatkan ayah membenarkannya menamatkan pengajian di peringkat menengah.
Itu sebahagian episod kisah Mat anak lelaki tunggal Pok Eid Tok Nyadat yang dipaparkan dalam buku meja kopi AHMAD SAID Dari Rakyat Untuk Rakyat.
Buku terbitan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dilancarkan di Putrajaya oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman baru-baru ini.
Setebal 198 muka surat, ia ditulis oleh bekas Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman dan Dekan Fakulti Pembangunan Sosial, Prof. Madya Dr. Noraien Mansor.
Pendokumentasian itu merangkumi lapan bab termasuklah mengenali Ahmad Said, alam pendidikan, tapak kerjaya, pentas politik dan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu ke-13.
Ia menyorot perjalanan hidup Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, anak kampung yang tegar dengan kepayahan hidup di masa kecil hingga mencapai menara gading.
Segulung ijazah bersama pengalaman silam yang mencorak wataknya menjadi bekalan untuk meredah kehidupan yang mencabar.
Apatah lagi, ketika kerjaya politiknya pada peringkat awal dilihat akan menemui noktah dan beliau tersepit dalam situasi cukup mengugat.
Dalam pilihan raya umum lalu, beliau hampir tidak dicalonkan tetapi nasib masih menyebelahi lelaki berwajah tipikal anak kampung itu dengan membawa kejutan apabila keadaan semasa melonjakkannya sebagai ketua eksekutif negeri.
Ia membawa bersama gelora politik yang bagaikan cukup sukar untuk untuk diredah awalnya, namun kini setelah empat tahun menerajui kerajaan dengan gaya pentadbirannya, suasana kini cukup tenang.
Untuk melihat sisi silam Ahmad, malang, hanya ada dua keping gambarnya sewaktu kecil dipaparkan; satunya ketika berusia 12 tahun yang mudah ditelah semasa membuat kad pengenalan dan gambar dari album sekolah, mungkin simpanan rakan.
Dalam kehidupan kampung yang sering dibelenggu kepayahan, merakam gambar, memiliki dan menyimpannya sebagai kenangan bukan suatu yang mudah dilakukan.
Ahmad, anak kepada pasangan Said Mohd. dan Wook Ali yang dilahirkan pada 15 Febuari 1953 membesar di sebuah rumah berlantaikan batang nibong dan beratapkan pelepah nipah.
Ayahnya turut mencari nafkah dengan turun ke laut, menoreh getah dan berkebun manakala ibunya tidak betah diam di rumah dengan membuah kuih, menganyam tikar atau menyalai ikan kering bagi terus menampung rezeki secukupnya buat keluarga.

Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong sebelum ke Sekolah Menengah kebangsaan Cukai dan ke tingkatan enam di Maktab Adabi Kuala Terengganu.
Di sekolah swasta, minat Ahmad terhadap politik bercambah dan terus semarak apabila melangkah ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan sains politik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (kepujian).
Di institusi pengajian itu, bakat kepimpinan terus diasah dan beliau pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak negeri Terengganu, Pengerusi Persatuan Sains Politik dan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa USM di samping aktif dalam sukan.
Ketika meniti zaman remajanya, Ahmad tidak pernah bercinta dan Toh Puan Norliza yang menjadi teman hidupnya adalah rakan sekampung yang dilamar ketika dia menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah.
Sikap keibuan Norliza mudah melembutkan hati dan sukar untuknya berpaling dari gadis itu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Ahmad banyak mewarisi sifat ayahnya yang agak garang dan tegas malah beliau lebih gemar berterus-terang tentang segala apa yang dirasa dan difikirkannya.
Menurut Teh, adiknya itu suka berdebat dengan kakak-kakaknya dengan suara yang agak kuat dan lantang namun selalu mahu menang tetapi selepas itu akan memohon maaf.
Seorang lagi kakaknya, Kalsom menceritakan Ahmad seorang adik yang keras hati tetapi agak sensitif dan mudah tersentuh dengan apa yang dilihat terutama tentang kepayahan dan kesengsaraan.
Setiap kali pulang ke kampung semasa cuti semester, Kalsom memberitahu Ahmad akan ke pantai untuk menanam pokok rhu dengan harapan pada masa depan pantai Teluk Kalong akan kekal indah.
Masa lalu yang ditinggalkan terus mempengaruhi sikap dan pendiriannya dalam menerajui negeri, seperti cerita rakan-rakan akrabnya seperti Rajik Sidik dan Ruzlan Musanif.
Menyentuh mengenai corak kepimpinannya, Ahmad berkata: "Saya terima kritikan membina. Kalau saya salah, saya akui salah dan jika benar saya akan bertegas,".
"Di sebalik watak saya begini, yang tahu, saya mudah tersentuh soal kesusahan hidup. Saya telah melaluinya," ujarnya dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.
Salah satu kenyataan awalnya semasa menjadi Menteri Besar adalah untuk memberikan atap kepada seluruh rakyat yang memerlukan, mula mencerminkan asalnya Dari Rakyat Untuk Rakyat.
Ia dilihat sebagai simbol asas kecaknaan kerajaan negeri yang berusaha memayungi mereka agar kehidupan mereka tidak 'bocor' dan dapat membentuk masa depan yang lebih sejahtera.
Beliau juga menyebut tentang ubi gadung yang disisihkan racunnya menjadi makanan enak yang sesekali menjadi alas perutnya ke sekolah.
Justeru beliau menyediakan peruntukan bagi UMT menjalankan kajian mengenai potensi tumbuhan liar, salah satu anugerah alam yang mungkin boleh memberikan pelbagai manfaat bagi kehidupan.
Baginya, kemiskinan tidak harus diwarisi, justeru ia harus terus diperangi dan untuk mengubahnya beliau melihat kemiskinan minda perlu diberikan penekanan utama.
Pendidikan merupakan saluran terbaik dan peruntukan untuk itu yang menjurus kepada kepelbagaian aspek pembangunan modal insan itu mengatasi belanjawan umum sebilangan negeri. Beliau seakan sedia melakukan apa sahaja.





p/s : If there are any mistakes, they are from myself. May Allah forgive me







No comments:

Post a Comment