Bismillah...
Permulaan Jun dan 11 Rejab 1433.
Semoga amalan kita diterima Allah swt. InsyaAllah.
Hari ni aku nak berkongsi sedikit gambar-gambar dari album artwork aku yang tak seberapa tu. Walaupun dihentam,di "sound" pedas dan disuruh delete dari group (wakakaka), aku tak kesah. Apa ada hal. Seni tu indah dan tak ada sempadan kan..kan...
Aku cuma pegang kata-kata ni je dalam hidup
"I have to trust what i do and then do it"
|
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. Al-Nahl 69 |
|
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. Al-Naml 17-19.
|
|
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. ‘Abasa 25-26.
|
|
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. An-Nur 45.
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
|
p/s : Semoga apa sahaja yang dilakukan mendapat ganjaran dariNya.
Hobi boleh je..cuma jangan sampai jadi najis -UAI-
No comments:
Post a Comment