Bismillah..
Sungguh aku terluka...Seperti luka ku berdarah kembali...Mungkin kali ini kau toreh lebih dalam....Aku meletakkan dirimu dalam satu ruang yang paling besar dalam hatiku...Supaya tiada ruang untuk insan lain hinggap walau cuma sebesar zarah. Walaupun ramai yang mencuba namun, aku cuba bersifat jujur. Jujur dan bersikap terbuka supaya aku tenang dan kau juga tenang....
Bagaimana perasaan ku ketika ini, hanya DIA saja maha mengetahui... Aku cuba untuk tidak memikirkan, tapi mengapa kata hati ini selalu tepat....Mengapa....Mengapa bila jantung ku berdegup kencang aku tahu, aku akan bersedih selepasnya...Semakin aku memekakkan telinga, membuta kan mata, semakin berkocak dada ku....Lebih baik menjadi buta, pekak dan tuli daripada menjadi bodoh seperti aku..
Tertanya juga, apa dan siapa sebenarnya aku ni....Namun soalan tetap soalan....Dari hari ke hari,bulan ke bulan....Tiada satu pun yang kau lafazkan, tertunai....Namun,aku setia menunggu....Menunggu dengan penuh harapan....Sehingga hari ini juga aku masih menunggu...
Mungkin air mata yang mengalir kali ini, pendam rasa yang tak dapat aku luahkan sperti orang lain. Berbeza sungguh kali ini..Aku cuba menggembirakan semua orang walaupun aku sering terluka...Namun,yang pasti akhirnya aku juga bakal terluka...Rasanya, baru semalam luka ku sembuh...Namun, hari ni luka baru datang menumpang meminta belas kasihan...
Aku tak tau nak cakap mcm mana lagi....Bagaimana nak ku luah dengan kata-kata....Mungkin benar kata hatiku....Hidup ada PILIHAN. Kita yang menentukan jalan mana yang kita PILIH. Aku telah menutup semua jalan kerana terlalu berharap pada yang belum pasti...Apakah aku juga harus membuka jalan lain supaya aku dapat mengukir senyuman lagi....
Aku selalu gagal...Kali ni juga aku gagal..Mungkin selamanya juga aku akan gagal...Aku silap dan aku juga bersalah....Kerana terlalu meletakkan sesuatu itu terlalu tinggi darjatnya sehingga aku lupa, aku cuma manusia yang tidak mampu menahan sesuatu itu daripada berlaku...
Wahai purnama...yang indah lagi sempurna...Bagaimana...nak ku luah dengan kata-kata....Ya ALLAH, sesungguhnya aku terlalu sedih malam ni sehingga tidak mampu mengukir walau secebis senyuman...Juga tidak mampu menahan air mata pinjaman ini kerana terlalu terluka....Ku pohon sudilah kiranya kau ampunkan dosaku dan kembalikan senyuman itu esok harinya supaya aku menjadi insan yang paling murah senyuman....Aku mohon kau lindungi insan-insan yang aku sayang, kerana tanpa mereka terasa gelap dunia ku....Juga, buat insan yang terletak jauh di sudut hatiku, kau ampunilah dosanya kerana tidak sengaja melukakan hatiku...Jika dia benar diciptakan untukku, kau panjangkanlah jodoh kami,tetapi jika sebaliknya....Putuskan kami dengan cara yang baik...Aku cuba menjadi "teman" yang baik, namun aku tidak tahu dimana silapnya diriku...Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahu apa yang aku tidak tahu.....
If you love someone, how can you ever let them go?
How can you force him to LOVE you?
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
No comments:
Post a Comment