Wednesday, 31 October 2012

Iddah -Wanita yang kematian suami



Bismillah..
 
 
 
 
i. Firman Allah Taala mengenai iddah wanita yang kematian suami:
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah Mengetahui apa yang kamu berbuat. (Surah al-Baqarah: 234)

ii. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tinggallah engkau di rumahmu sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari." (HR Abu Daud & Tirmizi)


 
 
**********************
 
 
 
 soalan :
 
saya ingin menanyakan satu soalan. adakah seseorang isteri yg baru kematian suami dan dalam iddah boleh keluar seperti menghadiri kelas ugama dan melakukan tugas2 harian seperti ke pasar dan mengambil anak dari sekolah? terima kasih.  



Jawapan:




 



Bagi isteri yang kematian suami tempoh iddah (berkabung) ialah 4 bulan 10 hari. Seboleh-bolehnya tidak keluar rumah kecuali jika ada keperluan yang mendesak dan terpaksa seperti bekerja dan sebagainya.

Andainya, tugasan seperti ke pasar dan mengambil anak dari sekolah tidak dapat dilakukan oleh orang lain, maka pastinya ia tiada pilihan lain selain terpaksa dipikul tugasan tersebut. Allah itu lebih mengetahui pada keadaan hamba-Nya.

Adapun menghadiri kelas agama tidak termasuk dalam keperluan yang mendesak. Ianya boleh disambung selepas selesai iddahnya. Perlu diingat bahawa iddah antara lain hikmahnya untuk memastikan agar rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah.

 
 






p/s : Kelas agama pun tidak termasuk dlm KEPERLUAN yang mendesak, apatah lagi perkara lain. THINK!


























No comments:

Post a Comment