Friday 28 September 2012

Aduhai lelaki.....Mengertilah....



Bismillah...

Wanita memang dilahirkan manja,selalu ingin diberi perhatian,dibelai,dipujuk ketika merajuk,dirawat ketika sakit,cemburu,dan sebagainya...Janganlah pula orang lelaki kata kaum hawa ni mengada-ngada, bukankah Allah telah menciptakan hati kami lemah dan lembut?Lemah di sini bukan untuk di tindasi ye..tapi untuk dilindungi sebenarnya...

Perempuan ni serba serbi dia kalut..Walaupun aku rasa kaum perempuan ni lah salah satu mahkluk Allah yang paling stabil, tapi disebabkan kestabilan dia tu lah yang membuatkan dia jadi "complicated" ...Lepastu bagi kaum perempuan, lelaki (suami,tunang@bf) ni kena "serba boleh"..amboi....kan? haruslah dia kena jadi doktor,nurse,mekanik,driver,perunding imej,chef,bibik,akauntan,peguam,bodyguard dan sebagainya.Pendek kata, apa je pekerjaan dalam dunia ni, dia nak lelaki tu tahu...

Jadi doktor? Ya........jadi doktor....Bila kaum perempuan tu sakit, tolongggglah jangan anggap benda tu as simple as that je ye kaum lelaki...Sebabnya, orang perempuan ni dia lagi cekal dan tabah, sebab tu lah Allah ciptakan perempuan yang mengandung dan bersalin..Ye tidak...Jadi, kalau perempuan tu kata dia sakit, that means memang dia tengah sakit betul-betul... Bukan cobaan..cobaan.....So, time-time mcm ni lah dia nak lelaki jadi Doktor die. HEHEHE...Bagi la nasihat suh makan ubat ke banyak kan berehat ke...and time ni jugak die nak suh lelaki tu jadi nurse. Tolong bawak ubat, tolong suap ubat....Kadang-kadang, "sentuhan dan perhatian" tu dapat mengurangkan kesakitan...Sebab tu lah disarankan, bila isteri sakit nak melahirkan anak, suami kena ada di sisi isteri gosok-gosok tangan atau pun belakang die, utk mengurangkan kesakitan si isteri...hmmm.....Jadi, lelaki bersabarlah...

Tapi, bukan semua lelaki ni faham...Kadang-kadang ada yang faham tapi buat-buat tak faham...Ada pulak yang sengaja tak nak faham... ..Jadi, tugas kaum wanita kena fahamkan kaum lelaki...Biarpun korang sakit hati kena cakap benda yang tak sepatutnya korang cakap....Tak salah pun, kalau kita berterus terang daripada kita makan hati kan.....Kata Nurulbadiah, jadilah wanita yang bahagia...Kalau lelaki tu tak nak amik tahu, jadi kita bagitahu...Kalau dia tak nak dengar, kita kasi dengar...Kalau dia tak nak call kita tanya kabar, kita buat la....Kalau dia tak nak mesej kita, tanya dah makan ubat ke belum ke dah sihat ke belum ke...kita mesej dia...Tapi, kalau die memang rabun tahap mak hayam sampai langsung tak dek instinct apa maksud mesej kita yang bertalu-talu tu, dia still buat bodo buat tak tau...MAAFKANLAH dia cepat-cepat..Bukankah kita pun mahu Allah ampunkan kita bilamana kita membuat dosa? ..

Lelaki ni kadang-kadang die tak perasan yang diorang ni "simply" tau...Jadi, korang kena tegas sikit...Ape kata korang straight to the point je....U, u dah tak sayang i ke...kenapa u tak amik berat pun pasal i...i kecik hati betul dengan u...bila u sakit, i selalu tanya kabar u..even tak call, i ttp mesej u..Tapi u, i dah mcm lembu kat pdg tu kena tambat kat tuan,bila petang baru tuan mai nak amik tu pun kena pukui kat bontot...sebenarnya bukan lembu tu tak nak jalan tapi die protes la....ERKKK...ape cite lembu ni???OK FAINGG.....Percayalah, kalau lelaki tu memang sungguh-sungguh sayangkan korang, die terus tersedar dari lamunan mcm orang kena renjatan elektrik.....Owh meh, yela..aku lupa..aku langsung tak tanya kabar die...die jatuh mcm mana pun aku tak tau...die luka kat bhagian mana lagii la aku tak tau....die pegi hospital mana dengan siapa pun aku tak tau..ape kena dgn aku ni.kesian dia..xpatut aku buat dia mcm tu..and for sure lepas tu korang akan dapat mesej or dia terus calling korang..time tu korang rasa mcm nak tergelak gilakk sebab lepas sound je terus tanya kabar..hihi..tapi, tak kisah la kan......SEE? senang kan....Tapi, since korang dah cakap mcm tu pun, lelaki tu buat bodo and boleh ckp, ala...u hidup lagi kan? i tgk sakit u tu sikitt je...bukan i x nak amik berat, i busy la u...cuba faham boleh? ERKKK.....Aku rasa korang patut, ambil masa 1 hari untuk berfikir dan "membuat keputusan" dengan lebih bijak....ok...

Aduhai lelaki....mengertilah....Kami insan yang telah diciptakan atas nama cinta dan kasih sayang. Cinta yang paling agung adalah cinta daripada Allah. Kasih sayang yang tiada tandingan juga dianugerahkan-Nya kepada kaum wanita. Disebalik pelbagai perintah yang diberikan kepada kami, sebenarnya adalah tanda bahawa di situlah kasih sayang Allah...




p/s :  i'm not feeling well for several days...Nurulain, bukankah sakit itu penghapus dosa? May Allah forgive me.











2 comments:

  1. Betullll..........tapi kadang2 pempuan pun ada ego.. nak ngajuk panjang.. last last sendiri makan hati... ;p

    ReplyDelete