Wednesday, 26 September 2012

Bertunang


Bismillah...


Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara', bertunang adalah "seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya". Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara', memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.


Mungkin pandangan manusia itu berbeza. Apa,dan bagaimana sekalipun pandangan seseorang janganlah di ambil mudah atau ditolak mentah-mentah...Kaji dan selidik di mana kebenaran, kebaikan atau keburukan disebaliknya. Dan aku bercakap mengenai "pertunangan atau bertunang". Since ramai sangat yang mencemuh tidak kiralah dari sudut mana sekalipun,jd ku sediakan entry ini sbg rujukan....sbg contoh ckp2 org....Kau tak nak bertunang? bertunang la dulu...jangan terburu-buru.....Hah,kau nak bertunang? ek eleh...membazir duit je...xpayah la nak bertunang sangat...rilek2 je....See? Banyak percanggahan berlaku waima kita cuma minta sedikit pendapat atau pandangan sahaja...Apa-apapun yang baik itu dari Allah...dan yang lemah itu dari kita....



HukumnyaSunnat. Sunnat pula dipendekkan tempohnya. 


Tujuan bertunang: Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Hikmah yang boleh dicungkil: 


Lelaki lain tidak boleh bertunang di atas tunangan orang lain. Maka ini sangat menjaga hak bagi yang telah bertunang.


Bertunang adalah tempoh untuk menanam rasa cinta dan kasih antara bakal suami dan bakal isteri. Jika bertaut hati dan mula merasakan sayang, maka eloklah diteruskan pernikahannya. Jika tidak datang rasa sayang dan cinta, maka eloklah diputuskan pertunangan tersebut. Sebab itu ketika bertunang, diharuskan melihat wajah pasangan masing-masing (tidak termasuk auratnya) malah diharuskan juga hingga datang rasa ghairah ketika melihat.

Bertunang mengelakkan CINTA SEBELUM NIKAH yang sangat dilarang oleh Allah dan melanggar Sunnah Rasulullah SAW...


Bertunang juga adalah tempoh suaikenal antara kedua pasangan dan antara kedua kedua pihak keluarga (dengan penuh adab dan tertib bersyariatnya)



Pantang larang ketika bertunang 

Diharamkan bertemu tanpa muhramnya. 

Dilarang melihat auratnya apatah lagi memegang tangannya.




2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ
"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan " [surah al-Baqarah : 235]


Nabi pernah bertunang dengan A'isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya.


Sabda Nabi :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
"Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan" [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi .





Jadi, kita cuma perlu bezakan antara pertunangan mengikut adat atau mengikut syarak sahaja kan....Mudah? ya..sangat mudah...Ikutlah kemampuan dan persetujuan dua2 belah pihak...Apa pun keputusannya, masyarakat haruslah menyokong dan bukan hanya mencemuh dan mengata tak sudah-sudah...Asalkan tidak bercanggah dengan syarak dan tidak berlaku pembaziran, syukurlah.....Untuk memuaskan hati semua pihak memanglah sukar, jadi buat lah keputusan yang baik dengan menjaga hati kedua-dua belah pihak...Aku tidak menolak dan tidak pula kata meminta...Cuma sedang mempersiapkan diri untuk berubah ke arah yang sepatutnya....Kata orang, hidup perlukan perubahan.....Wallahua'alam bissawab...
















1 comment: