Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w melakukan Israk Mikraj menghadap Allah, malaikat Jibril memperlihatkan taman-taman syurga kepada Rasulullah. Rasulullah melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza daripada yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah bertanya kepada Jibril, "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu?" Malaikat Jibril menjawab, " Bidadari itu diperuntukkan bagi sahabatmu Umar. Pernah suatu hari dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya .Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza daripada bidadari yang lain. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah dan bahagian bawah matanya berwarna biru, serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah maka saat itu juga Allah menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikendaki hatinya." ( Riwayat Ahmad )
p/s : Kerana terlalu banyak dosalah yang membuatkan hati ini keras ..membuatkan hati ini tertutup....YA ALLAH, Lembutkanlah hati ini...Bersihkanlah noda dosa yang melingkupi hati ini...Sehingga mudah cahaya hidayah-MU menembusinya.........
No comments:
Post a Comment