Bismillah....
Aku update lagi? IYA. mungkin kali ini lebih berani . Untuk tengahari ni,masa berlalu cukup pantas.Sedar tak sedar sudah masuk ketengahari...6 task yang diberikan boss, sudah cukup membuatkan aku yang asalnya berdress bak puteri bertukar menjadi gaban perkasa hijau lumut. Hadoi.....Selenge aku dibuat nya. Pekena sekerat tosei dar En. Ali membuatkan aku rasa sepertinya berada di India oleh kerana tangan kanan yang tak hilangnya bau kari...Aiyooo....*pengsan*
Kata orang, senyum itu penwar duka. Senyum juga boleh mengembalikan dunia yang gelap menjadi terang..
Juga menebusi tembok si raja angkuh.Tak gitu? heh heh heh....Senyumlah kerana senyum juga merupakan satu sedekah. Jadi, kebajikan yang kita dah buat hari ini ialah dengan memberikan secebis SENYUMAN. heh heh heh... Dan pastinya aku sangat rindukan senyuman si dia yang jauh di sinun....hihihi..acecececeeewahhh.......
Walaupun, kadang2 (dekat ofis lah terutamanya)..Korang rasa mcm geram tahap nak geget-geget je boss korang tu tapi teruskan TERSENYUM....heh heh heh...Kerana dengan tersenyum, korang akan nampak cool gila tahap supergaban walaupun hakikatnye korang dah mcm sakai gila buat kerja.Lagi-lagi bila mesin photostat korang rosak, pastu korang sebenarnya nak kena print or photostat something yg penting gila untuk boss korang...AND paling mantop sekali bila time2 tu jugak la kertas A4 nak habis pun....
So, dengan muka comel mcm doremon korang pun kena la pergi kedai beli bla...bla...bla....heh heh heh....So, senyum lah lagi.....Jangan lah kita bermasam muka di atas sesuatu yang kita tidak suka....Cuba dan teruslah cuba untuk mengukir secebis senyuman seperti usup sontorian.....Gila manis usop sontorian senyum wei....heh heh heh.....Jangan lah buat muka masam mencuka mcm nak kena cicah dengan sambal kicap tau....Sebab, aku pun tak suka betul dgn org yang payah nak senyum ni. heh heh heh....
Nak tips kelihatan sentiasa cantik ala ala rozita che two? Cermin mesti ada kat desktop korang..so, sambil2 buat keje cuba jeling2 kat cermin. Tengok muka korang mcm mana? hahaha...Aku dah tegok...Bapak comel gila....kahkah...tipu aje....Bapak lah serabai tahap cipan....So, cpt2 aku betulkan posisi, dan bermanis muka lah sepeti manisnya madu.....heh heh heh...
Jalan cerita tak penting, yang penting isinya korang dapat.Okeyh? Sebyumlah senyumlah ahaiiii cek mek molek....:)
p/s : Jika hari ini aku terlalu GEMBIRA,sedarkanlah aku dengan amalan-amalan solehah
Jika hari ini aku BERSEDIH tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Maha Pencipta
Jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga
Jika di antara kita ada TEMBOK yang memisahkan, ajaklah aku menyisihkan segera
Jika esok aku LENA tanpa terjaga, iringilah aku dengan kalungan doa.......
Senyum ain senyummmmmm
ReplyDelete:) hihi
Delete