Thursday, 20 September 2012

Innallaha Ma'as Sobirin



Bismillah.....

Entry ni ditujukan untuk teman seperjuangan ku yang jauh berada di Kulim sana....Maaf terlebih dahulu andai coretan ini mengganggu sesiapa sahaja. Tiada niat yang buruk selain daripada berkongsi apa adanya. Moga-moga ada kebaikan yang dicatat sebagai payung " di sana " nanti...InsyaAllah.

Innallaha Ma'as Sobirin.....Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Jadi, mengapa kita memilih untuk tidak sabar? Itu termasuk aku....mungkin kau juga...dan mungkin kita semua....Baru di beri ujian hilang kekasih, hilang tunang dan seumpamanya kita dah hilang arah...Kalau perempuan, berendam air mata sampai 10 tempayan pun belum pasti cukup...Bengkak mata tak payah cerita lah mcm belon udara besarnya.....Belum lagi serabai rambut yang tak bersikat...Hmm....Kalau lelaki pula, mula hilang arah..merempit sana sini...habeskan rokok berkodi-kodi...Nak upah bunuh orang sana sini....Cuba bagitau aku apa PEKDAH nya ? Bukan kata aku tak pernah alami....PERNAH. Bukan sekali bro, tapi beberapa kali juga. Pernah juga melalui sangat-sangat sukar tapi bila difikirkan balik, BODOH betul aku di saat itu. Bukan kah Allah memberi ujian itu bersesuaian dengan kemampuan hambanya? dan Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya tanpa diberi jalan penyelesaian....Cuba kita fikir balik, kenapa Allah menguji kita? Mungkin kerana kita telah banyak melakukan dosa....Dosa pada ibu bapa, pada kawan-kawan atau pada Allah sendiri? Pernah kita fikir?Lantaran itu, fikirlah sejenak.....Mungkin ini cara Allah untuk menunjukkan rasa kasih sayang Nya pada kita...Diberikan ujian supaya kita mengingati semula siapa penciptaNya...Mungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan?

Aku tau bukan senang...bukan sekadar baca, senyum, ataupun baca lepastu hmmm...nanti lah....Tapi, baca, faham, kaji, berfikir sejenak, muhasabah diri sebelum tidur dan cuba buat...Walaupun sehari, pastikan yang kita hidup dalam keadaan yang tenang...Tenang di sini apa maksudnya? Tenang di sini bermaksud kita redha dan ikhlas di atas ketentuan Allah...Mungkin Allah putuskan aku dengan si dia kerana aku berhak mendapat yang lebih baik...ataupun, mungkin Allah masih belum hantar seseorang buatku kerana aku masih belum mampu menjadi pendamping yang terbaik buat si dia, ataupun Allah mewujudkan rasa sayang pada orang yang salah untuk aku berjumpa dengan orang yang lebih sayangkan aku dgn jujurnya....

Jadi, jangan pernah salahkan takdir. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz..Mungkin kau akan cakap, kau tak rasa kau mana tau...Jadi kau rasa, kau pernah alami seperti mana rakyat Syria alami?Hidup dalam keadaan yang huru hara sampaikan tak terfikir soal makan,minum, jauh sekali soal jodoh...Yang mereka tahu, cuma teruskan kehidupan yang belum pasti sampai bila...Semua orang ada ujiannya..tapi setiapnya berbeza...Memang aku tak rasa apa yang kau rasa...Tapi hakikatnya, "rasa" itu tetap sama...Aku juga pernah rasa sedih,kecewa,putus asa,lesu,tidak bermaya...Tapi, cubalah untuk bangkit...Bersabar...Bersabar dalam apa jua keadaan...Paling penting, back to basic! Solat.... Percaya dan yakin... Beberapa bulan terdekat ini juga, baru aku tahu erti percaya dan yakin...Bila aku menerima segala teguran dan nasihat dengan negatif jiwa aku memberontak...Tapi, setiap kali sebelum tidur aku akan pastikan yang aku muhasabah diri...Itu sahaja jalan untuk aku mengambil ion positif supaya aku lebih tenang.Aku harap kau juga buat benda yang sama.

Aku juga tidak tahu jodoh aku dengan siapa dan bila....Cuma apa yang boleh aku katakan, aku cukup tenang dengan "seseorang". Jadi, aku berharap, aku berusaha dan berdoa pada Allah supaya "dia" diciptakan untuk menjadi pandampingku....Walaupun kau kata kau masih ada "rasa itu", aku tetap berterima kasih...Moga-moga "rasa itu" cuma sebagai seorang teman...Aku harap ada kebaikannya.... Jangan lah kita terbang terlalu tinggi tentang sesuatu yang kita belum pasti kerana bila mana kita jatuh, kita pasti akan mati...Tapi terbanglah mengikut keupayaan kita, supaya bila kita jatuh kita tetap akan selamat dan berjaya terbang semula...

Untuk kau, aku doakan semoga Allah memberi ketenangan dan memberi kekuatan untuk merawat HATI mu semula.... Jodoh itu di tangan Allah....Percaya dan yakin lah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu... Rawatlah hatimu kerana dengan merawat hatimu, kau akan lebih tenang dan kembali tersenyum seikhlas yang mungkin....Aku juga sedang memperbaiki diri...Semoga Allah memberkati..Maaf dariku andai coretan ini mengganggu dirimu...Aku memang degil..:)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. 
Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
- Surah Al-Baqarah: 216 -





As ever,

Terima kasih sahabat untuk shot ini....Semoga kenangan itu mengajar kita erti "persahabatan".























2 comments: