Wednesday, 19 September 2012

Husnul Khatimah - pengakhiran yang baik.




Bismillah...

Biasalah..menjadi seorang manusia bukannya mudah....Apakah aku bercakap hanya sekadar dari sudut pandangan atau pendapat aku sendiri? 

Bertanya malaikat kepad Allah " Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menjadikan manusia sebagai pemimpin di muka bumi, sedangkan manusia adalah makhluk yang pasti membuat kerosakan, kemusnahan dan saling berbunuhan.Berbeza dengan kami yang sentiasa memuji dan memuja Engkau."
Allah menjawab, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Kadang-kadang aku terfikir, bila sampai waktunya nanti...Bila anak aku tanya, Allah itu siapa dan bagaimana..apa agaknya jawapan yang harus aku berikan...Bila ditanya rukun Islam dan Iman sahaja membuat kan jiwa berkocak-kocak..Lintang pukang jawapan aku....Hmm....Islam hanya pada nama...Percaya, tapi tidak yakin begitulah....Berbeza dengan orang yang percaya dan yakin....Jawapannya mesti lebih sempurna.. ya kan?

Mungkin ini akan jadi jawapan aku nanti..."Allah itu Zat yang memiliki istana di langit dan kekuasaan di muka bumi...Zat tersebut telah mengutuskan seorang Rasul dengan membawa mukjizat yang jelas...Rasul itulah yang menerangkan mengenai hal itu...Setelah baginda menyampaikan risalahNya, Allah akan mencabut rohnya, dan kini utusan itu telah pun wafat...Dia telah meninggalkan Kitab suci Allah iaitu Al-Quran....Allah itu hidup terus ,Maha mengawasi dan tidak pernah tidur atau pun mengantuk..."

Agaknya apa kesudahan hidup kita? Hanya Allah sahaja yang tahu...Kita hanya mampu berdoa supaya pengakhiran hidup kita lebih baik...Bi-iznillah...
Kadang-kadang, aku juga akui yang hati aku juga masih ada noda hitam yang masih belum mampu padam....Masakan tidak, sifat marah, panas baran, kurang sabar, bukankah sifat itu semua datang bila mana manusia itu sendiri masih belum merawat hatinya....Bukan senang nak merawat hati...Bukan seperti luka...Cuma perlu sapu ubat berterusan dan pulihlah luka itu....Kata orang, mungkin dosa yang lampau terlalu banyak, jadi sukar untuk kita berlapang dada. Benarkah? Jika benar, "Ya Allah...kau lembutkanlah hati-hati kami yang semakin keras ini..Kau ampunilah dosa-dosa kami yang terlalu banyak dulu....Mudah-mudahan dengan itu kami mampu berlapang dada dan beriman kepadaMU"....

Buat semua pembaca, aku minta maaf terlebih dahulu jika setiap perkataan yang keluar dari blog aku tidak menepati atau dirasakan tidak sesuai...Apapun ianya ikhlas dari hati....Walaupun dirasakan tidak betul, jangan lah menghentam aku terus-terusan....Luahkan lah pendapat dengan cara yang berhemah.....Wallahuaa'lam bissawab.....


"The time will come Nurulain"....Sabarlah..kerana sabar itu permulaannya pahit tetapi pengakhirannya sangat manis....



as ever,























No comments:

Post a Comment