Wednesday 11 July 2012

Sollu 'alan nabi




Bismillah...


Jika ditanya, sifat apakah yang aku suka mengenai Rasulullah...Tentu sekali sifat belas kasihan, penyayang dan juga romantiknya.


Nabi Muhammad sukakan kanak-kanak.Jelas sekali bila dilihat Nabi memimpin Umamah dan yang lain ketika bersolat,dibiarkan sahaja Hasan dan Husin memanjat belakang badan baginda sehingga mereka sendiri turun dan kisah nabi melayani seorang kanak-kanak perempuan dan sanggup mengikut kemana sahaja kanak-kanak terbabit mahu pergi...Ingat lagi aku cerita Habib Ali Zainal Abidin pada minit ke 5 cinta Rasul....Nabi bertanya pada seorang kanak-kanak,"Adakah engkau mencintai aku?kanak-kanak tersebut menjawab "Ya..kami terlalu cintakan Kau"...menitis air mata aku....MasyaAllah Tabarakallah....


Rasulullah juga seorang yang romantik.Mungkin ramai yang sudah mengetahui...Aku pun selalu sangat cerita pasal ni kan...Terutama sekali bila Nabi melayan isteri...Ingat lagi tak cerita romantis Aisyah dan Rasulullah?kalau tak ingat,boleh bukak entry ni balik...:)..Kisah nabi minum gelas yang sama dengan isteri,bahkan bukan gelas sahaja tapi tempat singgahan bibir isterinya yang dicari..sweet kan..:)....Kisah nabi tidur di pangkuan isterinya walaupun sedang haid,seraya membaca Al-Quran...nabi memotong kuku isterinya..mandi junub bersama...Baginda suka menggelar isteri dengan panggilan manja seperti humaira kpd Aisyah...Mencubit hidung Aisyah ketika mana Aisyah sedang marah...


Yang baik itu dari Allah...


p/s : Sollu 'alan nabi . Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad.



*******************








 terseksa jiwa aku tgk gambar gambar ni...sebab ada segelintir manusia mcm kita ni pun tak pandai nak hargai kasih sayang dan berbuat baik sesama insan...jauh sekali nak senangkan hati sesama kita...ditambahkan sakit hati adalah....Jadi, dimanakah martabat kita?adakah lebih rendah dari haiwan?















2 comments: