Bismillah...
Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang, nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu mengalir kepada saraf dan menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya sebagaimana menggelegaknya api dan sebagaimana menggelegaknya air yang dipanaskan di dalam periuk. Lalu muka dan matanya menjadi merah, sementara di sebalik kulitnya membayangkan warna merah.Adapun kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati.Maka lawan marah itu ialah redha.
***
Jika diberi pilihan......Aku pun tak nak jadi pemarah. Walaupun dah tau marah tu sifat syaiton tapi kenapa la aku ni jadi mcm ni....Aku rasa, asalnya aku tak macam ni pun...Tak tau mana hilang sifat sabar tu. Kenapa la yang buruk je banyak kat aku ni. Aku tengah cuba..masih mencuba...
***
Tips menghilangkan marah dalam Islam
1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.
Hadith – Marah
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s : Doakan aku. doakan aku. doakan aku. selebihnya aku tau, aku sendiri yang kena usaha.thankyou for someone who always standing by me ... even hari2 kena marah pun stil boleh hantar smiley lagi...:(
Ramadhan Kareem!!!
selamat sahur habibi ya nurulain.
No comments:
Post a Comment