Thursday, 25 October 2012

9 DhulHijjah 1433H .Arafah dalam ingatan





Bismillah...

Selama aku hidup, ini kali pertama aku mula mengetahui erti 9 Zulhijjah yang sebenar.....MasyaAllah Tabarakallah.....Mudah-mudahan aku terus ikhlas dalam memahami dan belajar segalanya....
Terima kasih buat yang sudi memberi ilmu itu....

Dipetik dari slot Salam Baitullah semalam ,Haji yang mabrur itu tidak boleh di perolehi hanya bila duduk  dihadapan Kaabah sahaja, tetapi sebaliknya di dalam HATI...Sayu hati aku semalam.....Mudah-mudahan abah dan ma mendapat Haji yang Mabrur...Ameen Ya Allah....

Perhaps, on that day, we should be saying....Terima kasih Ya Allah kerana aku berjaya menjejakkan kaki kesini..Terima Kasih Ya Allah kerana aku mampu mengangkat kedua belah tanganku to make du'a...Terima kasih ya Allah kerana aku mampu bercakap,bukan setakat bercakap tetapi bercakap dengan jelas...Terima kasih ya Allah kerana memberi aku mata,jadi dengan itu aku dapat melihat kebesaranMU,dan dengan penuh kebesaran terima kasih Ya Allah kerana mampu membuat aku menangis walaupun aku tidak dapat melihatMU....





Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina  Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)





p/s : aku juga punya hasrat untuk ke sana...Until that day..year after year


Labaik Allahuma Labaik. Labaika Laa Syariikalaka Labaik. Innal Hamda Wani'mata Lakal Walmulk. Laa Syariikalak.(Aku Datang Kepada MU Ya Allah, Aku Datang. Aku Datang Dengan Tidak Mensyirikan Engkau, Aku Datang. Sesungguhnya Segala Kepujian Kepada Engkau, Segala Ni'mat Dari Engkau & Kerajaan Kepunyaan Engkau. Tiada Sekutu Bagi Engkau)



















No comments:

Post a Comment