Wednesday, 10 October 2012

Tragedi Oktober - Mengapa Salahkan KETAM?



Bismillah....

Aku cuba belajar untuk bersikap " TAK APA" ...Tak apa dengan kata-kata yang menyinggung perasaan, Tak apa dengan perbuatan yang mengecewakan, Tak apa dengan apa sahaja....Tapi, makin aku cuba..makin.......................:)

Aku cuba mengerti,memahami,ikhlas,redha, belajar tentang ujian, belajar tentang doa, belajar tentang jodoh,belajar memperbaiki diri...Tapi, bila makin kita cuba untuk berubah, makin banyak dugaan.Makin kita cuba nak belajar positif, makin kita negatif.

Macam mana ibu ketam nak ajar anak ketam berjalan lurus,kalau ibu ketam pun senget? Cuba korang fikir? Salah ibu ketam ke salah anak ketam? Dua-dua pun tak salah, sebab aku tak pernah nampak mak ketam nak ajar anak die jalan lurus pun...Die redha je jalan senget.....Yang penting, ketam masak lemak cili padi memang sodap.Jadi, yang salah nye MANUSIA.Sebab, manusia kan diberi akal fikiran.....So,falsafah ketam dah boleh jadi FALSAMPAH ye...

Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari? Siapa salah?Bapak ke anak? Dua-dua pun salah. Tapi, bapak lagi salah banyak, sebab nak mendidik anak, tapi diri sendiri pun tak betul? GOT IT? Bapak suruh kita pakai tudung, tapi bini baru Bapak free hair...ape kes? Mak suruh kita jangan pakai ketat-ketat, mak pergi menari poco-poco kat Tasik Titiwangsa pakai legging...mcm mano? Suami suruh isteri pakai tudung menutup syariat, tapi dalam Iphone suami simpan gambar Rozita Che Wan blow rambut....kau mampu? Isteri suruh suami jangan curang, tapi isteri berchatting dengan laki orang..kau hado? Tunang suruh bakal isteri jadi bakal isteri yang solehah,penyejuk mata penawar hati,tapi diri sendiri berjimba sana sini...huh! Yang bakal isteri pulak, suruh bakal suami jadi suami yang soleh,kalau tak boleh jadi juara imam muda pun, jadi juara imam kat umah pun dah besar rahmat..Tapi diri sendiri? Gedik kat fb tak hingat donia....merapukepundenparamskeperrr.........Mengaku solo tahap single mingle...ade bran? Yang bf nak suruh gf jadi wanita melayu terakhir,pergaulaun ada batas,duduk jarang-jarang,bersosial kadang-kadang,mentelaah pelajaran....Tapi diri sendiri? Jadi lelaki paling akhir jadi pilihan,duduk rapa-rapat,bersosial pagi petang, stalker awek orang.....caras kau? HAHAHAHA..

Amacam enty kali ni, ada unsur-unsur Parti Keadilan Rakyat tak......kahkah...Semua sama je...Kena batang hidung yang tak macung, pipi tersorong dalam kereta sorong pak husin. Hahadoo? 

Kesimpulannya, Lebih baik jadi ketam daripada jadi orang! tetttttttttttttttttt.....haha....bukan ahh.....Kesimpulannya......Hidup kena berjiwa kuat.... Kalau tak hari-hari makan hati. Biarlah orang nak kata apa pun, nak buat statement menyakitkan hati pun, nak tegur orang lain jadi baik tapi diri sendiri pun buat benda yang blurrrr....Yang penting, kita berubah kerana Allah Taala...Berterimaksihlah kepada insan yang nak tengok kita berubah tu, kerana dia juga penyumbang kepada perubahan kita ye dok,walaupun dia suam-suam kuku kambing..Apa kata kita doakan dia pun berubah dengan lebih telus bukan setakat nak tunjuk depan kita je....Tapi berubah untuk diri sendiri dan Allah Taala.....InsyaAllah...
Ameen Ameen....Allahumma Ameen....

Duhai hati, bersabarlah...kerana kuasa bersabar itu sangat ajaib....Wallahua'lam bissawabb....





Kau kata aku pakai ketat....Kau pun duduk bergambar rapat-rapat
Kau kata aku tak menutup aurat..Kau pun tak mengikut syariat
Kau kata aku perlu berubah..Kau pun terjatuh rebah
Kau kata aku tidak memahami...Kau juga menyakiti
Kau kata aku sensitif...Kau juga tidak proaktif

Kau kata aku lemah..Ya aku lemah..Kerana aku wanita,aku memang lemah...

-nurulain-










1 comment: