Wednesday, 20 February 2013

Aku yang bimbang




Bismillah...



"Seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yg menceritakan hubungan dgn isterinya dan isteri yang berhubungan dgn suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka" 
(Hadis riwayat Muslim)


Tiba-tiba hari ni rasa nak menaip sekejap. Entah kenapa aku teringat lagi kejadian itu. Lebih kurang beberapa bulan yang lepas. Di suatu majlis, aku terdengar perbualan dua orang wanita yang betul-betul duduk bersebelahan dengan aku. Bunyinyaa sungguh menyeramkan, memalukan dan rasa mcm nak nak termuntahh 18 baldi.

Apekehal nya hubungan suami isteri sampai boleh diceritakan mcm tak ada perasaan malu langsung. Apa yang dibualkan tidak perlulah aku kongsikan bersama, harap semuanya memahami.Cuma cukuplah aku katakan yang aku sungguh terkesima dgn apa yg aku dengar. Bukan saja-saja curi dengar, tapi kalau dah cakap pon kuat mcm pakai mikroponn, apekepekdahnyaaa aku tak dgr?

Sungguh aku tidak mengerti dengan mentaliti orang kita umumnya, dan Islam khususnya. Pada hemah aku, sejak kebelakangan ini banyak artikel atau sumber-sumber bacaan khususnya dari hasil blogwalking, banyak daripada "kita" yang suka berkongsi mengenai"isu-isu" keromantikan pasangan.Alahai.....kakak kakak ku sekalian, sudah cukuplah "bahagia" itu hanya diketahui oleh pasangan masing-masing sahaja.Apa perlu dihebohkan atau dikongsikan dengan orang lain? Bukankah itu hanya menimbulkan fitnah dan menyumbang kepada umpatan secara tidak sedar?

Hmm...Pelik tapi benar!

Tapi..nanti dulu. Bukan isteri sahaja yang berperangai sedemikian, ada juga si suami yang lebih kurang perangainya. Tak nak kalah gaya bercerita, macam dunia ini ana yang punya...Last sekali apa yang jadi?Aib si suami, si isteri yang hebohkan...Aib si isteri, suami yang canangkan. Sudahnya?

Bukan kata aku bagus sangat, cuma sebagai insan kerdil dan juga sebagai junior yang baru nak berjinak jinak ke alam pasca pernikahan,pasca perkahwinan,diambang perasaan, (ayattttt kemaihhh dok?)..cuma nak mengingatkan kita,terutama diri aku sendiri..Supaya tidak berlebihan dalam berkongsi. Fikirlah sejenak hakikat ini.Bukan aku reka sendiri tapi banyak juga rujukan yang aku kutip ihsan dari buku buku yang dibeli. Fakta dunia hari ini. Macam-macam boleh jadi. 


Cuma ingat, krisis rumahtangga adalah HAK peribadi bukannya untuk dikongsi dan menjadi HAK duniawi.


Sekian sahaja, coretan aku sementelah menunggu boss pulang. Ada baiknya berfikir dan menulis daripada menunggu bulan jatuh ke riba.hihi.


aku yang bimbang,

nurulain



















1 comment: