semua ni bukan kepunyaanku.. ambil lah apa sahaja yang baik. credit to sis ezza my adorable.
Thursday, 28 February 2013
Wednesday, 27 February 2013
Tipah Tertipu
Bismillah....
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Okay, aku ada satu masalah ni. Masalah ni dah agak lama aku perasan yang aku dah memang tak dapat nak bendung lagi. Walaupun aku cuba sedaya upaya untuk jauhi daripada masalah ini, ia tetap jugak datang. Dah macam magnet pun ada. Lagi kita nak benda tu pergi, lagi dia datang.
Masalah aku ialah; aku sering ditipu. Tak kisah lah kecik ataupun besar, janji benda tu boleh di-consider-kan sebagai satu penipuan. Aku pun tak tahu kenapa aku sering ditipu. Adakah kerana aku suka menipu? Aku nak tipu orang apa je? Pelik jugak aku. Jadi aku fikir-fikir, terkeluar lah dua options.
A ) Mungkin sebab aku ni lurus bendul, senang percaya kata-kata orang. Orang cakap dia ada naga warna warni pun aku percaya je. Bebal betul.
B ) Mungkin sebab kat dunia ni dah makin banyak warga-warga penipu ni.
Dulu, jujur lah aku cakap, aku selalu rasa masalah aku ialah
A). Aku memang senang percaya kata-kata orang. Selalu jugak aku marah pada diri aku sendiri. Aku rasa macam aku ni senang sangat diperbodohkan. Bukan orang tu yang nak, tapi aku yang membenarkan. So selama aku hidup kat dunia ni aku sering blame diri aku sendiri.

"Bodoh la kau ni . Senang sangat percaya cakap orang! Tu lah. Ha kan dah kena tipu!". "Aduh, asal la aku ni blur sangat? Orang cakap apa pun aku percaya je". "Takpelah, bukan salah awak. Salah saya. Saya yang bodoh sangat percaya semua benda". Haa ini la kata-kata yang selalu keluar dari mulut aku bila aku dapat tahu yang aku ni telah ditipu oleh orang.
Sedih. Sedih sebab diri ini sentiasa dipersalahkan selama ini. Geram. Geram sebab diri ini tak pernah belajar dari dulu sampai sekarang walaupun dah berkali-kali kena tipu. Lemah. Lemah sebab hati dan otak berlawan sesama sendiri. Allahu.
Tapi harini baru aku sedar. Selama ini aku mempersalahkan diri sendiri sedangkan ianya bukan salah aku. Mungkin aku terlalu jujur, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada manusia lain. Dan mungkin juga aku menjangkakan benda yang sama datang dari manusia lain apabila diri aku sendiri selalu jujur dan tidak suka tipu. Sebab aku tahu rasa sakit ditipu oleh orang yang kita percaya. Aku fikir, kalau aku buat macam tu, mungkin manusia lain pun turut buat benda yang sama.
Namun aku salah. Mereka tidak pernah belajar tentang sakitnya ditipu. Mereka tidak pernah peduli hati yang mereka sakiti. Dan mereka tidak pernah kisah, untuk berkata benar. Aku tak patut letakkan harapan yang tinggi pada semua orang apabila aku sendiri tidak mampu mencapai tingginya harapan aku pada diri aku sendiri.
Yang sebenarnya, bukan aku yang terlalu jujur. Bukan aku yang terlalu blur. Bukan aku yang terlalu bebal. Dan bukan aku yang tidak pernah belajar dari kesilapan. Tetapi mereka. Mereka yang aku maksudkan adalah mereka yang gemar menipu. Mereka adalah PENIPU. Mereka telah berleluasa dan semakin merebak ke serata dunia. Mereka tidak mampu dibendung lagi. Virus mereka semakin kuat. Dan kita semakin lemah dengan penipuan-penipuan dari mereka.
Mereka bijak. Mereka sering bermain dengan otak kita. Mereka bijak membuatkan kita merasa seperti salah dan beban itu semuanya di atas bahu kita. Dan mereka tiada salah apa-apa. Tapi sebenarnya, semuanya berpunca dari mereka. Mereka yang gemar berkata-kata dusta dan propa. Mereka yang gemar bermain dengan hati manusia.
Ye. Aku tidak bersalah. Aku cuma lah seorang manusia yang inginkan kejujuran dari manusia lain dan meletakkan kepercayaan aku sepenuhnya pada mereka. Aku tidak bersalah. Bukan kah kita patut mempercayai satu sama lain? Orang yang patut berubah adalah mereka; PENIPU. Mereka perlu berubah dari menjadi parasit di dunia ini dan berubah menjadi mutiara yang menyinari dari kebenaran-kebenaran yang terkeluar dari mulut mereka.
Cukup lah. Cukup menjadi penipu. Ramai manusia yang tidak gemar ditipu. Dan cubalah anda letak posisi hidup anda di dalam hidup kami yang sering ditipu ini. Mungkin anda akan belajar untuk menjadi manusia yang sebenar. Yang penipuan jauh dari mulut anda.
Tolong lah. Tak elok menipu manusia. Jangan lupa, segala perbuatan anda, malaikat di kiri kanan akan sentiasa mencatit. Terpulang lah pada anda, mahu buku amalan belah kiri ataupun belah kanan yang isinya banyak dan padat.
Assalamualaikum. (kredit utk blog sahabat)
p/s : Kalau tak mampu untuk jujur dengan orang lain, maka cukuplah dengan jujur dengan diri sendiri.
p/s : Kalau tak mampu untuk jujur dengan orang lain, maka cukuplah dengan jujur dengan diri sendiri.
Tuesday, 26 February 2013
Monday, 25 February 2013
How to heal a broken heart
Bismillah...
Untuk mengubati luka apabila terasa dikhianati, baca :
Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan
'I seek refuge in Allah from feeling unsettled and from sorrow.'
'Aku berlindung kepada Allah dari perasaan resah dan dari kesedihan.
Jika masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku, letakkan satu tangan pada hati atau dahi dan baca :
Yam hullah huma yasha'
يَمْحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ
'Allah effaces what He wills.'
'Allah memusnahkan apa yang Dia kehendaki.'
(Qur'an Ar-Ra'd 13:39)
Apa yang paling penting ialah untuk melihat hikmah (kebijaksanaan) di sebalik apa yang berlaku dan memahami makna ayat 216 dari Al-Baqarah bahawa:
"Ia adalah mungkin bahawa anda tidak suka satu perkara yang baik untuk anda, dan bahawa anda suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Tetapi Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui."
Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Wednesday, 20 February 2013
Aku yang bimbang
Bismillah...
"Seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yg menceritakan hubungan dgn isterinya dan isteri yang berhubungan dgn suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka"
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Tiba-tiba hari ni rasa nak menaip sekejap. Entah kenapa aku teringat lagi kejadian itu. Lebih kurang beberapa bulan yang lepas. Di suatu majlis, aku terdengar perbualan dua orang wanita yang betul-betul duduk bersebelahan dengan aku. Bunyinyaa sungguh menyeramkan, memalukan dan rasa mcm nak nak termuntahh 18 baldi.
Apekehal nya hubungan suami isteri sampai boleh diceritakan mcm tak ada perasaan malu langsung. Apa yang dibualkan tidak perlulah aku kongsikan bersama, harap semuanya memahami.Cuma cukuplah aku katakan yang aku sungguh terkesima dgn apa yg aku dengar. Bukan saja-saja curi dengar, tapi kalau dah cakap pon kuat mcm pakai mikroponn, apekepekdahnyaaa aku tak dgr?
Sungguh aku tidak mengerti dengan mentaliti orang kita umumnya, dan Islam khususnya. Pada hemah aku, sejak kebelakangan ini banyak artikel atau sumber-sumber bacaan khususnya dari hasil blogwalking, banyak daripada "kita" yang suka berkongsi mengenai"isu-isu" keromantikan pasangan.Alahai.....kakak kakak ku sekalian, sudah cukuplah "bahagia" itu hanya diketahui oleh pasangan masing-masing sahaja.Apa perlu dihebohkan atau dikongsikan dengan orang lain? Bukankah itu hanya menimbulkan fitnah dan menyumbang kepada umpatan secara tidak sedar?
Hmm...Pelik tapi benar!
Tapi..nanti dulu. Bukan isteri sahaja yang berperangai sedemikian, ada juga si suami yang lebih kurang perangainya. Tak nak kalah gaya bercerita, macam dunia ini ana yang punya...Last sekali apa yang jadi?Aib si suami, si isteri yang hebohkan...Aib si isteri, suami yang canangkan. Sudahnya?
Bukan kata aku bagus sangat, cuma sebagai insan kerdil dan juga sebagai junior yang baru nak berjinak jinak ke alam pasca pernikahan,pasca perkahwinan,diambang perasaan, (ayattttt kemaihhh dok?)..cuma nak mengingatkan kita,terutama diri aku sendiri..Supaya tidak berlebihan dalam berkongsi. Fikirlah sejenak hakikat ini.Bukan aku reka sendiri tapi banyak juga rujukan yang aku kutip ihsan dari buku buku yang dibeli. Fakta dunia hari ini. Macam-macam boleh jadi.
Cuma ingat, krisis rumahtangga adalah HAK peribadi bukannya untuk dikongsi dan menjadi HAK duniawi.
Sekian sahaja, coretan aku sementelah menunggu boss pulang. Ada baiknya berfikir dan menulis daripada menunggu bulan jatuh ke riba.hihi.
aku yang bimbang,
nurulain

Monday, 18 February 2013
Ikang Singgangggggg..haha
HAHAHAHAHAHAHAHAHA..............................ADOI.KALAU HARI HARI CAMNI BOLEH PENGSANG! KAHKAHKAH
Monday Blues - Tissot
Jam sape lah yang semart gila ni.....hihi....Sorry to say eh...Yang pastinya bukan jam pak jabit...Juga bukan jam pak munawer.... Ini lah jam haku!!!Berlagak tak?hahahaha....Sorry to say eh, ini jam haku! oh men? gila lawaaaa jam haku.kankakanaakan..This Tissot is killing me men!!!
HAHA..
Dah setel 1 barang, ada lagi beberapa yg perlu diberesin. Tunggu gaji bulan depan.haha
till then, tata!
Friday, 15 February 2013
Photographer Cap Ayam
Bismillah..
Jum'ah Mubarrak to all.
Tugas seorang photographer bukannya mudah wei. Ape je depa tak masuk habaq mai kat ceq? Hutan masuk, paya masuk, sungai, ayaq tejun,naik bangunan bla bla.....Nak dapat kan moment terbaik, banyak yang depa kena belajar dan buat.....senang cita, nak jadi photographer yang hebat ni kena banyakkkkkkkkkkkk yang depa kena belajar....Depa kena banyak sabar, kena rajin, kena ikhlas, kena jujur.............Jadi, kebanyakan photographer ni selalunya mereka ni ceria, peramah, sporting and paling penting BEST bro...
Tapi, setakat hari ni, guwa tengok photographer skang banyak yang berlagak aje.....Perh.........poyo tak hengat...Bajet lah dah jadi photographer kan...Almaklumlah career yang boleh carik makan lah di zaman milleniummmmmm ini....
Buat keje pon dah malas, ada pulak yang sambil lewa, moment pon hilang, candid pon die malas nak amek port, siap tu kita pulak kena suruh die ambik gambar..Ade lagi jahanam, senyummmmm pon tak nak! Ada lagi cte, disebabkan photographer ni jenis kerek and berlagak sangat, masa dtg umah pengantin pon die xtauuu mana satu pengantin yg dia nk shoottttt....APE KES?Agak rase nak shoott JE lubang hidung die guna bazooooookaaa...TENSION!
Tak faham aku konsep bisnes korang ni. Bila aku tanya quotation bukan main cpt lagi reply. Bila nak suh bank in bukan main pantasss lagi call. Tapi bila aku dah buat semua tu, kau dan segerombolan nya buat bodo je....Ke sebenarnya memang *&^$#$@@%??
Aku call ko diam tak jawab.Aku mesej pun ko diam dari minggu lepas. Tiba-tiba tadi aku hantar lagi mesej yg mengatakan aku dah bank in, ko boleh jawab pendek cam lahanat je kan?
"DA ADA DA"
OK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ko tak tanya pon date bila, nak discuss bila nak itu bila ini bila. Kalau semua aku nak setel, memang tinggal tulang la aku ni!!Ikut hati ni karang, lain jadinya...............hai...sabar.
Tak salah kot ko reply panjang sikit. Tak pon ko call la aku. Aku kan customer kau seth tann. Ke ko ni jenis pilih bulu ketiak mak jemah?Jangan sampai camera cap hayam aku hempuk atas dahi lu worangggg beb....
Haddoi.
Dahla. kepada photographer, silalah jaga disiplin diri, jaga budi bahasa, jaga bisnes elok2, jaga customer baik2...k? guwa bayar bro, bukan free! ada paham?
***
Cakap pasal Photographer, teringat aku kt Abeja....Kalau lah abeja ada, mungkin aku tak perlu susah payah nak cari photographer mcm harini. Sedih sangat aku.....sedih.
Al Fatihah abangku AmreyFaizal......
Thursday, 14 February 2013
Padah HELMET.
Bismillah..
Pinjam gambar mat gebu.Tapi apa related nya mee goreng dgn tajuk kali ni?Mcm ni,pagi tadi aku berhenti kedai acik peah..Nak beli mee goreng utk breakfast. Konsep kedai acik peah ni senang je, "LAYAN DIRI". Amek je ape yang nak,pastu gi bayau. Yang jadik masalah nye, utk orang2 yang nak beli lauk2 yang tak boleh layan diri..Contohnya nasi lemak lauk ayam lauk kerang lauk itu lauk ini dan sebagainya.Oleh kerana aku cuma ambil kuih dan mee goreng yang telah siap bungkus, so aku cuma hanya perlu membayau je. Senang kan?
Nak dijadikan cerita, acik peah dan pekerja nya mmg asyiiikkkkk a.k.a kusyukkk wa tawadduk membungkus tanpa peduli orang yang nak membayar ni....Aku diantara orang kedua daripada beberapa org lain yang nak bayar.Depan aku ada satu brother yang pegang nasi lemak sebungkus dengan duit di tgn RM50. Aku cuma memerhati je bila brother ni nak panggil acik-acik peah ni.
Perhhh..agak lebam aku tunggu..Aku rasa aku dah tak boleh tunggu lagi sbb aku dah lapar tahap ciken dance.So, aku decide nak panggil acik-acik peah tu...
" KAK......NAK BAYAR KAK...."
Tanpa ku sangka-sangka semua yang ada kat kedai acik peah tu memandang ke arah ku....Bukan setakat orang yang membeli.Dengan acik-acik peah sekali pandang serentak.Paling cilanat sekali, brother yang depan aku ni...Pandang siap tersenyum kambing lagi.....PERHHHHHHHHHHHHHHHHHH. Ape ape? What is my wrong? dont think that calm calm water dont have a crocodile ok!!!
Aku rasa aku cakap slow je....Rupanya aku silappppppppppppppppp. Aku tak bukak helmet tadi! Jadi bila aku pakai helmet, suara aku akan bertukar menjadi optimus prime.OH MEN????? transformer optimus prime voice changer!!! kikiki. TAHI sungguh la...Patut la semua orang tengok haku....
HMMMMMM....................Lepas ni kena beringat-ingat. Berhenti je kedai acik peah, kena bukak helmet dlu....ni tak....Telinga dahla problem,pakai plok helmet. Memang haku hingat donia ni la yang pekak..Kompom aku cakap kuat tadi. Haddoi....Esok tak nak pergi kedai acik peah dah...kikkikiki..
tak pun pakai yg mcm ni..baru la org tak nampak aku...ye dok?kikikikikikiki
ni ok tak? lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la cute.alololololo...sian kat meow! tapi betul la cute.hahaha
ni pon boleh..............kompom kau yg paling hebat.hehe
p/s : untung naik moto. nak tau sbb apa? next entry! ehhe.bye.keje berlambak tapi sempat aje.....publish!!! :)
Wednesday, 13 February 2013
Boss sound haku?
Bismillah....
Redah aje! Perkataan yang sesuai untuk sepagi nirmala tadi. hehe..Tukar jadi positif sikit boleh tak? MULTITASKING.hooyeayhhhh........Bibik boleh babysitter pun boleh. Tak dek hal boss. Layan saja...hehe.....Mudah-mudahan aku terus ikhlas.Doakan aku ikhlas.
Ya Allah moga Kau kurniakan zuriat kepadaku serta kepada ahli keluargaku...Ameen Allahumma Ameen....
OK. Berbalik pada tajuk kali ni...hihi.
Hari sabtu je dah tengok berriban-riban miskol dari boss.Tambahan pulak aku "cuti", inilah masa yang terbaik untuk aku sambung tidur sampai matahari dah naik atas dahi! Tapi sayang seribu kali sayang, pagi ku di kacau dek bunyik talipon. Rasa nak campak henset ikot tingkap, tapi memikirkan ongkos tak berapa nak hado, jadi ku simpan niat tu tahun depan je.kahkah.Aku campak henset bawah bantal kasi tindih dengan pokbong dan selimut. So jawapannya, memang tak best langsung.So, aku bangun dan terus bersiap ke Jakel.
Boss....Tidak kah kau mengerti perasaan ku tika ini. Aku hanya insan kerdil yang juga punya waktu dan masa untuk menyendiri, berehat dan menenangkan fikiran. Apakah kerana dek segumpal kunci kau patut menganggu ku di waktu hening cuti yang menghantui diri kini....PERHHHHH...Ayat cam haram jadah...kahkahkah....Tiada tempat ku mengadu,hanya pada pokbong yang diam kaku! cisss.
So, pagi ni cam biasa tugas2 sampingan yang perlu aku buat. Ni pun kena pergi beli wet tissue baby, tapi malas lagi nak turun...
Tiba- tiba...jengjengjeng.....(mcm sinetron)
Malas rasa nak cerita, tapi tulah...
Aku di sound oleh boss sebab tak jawab phone.hihi.Boss bilang, dia bukan suh datang buat kerja ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Nak minta kunci ofis jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!(tanda seru tu paham tak?kikiki)
OK.OK.OK.
Senyumm ajeeeeeeee. :)
Rumahku bukan di belakang ofis boss.bukan jua disebelah kiri kanan ofis boss.Juga bukan di hadapan lubang hidong boss.kikiki
Rumahku dari ofis, kalau ikot Lebuhraya Lembah Klang ada la dekat 21km bersamaan dengan 26minit 7 saat.Tapi kalau lalu Lebuhraya Silk adala dekat 19.7km bersamaan dengan 30minit.Itu kalau naik kereta.Kalau naik moto, sendiri mau pk lah. Moto kalau boleh sepeed cam superbike takpe..Ni moto supergaban tau.Lori balak pon boleh potong haku. Jangan mainnnnnnnn....kiki..
Jadi, pada hemah aku...bukan tak nak pergi hantar kunci kat ofis..Tapi, aku jua punya hal dan komitmen lain....Boss mengertilah..aku sengsara....lemas berendammmm air mata....huuuu...
Entry luah perasaan je kan?hihi..apa boleh buat. itu je yg mak jemah mampu dik non....:)

Tuesday, 12 February 2013
Monday, 11 February 2013
syg isteri tinggal2 kan..syg kucing, panjat tembok umah sebelah...kikiki
Bismillah....
Baru lepas jatuh tergolek dokk mcm nangka busuk kat blakang rumah...kikiki...Kak aku kata lawok gila rupe aku jatuh.hikhik.Ini semua angkara kucing la...Sakit owh..Aku terjun tembok. adehh...Ape ingat aku ni stuntman ke? hamekkk...haha...Pasni kalau ada uji bakat nk jadi stuntwoman kompom aku pergi.................kahkah...
Jimmy ngn bobo nye pasal la..Yang diorg gi masuk blakang umah wak tu kenapa....Nak masuk ikut pagar, pagar kunci..Nak tak nak kena la panjat tembok yg agak tinggi tu...ada la 6 kaki tingginya mcm training askar-askar tu..kahkah..Haddoi..ni la pasal, cucu cicit tok janggut terlebih prasan power...Jatuh ingat kebal ke? kan dah tak pasal.......kikiki....
Jimmy dapat tangkap dek kakak aku...Bobo terlepas ke mana tak tau la...Yang haku ape dapat? Dapat makan batu...hahahaha...
luka sikit + bengkak & lebam kebabom kat kaki aku ni..kikiki...kak suh tuam dgn gel sejuk tu...:)
ni lagi best,,,,luka+bengkak kat tapak tangan...best...kak dh letak minyak gamat....:)
***
ada 1 story nk cte pasal kucing ni...
Di satu petang, aku kak ngn abg ipar nak main badminton..tiba-tiba terdengar kucing mengiauu dr atas pokok..jengjengjeng....napok tak tu?kesian anok kucim ni...pandai panjat tp dok reti nok turun...
disebabkan kesian, aku cuba la nak tolong kucim ni...aku hulurkan raket konon2 kucim tu paham la maksud aku..hihih...mundar mandir kucim tu....agaknya tak berani dia..atau barangkali tak yakin dgn cara aku nk selamatkan dia...:)
boleh tahan becak la ketiak ni layan anak kucim ni...last skali bang ipar ckp dia nak tolak kucim ni guna raket...pastu aku sambut...hihi...:)
comel jugak kucim ni....hehe...selamat dah dia...:)
harap2 dia tak panjat pokok dahla...
p/s : hehe...meow nye pasal kan,apa pun sanggup bro.lu tau ape?kikiki...Dengan itu, aku harap esok pagi bobo balik rumah....besar harapan aku tu...Balik la rumah bobo.................................:(
Subscribe to:
Posts (Atom)