Bismillah....
Seram? Aku juga,mungkih lebih dari siapa yang tahu. Dulu sebelum pon dimomok kan oleh smartphone, aku dah buat entry mengenai Teknologi Membunuh. Tapi makin hari aku tengok, pengguna smartphone dah jadi mcm stupidphone! (bukan semua, tapi almost) almost tu paham paham la maksudnye ye....an..an..an...
Tak kira lah apa jenis smartphone ke tab ke ipad whatsoever gajet yang digunakan hari ini, aku lihat banyakkkk keburukan daripada kebaikan. (Aku tak suruh korang setuju dgn apa yg aku cuba sampaikan,cuma ini pendapat aku)
Mana tidaknya, ibu mertua pun sanggup toreh dahi menantu beb gara-gara cemburu dgn .....dengan...nak ckp pon mls...korang baca la sndiri! Sedih aku dengar...Mana satu yang salah, aku tak mahu menghakimi. Biarlah mereka sahaja yang tahu.
Dunia hari ini, dunia yang merosakkan pada pemahaman aku. Apa tidaknya, setiap masa kita bercinta dengan dunia "jalur lebar" cuma dengan hanya hujung jari ...Cuma hanya dengan hujung jari??? YA!!
Sekarang, siapa yang tiada smartphone, tiada instagram, tiada fb,tiada twitter, tiada keek, tiada itu,tiada ini ,mereka dianggap ketinggalan zaman beb...Perhh..Agak berdesing telinga aku..Cuma terpaksa menerima realiti kehidupan alam millenium..
Seingat aku waktu sebelum bermula zaman millenium ni, perkara paling bermakna sekali, ialah bila dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara, rakan sepermainan....Indah! Kita berkongsi cerita, bermain bersama...Tak dapat aku gambarkan. Tapi sekarang, berkumpul ramai-ramai pun mcm tak ada guna..Masing masing menghadapppppppppppppp phone masing masing 88jam tanpa henti. Kau tweet sana, kau ping sini, kau sibuk amik gambar sendiri, kalut nak up kat instagram,sampaikan nenek kau ajak sembang pon kau buat bodohhh je...Lepastu kau sibuk ajak keek..konon kau macam bagus, sampaikan kau tak kenal sp tok sedara kau, sepupu kau...
Gila!!Ini semua kerja gila! Tak musatahil satu hari nanti di masa hadapan, aku akan lihat mak panggil anak untuk makan hanya dgn tweet2 je #jah,turun makan, @mak dah masak! pfffftttttttttttt.....kelass kenn!!
Alangkah ruginya hidup ini. Aku sangat mengambil berat akan hal ini. Meskipun aku juga pengguna alam maya dan memiliki 2 blog, tapi aku tetap tidak bersetuju dengan penggunaan smartphone,atau apa sahaja gajet, pada setiap masa.Aku sangat tidak menyokong.Sangattt. Paham maksud itu?
Lihat sahaja di warung warung makan, anak muda masing masing tersenyum seorang diri melayan gajet. Padahal waktu dulu-dulu, pantang bertemu tak kering idea nak dibualkan..soal kehidupan,soal agama,soal isu semasa.... Itu yang membuat hubungan kita semakin rapat! Tak macam dunia hari ini...Berkawan mcm naharom je semua..Nak kejar gajet baru memang laju laju..Sape paling latest, dia paling hebat..see?..Tu belum lagi cerita yang tengah bawak kereta pun sanggup ni nak balas whatsapp for android...Tak kurang gila jugak dengan penunggang motosikal pun..sempat aje ber"bbm"..zzzz~
Aku malas nk cerita banyakk..............Aku tau ramai yang tak bersetuju. Tapi, dalam tak bersetuju tu pun, aku rasa ada benarnya apa yang aku katakan ni....Ada benarnya. Mungkin banyak benarnya...Malas nk kata dah. Lantak korang la. Janji aku tak setuju langsung dunia "jalur lebar" menguasai manusia hari ini. Oppss...aku sikit pun tak cemburu tau dengan benda benda mcm ni..Jangan salah faham.
Ingatan buat semua, nak berinternet pun berinternetlah sedaree..tapi jangan ler melampau yer sedareee....hihi...
Jaga diri..jaga peribadi..yang penting jaga hati....tata!!!!
seram mak.....smlm ada tgok berita psl ni..mcm2 hal...
ReplyDeletexpelah tepon xde android pun..janji hati tenang..janji dpt pki jam tissot...kau hado?hahahaha...
hahahahaha.....pakai jam tissot yer sedare....tissot xpe....tak dek nak belek 24 jam pon...wakakakaka
Delete