Bismillah...
Sedihnya terasa sehingga ke tulang. Sudah dewasa aku rupanya. Sampai masa terpaksa dilepaskan pergi. Untuk menyempurnakan setengah lagi. Pantasnya masa berlalu..........
Kanak kanak ini AKU. Rambut dibelah tepi tidak berbutang baju. Lirik mata tidak tepat pada lensa kerana abah lagi hebat dari kanta kamera,mencuit aku supaya tersenyum..tiada makna, kerana aku takut ke sekolah..heh heh..Lencana bukti SK Pengakalan Tentera Darat.Penakut, cengeng. Itu AKU. Aku yang dulu...Pantasnya masa berlalu.....
Rendah sudah, menengah pula..Sungai Besi sahaja tempatnya. Mengikut sahaja aturannya...Tidak bertahan lama di sini...Sahabat baiknya sudah cabut lari...Aku pun angkat kaki...:)..Pantasnya masa berlalu...
Ke teknik lipis jauhnya.berhijrah juga walau terseksa.mengharap keputusan menyebelahinya...apapun kenangan itu milik kita.....Pantasnya masa berlalu...
Ke politeknik pula 3 tahunnya..Shah alam bukan jauh, tapi kota itu kota penuh syaitan bisu. aku jahat disitu. nakal disitu. pahit manis disitu.tapi sepertinya banyak yang pahit di situ.tapi dapat juga anugerah ketua jabatan menghiasi sijil sijil ku....haha...Pantasnya masa berlaluuu..........
Pantasnya masa berlalu..harap hak ini hak yang ditentukan untuk aku. Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul-'afwa, fa'fu 'anni - O Allah, You are Most Forgiving, and You love forgiveness; so forgive me
No comments:
Post a Comment