Bismillah...
Baru sudah baca yassin untuk arwah abang...Al Fatihah abeja, dalam kenangan. Semoga Allah ketemukan kita di sana "nanti" In shaa Allah....Rindu tiada penghujung. Mati itu pasti, itu janji Allah.Kami juga akan menyusulmu...Tenanglah dikau di sana abangku sayang...
*****************************************************************
Alhamdulillah..barang-barang untuk 26hb ni selesai dah...Dah siap packing, dah siap hias...ala kadar dan besederhana pilihan aku..Sikit-sikit je lagi tinggal...Semoga aku tabah dan tenang. Berdoa sentiasa, hati dan rasa itu dikembalikan semula...
Kurang sihat 2 3 hari ni gara gara gusi membengkak. Tidur juga tidak lena kerana tak dapat nak rapatkan gigi..Lenguh nak tahan gusi daripada terus ditindih gigi geraham.....Andai sakit itu penghapus dosa, aku redha dengan kehendakNya...Sesungguhnya dia maha mengetahui.
Malam ni teringin hendak berbicara mengenai manusia dan taraf pendidikan...Ini cuma pandangan dan pendapat peribadi aku sahaja. Mohon tiada yang teguris atau terasa. Andai ada tersalah silap, harap dapat dimaafkan.
Dimulakan cerita dengan aku di minta bekerja di hari Ahad. Perasaan marah dan bengang membuak-buak. Aku tanya, atas sebab apa aku dipanggil untuk bekerja...Boss jawab, aku diminta sediakan tender. Aku mula konfius, tender?kenapa aku?Merasa hairan dengan jawapan boss,aku tanya kembali...Tender?saya nak buat kerja apa...(Setahu aku, tender tak banyak proses...Cuma mungkin perlu sediakan company profile,form tender,work program,BEM registration and etc.) .."Ain cuma datang untuk print dan copy item yang berkenaan sebab saya tak pandai guna printer and photostat machine"....Ungkapan boss yang membuat aku tersenyum kecil dengan sinis!
Boss.....langsung tiada belas kasihan. Waktu cuti inilah masa untuk kita berehat setelah 5 hari bekerja siang dan malam. Waktu-waktu beginilah untuk habiskan masa bersama keluarga tercinta. Mengapa perlu ada istilah " orang bujang tiada komitmen?". Tak faham sungguh aku. Andai aku ada pilihan, aku rela bekerja di bawah terik matahari dengan hati yang ikhlas daripada bekerja dalam keadaan penghawa dingin tapi caci maki di dalam hati!
Di dalam keadaan yang kurang enak, pastinya dugaan itu datang. Machine photostat mula menggila. Entah di mana silapnya. Mungkin masa untuk diberi service?barangkali...Dengan kecewa aku melemparkan kata-kata.."Boss, machine buat hal...tak boleh nak photostat..."
"Kan ada alternatif lain, pergila photostat kat bawah"....Terdiam aku,berkaca kaca mata, ku tahan agar tidak mengalir. Bukan kerana sedih, tetapi mungkin kecewa dan terlalu marah!
Sekali lagi dengan tidak ikhlasnya aku turun untuk ke kedai. Selesai semuanya...aku bersiap-siap untuk pulang. Keadaan gusi yang membengkak membuat jiwa aku kacau dek kerana lapar. Apa tidaknya, pukul 12.15 dah tepacak kat ofis..Sampai pukul 4, masih juga belum makan....Dimana keperihatinan majikan pada pekerjanya....(aku tertawa lagi)
Tapi kali ini, dugaan itu datang lagi. Disaat aku terlalu tidak kuat,lapar, sakit dan diasak macam macam perasaan, aku diminta boss untuk pergi ke kedai membeli barang makanan keperrluannya....Entah kenapa kali ini, aku betul betul terasa aku dipijak dengan kaki berulang -ulang kali. Dipijak bukan setakat dengan kaki tapi di tapak kakinya mungkin ada tahi. Aku terasa aku diperguna. Diperguna untuk kepentingan peribadi! Aku kecewa sungguh kecewa.
Tiada ungkapan yang dapat aku luahkan betapa aku kecewa dan tawar hati.Tiada keikhlasan dalam diri. Tiada kejujuran dalam hati. Yang ada cuma keterpaksaan dan belas kasihan semata mata. Aku dapat rasakan, ion ion negatif mula menular dalam diri aku. Apa sahaja yang aku lakukan semuanya kosong. Tidak kira dari sudut apa. Perasaan kosong, sosial kosong, jiwa kosong, moral kosong, semangat kosong, .........................
Apa ada pada Diploma holder, Degree holder, Master holder, PhD holder ? Apa ada pada nya....?Ketawa aku memikirkannya...Umum aku ceritakan ya...bukan hendak menuding siapa-siapa.....
Padaku, aku cuma hormat mereka yang berpelajaran tinggi ini kerana ILMU dan pengalamannya sahaja. Yang lain, aku consider sebagai TIDAK respect sama sekali.Dari sudut moralnya sahaja aku pasti, tiada unsur menghormati hak orang lain, tiada sikap tanggungjawab, tiada belas kasihan, mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain dan pentingkan diri....
Tak apalah.Ini cuma luahan kosong. Jangan diambil peduli. Terkadang aku perlu meluahkan kesemuanya. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang ditanggung. Mengharap dua telinga untuk mendengar, terkadang takut tersalah tafsir. Mengharap dua mata membaca,terkadang tersalah lihat... Jadi, biarlah blog ini menjadi tempat meluahkan rasa.
Hari ini aku jatuh.aku bangun.esok mungkin aku jatuh lagi.tapi aku harap aku dapat bangun dan berjalan lagi. Andai aku jatuh tersungkur, aku harap ada insan yang dapat menghulurkan tangan menarik dan menggenggam tangan supaya aku dapat bangun,berjalan dan terus berlari pergi..................jatuh bangun berjalan berlari...
Mungkin ramai yangg tertanya, siapa kak ezza yang dimaksudkan...Inilah dia, kak ezza aku....semangat dan ion positif yang aku kutip, semua darinya....
salam sayang juga buat kak ezza...my adore.
Semoga semuaaanyaaa berjalan lancar ain.... senyum? pehlissssssssssssss
ReplyDeleteSabar ye ain...keje ngn melayu ke?akak kerja dgn cina pun sama la...
ReplyDelete