HUARRRRRRHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHGGGGGGG!!!
Pernah tak korang rasa macam nak bagi penyepak laju-laju sebab perangai seseorang yang menjengkelkan. Penah tak.Pernah tak korang selalu cakap benda yang sama berulang ulang kali, dan berulang ulang kali..tapi ianya ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Tak ade tindak balas pon. Melekat pun tidak, apatah lagi nak suruh basah. Ye dok?
Tapi korang still lagi cakap benda yang sama. Cakap dan terus cakap sampai korang rasa macam bodoh dan diperbodoh! Korang rasa mcm lebih baik korang cakap kat kucing korang je.Sekurang-kurangnya kucing korang ade respon yang tak menyakitkan hati.
Semua respon pun sehari je pakai.Esok dah lupa.Lusa buat gampang lagi kan...Tapi, even kau gampang sekalipun, aku terima kau lagi...Boleh aku sabar dgn sikap kau lagi.Sekalipon datang putera raja yang jauhhhhhh lebih kacak dan bagus dari kau, aku tetap pilih kau jugak! Ape aku yang bodoh ke atau aku yang dah buta???
Harini aku pesan suruh kau jangan keluar dengan orang yang aku tak suka. Aku tak suka giler kau keluar dengan dia, kau paham tak. YERRR..Kau tak keluar pun. Aku happy. Tapi, aku lupa yang kau ni bukan manusia sempurna. Kau pon boleh menipu aku. Aku yang bodoh sebab aku ni terlalu percaya kan kau!kannn....Kau tipu aku buta buta, aku tetap terima kau! Aku cuba buang jauh jauh kenangan pahit tu walaupon aku terpaksa menangis hari hari kenangkan perangai kau yang mcm bultahik tu!
Kau kata, bila aku benci,marah,bengang dgn kau...Cubalah ingat kenangan manis kita bersama..Perhh...Ayat kau mcm skrip drama Nora Elina...Aku pun bangang tak ingat dunia, ikot je ape kau kata...Kononnya apa yang kau kata tu benar belaka....Tapi akhirnyaaa apa.......Kau pijak kepala selepas aku tadahkan muka!!!
Aku pesan lagi, boleh tak malam malam nak mesej dengan mu wahai kekasih hatiku.....Apa tidaknya, pagimu dan siangku cukup hanya dunia semata mata....Kau kata, OK sahaja wahai adindaku....Tapi, kau pendusta dan penipu.....Kau masih lagi bz di malam harinya....Cukup sekali dua rasa bahagia, engkau dah tidur lena.....Aku????Aku apa lagi.....makan hati dan tidur dengan air mata di pipi.Sebelum kau tidur, kau tak kan tak rasa mengantuk? Ape susah sangat ke kau nak bagitau yang kau mengantuk dan perlu tidur awal?Sekurang-kurangnya taklah aku tunggu mcm bangang je ni.Kau silent hp, ko off hp..aku yang terkena palitnya sekali. Entah apa nasib aku...
Lepastu, bila aku pikir pikir balik.Aku rasa, aku ni macam bodoh je.Aku sorang je yang bersemangat nak pertahankan hubungan kaw kaw punya macam aku ni kaklong kawasan!Tapi kau rilek je, langsung tak jaga hati aku. Almaklumlah, kau rasa aku ni yang terlebih over sayang kan aku.Tapi kau jugak lupa, hati manusia boleh berubah ape.
Orang terkejar-kejar kat aku.Aku langsung tak pandang.Orang caring aku mcm nak gila, aku langsung tak harap apa apa.Sebab apa?Sebab aku tau aku dah tak punya hak nak rasa lebih dari tu pada insan lain. Tapi, aku lupa...Hati manusia boleh berubah...Sekali aku dah suka, akan ku buka hati untuk insan lain juga.Kalau kau tak kisah juga tak apa.
Hari hari aku fikir, kenapa kau tak boleh memahami apa yang aku katakan...Apa permintaan aku itu melampaui batas atau tak terjangkau dek akalmu. Aku bukan minta 7 dulang hantaran yang bukan bukan seperti dongengan puteri gunung ledang.Aku cuma minta perhatian dan kejujuran.Itu pun kau tak mampu beri.
Bila difikirkan semula, kau banyak melukakan dari menyembuhkan. Tapi, aku tetap memilih untuk bersabar walaupon aku dah penat nak maki maki maki. Bukan aku nak jadi gengster,bukan aku nak maki maki, tapi jalan yang kau hamparkan pada aku, bukan jalan yang cukup untuk aku jadi sorang yang sempurna..
Entah apa kali ini. Aku rasa aku mulai ...............................................................................................
SILA ISI TEMPAT KOSONG...HEHE...CERITA ADALAH REKAAN SEMATA MATA..TIADA KAITAN DENGAN MAKHLUK DI DUNIA ATAUPUN DI ALAM GHAIB.
p/s : tajuk entry mcm lahanat kan? tapi betol.......hekhekhek.syokk ooo...hahahahaha.....~~
tajuk yg takde kene mngena. hikhikhik...
ReplyDeleteOk tuh kak ton ......
ReplyDelete