Wednesday, 3 April 2013

Coretan 20/3/2013



Bismillah..



Harini aku nak kongsi sikit pasal abah..19/03/2012 aku mendapat panggilan kakak.Katanya abah kena serangan jantung.Masih di ofis ketika itu dan dalam mood terpinga-pinga aku kemaskan barang dan balik rumah.Tak cakap banyak, kemas pakaian dan bergerak balik terus ke kampung kami Kelantan.

Sesampainya pagi itu lebih kurang pukul 7am terus ke HUSM Kubang Kerian, di mana abah ditahan di wad 7 Selatan.Kami naik ke tingkat tujuh tersebut dan terlihat susuk tubuh abah dengan wayar berselirat sana sini. Sedih rasa sehingga menitis juga air mata ini. Dan terus mengambil alih tugas ma dan kakak yg telah semalaman di hospital.

Doktor telah membuat satu operation kecil dibahagian perut abah utk memasukkan wayar bagi tujuan "cuci buah pinggang" iaitu bersamaan dgn 60 bag air. Abah langsung tak dapat bangun. Tidur nya juga sering diganggu  mimpi.Kata doktor, akibat gangguan fikiran..Jadi, mesti ada yang menemaninya..

Hari pertama, aku dipilih untuk menjaga abah pada waktu sepetang 7pm sehingga esok paginya. Aku bersetuju tanpa sebarang yang perlu dipersoalkan. Tiada sedikit rasa keluh kesah. Teringat terus pada arwah atok...Sepanjang nya sakit di kampung, siapa lagi yang menjaganya kalau bukan tangan ini juga...Jadi, apalah kiranya untuk abah...Ku buang jauh rasa penat...Ku tinggal jauh rasa letih...

Memandangkan aku tidak biasa dengan peralatan di hospital, aku minta sahabat aku yang juga merupakan anak kepada pakcik yang duduk di depan katil abah...Dia banyak mengajar aku....Ini bekas utk buang air kecil...ini bed pan..ini plastik ini itu dan sebagainya..Persediaan awal aku buat supaya bila abah nak buang air, aku dpt menjalankan tugas dengan sebaiknya....

Dalam awal pagi, abah mengejutkan aku yang tidur di lantai berlaskan tikar...Pada riaksi wajahnya,aku tau abah nak buang air besar..Tapi dia cakap, dia nak buang air kecil je...Aku faham. Bergegas ke toilet dan ambil bekas utknya....Selesai itu, aku hulurkan wet tissue dan aku bawak bekas berisi air sabun dan lapkan tangan abah. Aku terus tak mengantuk. Tiba-tiba abah cakap, dia nak buang air besar ..Ok.aku cepat cepat ke toilet ambilkan bed pan dan plastik kuning...Ku papah sikit badan abah biar senang dan selesa bed pan itu utk abah.

Aku tau abah malu....Abah....ingin sahaja aku katakan pada abah, "tiada sesiapa di dunia ini yang dapat melakukan yang terbaik untuk abah..kecuali anak anak abah...."Tapi ku kunci mulut ini rapat-rapat...Biarlah apa pun yang terjadi, abah tetap abah...Abah sibuk tanya, nak buang air macam mana nanti kalau bau mcm mana, sapa nak buat itu ini....Terasa lucu ada, sedih pun ada...Abah...padahal aku tak bau apa apa pun...Rasanya itu lah kesenangan disebalik kepayahan....



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.




Selesai mengelap badan abah, aku terasa sangat mengantuk...Sempat abah berkata, "dik ain, perut abah dah lega"...Aku tersenyum sambil menyambung kembali tidur....Rasanya baru 2 minit aku  pejam mata, tiba-tiba satu dentuman kuat sehinggakan terasa hampir pada ku....Ku bukak mata cepat-cepat...Dicelahan sudut kaki katil abah aku lihat susuk tubuh itu......"YA ALLAH, YA ALLAH PAKCIK.." ...Pakcik di depan katil abah jatuh dari katilnya...



Jeritan aku yang kuat itu mengejutkan semua pesakit dan nurse....Aku lihat darah yang banyak di lantai itu dengan linangan air mata...Hendak sahaja aku menangis kuat kuat...Tapi melihat sahabat aku itu menangis, aku tau aku perlu kuat....Ku gosok-gosok bahunya biar dia berhenti menanangis...Tak sanggup aku lihat lagi aku terus ke toilet dan menangis...Allah...Betapa aku baru mengerti perasaan orang sakit....Selama ni, aku tak pernah terlintas pun...Bahkan bila melalui hospital pun, aku tak merasakan apa apa....



Tetapi hari ini...berbeza......Menangis si anak kerana ayahnya jatuh katil...Bukan itu sahaja, rasa bersalah menyelubungi jiwa..Aku pujuk hatinya, kataku semua ini ujian Allah...Kita dah cuba buat yang terbaik....Dia sahabatku di hospital....Aku masih ingat lagi senyum nya...lemah lembutnya...Aku melihat bagaimana tabahnya seorang anak bekas ustaz yang mengajar bahasa arab itu....Semoga Allah memelihara kedua-duanya...

Ada lagi yang bakal menyusul....Kemudian sahaja aku coretkan....


Salam rindu bertemu di............

-nurulain-










6 comments:

  1. semoga Allah sembuhkan penyakit abah..be strong abah..Allah sygkan abah sb u Allah uji abah..

    mudah mudahan semua pesakit kt spital aritu kembali sihat...kesian pakcik tu..:'(

    ReplyDelete
  2. Semoga abah ain cpt sembuh dan sentiasa sabar menghadapi dugaan allah :-)

    ReplyDelete
  3. semoga abah cepat sembuhhhh.. amin amin......... ;))

    ReplyDelete