Saturday, 27 April 2013

Kashaf






Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya KEKASIH GELAPKU....



No matter how BUSY a person day might be. if they REALLY CARE, they'll always find TIME for you














Monday, 15 April 2013

14 April 1988 - 14 April 2013 { 25-singled out }





Bismillah...
diam tak diam kak ton dah berusia 25 tahun dah....Semalam tarikhnya...:)..
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah....

Terimakasih untuk ma abah yang dah susah payah membawaku ke dunia ini...Maaf dipinta dariku untuk semua,mana tau ini hari lahirku yang terakhir..


Akhir sekali,


-

-

-

-

-




COMEY TAK KAK TON??????hahaha





















.




Thursday, 11 April 2013

Warkah sebelum terbang.



Bismillah...

..'Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul'afwa fa'fu anni'

Entahla...Berpeganglah pada resmi padi...Makin berisi makin menunduk...Walaupun kita berada di atas langit yang tinggi, janganlah dilupa rumput di bumi...Sekali sekala jenguklah ia...walaupun tidak mampu untuk menyiram dan membajanya...

Makin tinggi ilmunya...makin besar pangkatnya..Apapun alasannya..Cubalah untuk memandang ke bawah walaupun sesaat cuma...

Walaupun aku tahu, salah aku...Tapi, apakan daya...Aku merancang lain, dan yang terjadi berlainan...Sesungguhnya kita hanya merancang,dan Allah juga merancang...Tapi, sebaik-baik perancangan itu ialah perancangan Allah swt..

Sepatutnya bulan ni memang aku akan apply cuti satu hari iaitu hari esok...Alsannya mudah...Urusan peribadi...Tetapi Allah maha mengetahui, pada 19/03/13,abah di sahkan menghidap kronik buah pinggang,memaksa aku untuk bercuti selama 5 hari....Jadi, apa lagi alasan yang aku nak berikan...Tiket untuk malam ni pun sudah dibeli lama...Walaupun aku tahu, bulan lepas aku dah banyak kali ambil cuti...Tapi, apa lagi yang mampu aku buat?

Entahla...marahkan dan salahkan diri sendiri tak berkesudahan juga...Tiadalah yang paling penting di dunia ini melainkan keluarga sendiri...Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga kecil ku ini...Kudrat yang ada tinggal tak banyak, ku kira ini masa terbaik untuk membalasnya..

Tetapi kekangan dengan kerja buat aku jadi serba salah.Ku menyuarakan hasrat utk berhenti di akhir bulan Mac, tetapi boss pula tidak bersetuju...Sudah ku jangka perkara sebegini akan terjadi...Maaf yang ku suarakan ibarat berterbangan bersama debu debu jalanan..Pedih. Tetapi ku telankan jua. :)

Pada pandangan manusia berbeza, semua nya mudah..semuanya mencari alasan dan peluang..Perasaan kita berbeza...Cubalah untuk meletakkan diri kamu pada diri orang lain..Letakkan bukan pada tapak kaki, tapi pada jiwa dan hati.....Kalau kamu tidak merasakan apa apa, maka apa yang aku mampu katakan lagi....

Kita dah cuba buat yang terbaik...Kekurangan kita,harap dimaafkan...Terlebih kita, simpanlah buat kenangan...Tetapi, manusia biasalah...Bersifat tidak sempurna bukan...Aku juga begitu...Banyak nya salah aku...Sehinggakan keburukan kita satu telah menutup sejuta kebaikan kita...Betul kata sahabatku..


Tak apa, aku menerima ianya sebagai kaffarah buat diri ini...:)















Tuesday, 9 April 2013

Syoknya kena ngorat kat mcd tadi. awuuuuu!!!!




HUARRRRRRHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHGGGGGGG!!!

Pernah tak korang rasa macam nak bagi penyepak laju-laju sebab perangai seseorang yang menjengkelkan. Penah tak.Pernah tak korang selalu cakap benda yang sama berulang ulang kali, dan berulang ulang kali..tapi ianya ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Tak ade tindak balas pon. Melekat pun tidak, apatah lagi nak suruh basah. Ye dok?

Tapi korang still lagi cakap benda yang sama. Cakap dan terus cakap sampai korang rasa macam bodoh dan diperbodoh! Korang rasa mcm lebih baik korang cakap kat kucing korang je.Sekurang-kurangnya kucing korang ade respon yang tak menyakitkan hati.

Semua respon pun sehari je pakai.Esok dah lupa.Lusa buat gampang lagi kan...Tapi, even kau gampang sekalipun, aku terima kau lagi...Boleh aku sabar dgn sikap kau lagi.Sekalipon datang putera raja yang jauhhhhhh lebih kacak dan bagus dari kau, aku tetap pilih kau jugak! Ape aku yang bodoh ke atau aku yang dah buta???

Harini aku pesan suruh kau jangan keluar dengan orang yang aku tak suka. Aku tak suka giler kau keluar dengan dia, kau paham tak. YERRR..Kau tak keluar pun. Aku happy. Tapi, aku lupa yang kau ni bukan manusia sempurna. Kau pon boleh menipu aku. Aku yang bodoh sebab aku ni terlalu percaya kan kau!kannn....Kau tipu aku buta buta, aku tetap terima kau! Aku cuba buang jauh jauh kenangan pahit tu walaupon aku terpaksa menangis hari hari kenangkan perangai kau yang mcm bultahik tu!

Kau kata, bila aku benci,marah,bengang dgn kau...Cubalah ingat kenangan manis kita bersama..Perhh...Ayat kau mcm skrip drama Nora Elina...Aku pun bangang tak ingat dunia, ikot je ape kau kata...Kononnya apa yang kau kata tu benar belaka....Tapi akhirnyaaa apa.......Kau pijak kepala selepas aku tadahkan muka!!!

Aku pesan lagi, boleh tak malam malam nak mesej dengan mu wahai kekasih hatiku.....Apa tidaknya, pagimu dan siangku cukup hanya dunia semata mata....Kau kata, OK sahaja wahai adindaku....Tapi, kau pendusta dan penipu.....Kau masih lagi bz di malam harinya....Cukup sekali dua rasa bahagia, engkau dah tidur lena.....Aku????Aku apa lagi.....makan hati dan tidur dengan air mata di pipi.Sebelum kau tidur, kau tak kan tak rasa mengantuk? Ape susah sangat ke kau nak bagitau yang kau mengantuk dan perlu tidur awal?Sekurang-kurangnya taklah aku tunggu mcm bangang je ni.Kau silent hp, ko off hp..aku yang terkena palitnya sekali. Entah apa nasib aku...

Lepastu, bila aku pikir pikir balik.Aku rasa, aku ni macam bodoh je.Aku sorang je yang bersemangat nak pertahankan hubungan kaw kaw punya macam aku ni kaklong kawasan!Tapi kau rilek je, langsung tak jaga hati aku. Almaklumlah, kau rasa aku ni yang terlebih over sayang kan aku.Tapi kau jugak lupa, hati manusia boleh berubah ape.

Orang terkejar-kejar kat aku.Aku langsung tak pandang.Orang caring aku mcm nak gila, aku langsung tak harap apa apa.Sebab apa?Sebab aku tau aku dah tak punya hak nak rasa lebih dari tu pada insan lain. Tapi, aku lupa...Hati manusia boleh berubah...Sekali aku dah suka, akan ku buka hati untuk insan lain juga.Kalau kau tak kisah juga tak apa.

Hari hari aku fikir, kenapa kau tak boleh memahami apa yang aku katakan...Apa permintaan aku itu melampaui batas atau tak terjangkau dek akalmu. Aku bukan minta 7 dulang hantaran yang bukan bukan seperti dongengan puteri gunung ledang.Aku cuma minta perhatian dan kejujuran.Itu pun kau tak mampu beri.

Bila difikirkan semula, kau banyak melukakan dari menyembuhkan. Tapi, aku tetap memilih untuk bersabar walaupon aku dah penat nak maki maki maki. Bukan aku nak jadi gengster,bukan aku nak maki maki, tapi jalan yang kau hamparkan pada aku, bukan jalan yang cukup untuk aku jadi sorang yang sempurna..

Entah apa kali ini. Aku rasa aku mulai ...............................................................................................




SILA ISI TEMPAT KOSONG...HEHE...CERITA ADALAH REKAAN SEMATA MATA..TIADA KAITAN DENGAN MAKHLUK DI DUNIA ATAUPUN DI ALAM GHAIB.



p/s : tajuk entry mcm lahanat kan? tapi betol.......hekhekhek.syokk ooo...hahahahaha.....~~









Kuatkan radio..kuatkan radio~~~



Bismillah...

Gila sentapp! Jangan pasang radio kuat kuat...........................................................!!!

Pasang lagu pon tak boleh. susah ler...kikiki....Hadoi. Sabor jelah...Aku bukak youtube pasang lagu nasyid pon tak boleh.Kuat sangat katenye...Kena sound suh slow kan....Bukan kuat pon aku pasang..Peliknya...Peliknya...Pelik bin ajaib....Sesedap halwa telinga aku je rasanye...hmmm....First time kena sound ni,hari hari sblm ni ok je...Period ke ape boss ni....wakaka!

Pape jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!Cepatlah 30hb! hehe...pasni nak pasang radio kuat kuat biar 1 taman dengar!wakakaka..kuatkan radio..kuatkan radio~~



P/S :Kena pergi Kelana Jaya. Hantar invoice company kat Kastam!pffftttttttttttttt.sambung lagi, *&^%$@!@#%^**.














Monday, 8 April 2013

angkara ANJING dan BABI.



Bismillah...

Lately, aku selalu mengintai ikot bilik tidur pasal anjing belakang rumah...Kesian tgk dia kena rotan dgn tuan dia yang perangai kalah hanjinggg.benciiiii aku!!! Sometimes, anjing lagi bagus dari manusia...Sebab apa?Sebabnya baca la bawah ni....


Ada 11 kualiti pada anjing;

1. Tidak lupa kebaikan.

2. Mereka tidak lupa orang-orang yang telah melakukan kebaikan kepada mereka.

3. Mereka yang sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala-galanya yang mereka diberi.

4. Mereka tidak marah dengan tuan mereka, walaupun mereka telah dipukul dan dihantar ke tempat lain.

5. Jika pemilik mereka memerlukan, mereka kembali with their tails wagging.

6. Mereka adalah merendah diri, taat, jujur, boleh dipercayai, kawan-kawan yang baik, setia.

7. Sentiasa kekal dengan pemilik mereka dan tidak pernah beralih pengkhianat.

8. Mereka berpuas hati dengan perkara-perkara kecil, mereka adalah `Zahid, tidak melihat apa-apa jua daripada Dunya ini.

9. Mereka tidak mempunyai apa-apa dari dunia ini, mereka tidak mempunyai tempat untuk diri mereka sendiri.

10. Mereka boleh tidur di mana sahaja, dan jika seseorang membaling batu ke arah mereka, mereka segera bangun dan pergi ke tempat lain.

11. Mereka adalah sangat ringan tidur, mereka tidak tidur terlalu banyak, dan cepat bangun.



 


Selesai isu anjing,kita dikejutkan pula dengan isu BABI di NSK. Berbalah balah semua nak tunjuk sape betul sape salah. Yang si A cakap ada babi..Yang si B cakap, itu bukan babi...hadoii...Pening aku dibuatnya...

Sampai lah aku terfikir satu soalan ni....Ape pengakhiran haiwan-haiwan tersebut....Adakah anjing dan babi ditempatkan di syurga atau neraka....Jadi, mari sini aku rungkaikan jawapan yang aku perolehi..Terima kasih en.ahmad atas perkongsian ini...Moga sama-sama kita peroleh manfaat ..InsyaAllah..


Binatang2 dunia yg dimasukkan ke dalam syurga ada sepuluh ekor;


1) Buraq ( Tunggangan Nabi SAW ketik isra' )

2) Unta yg disembelih oleh kaum thamud yg zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s.

3) Himar tunggangan Nabi Allah 'Aziz.

 4) Lembu jantan yg hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kpd Malaikat yg datang ke rumahnya berupa orang2 muda.

 5) Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim..

 6) Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman.

7) Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang.

 8)Anjing ashabul kahfi.

9) Ikan yg menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut.

10) Lembu Bani Israil yg disembelih kerana hendak membangunkan org kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh ia bertutur mengatakan orang yg membunuhnya iaitu dua orang anak saudaranya.


 P/s :
Keadilan Allah amat sempurna...Semua binatang akan mendapat pampasan dan ganjaran...Lalu mereka akan diperintahkan menjadi debu-debu...Maka lenyap dengan serta merta lah mereka setelah diadili Allah di padang mahsyar.. Lain drpd binatang yg diistimewakan oleh Allah di atas maka binatang2 yg lain tdk mendapat balasan syurga ataupun neraka...kerana syurga dan neraka itu disediakan utk jin dan manusia.. Sumber : Risalah al-Mi3raj yg bernama Maratussalikin m/s 12. Wallahu A'lam Bissawab..









Friday, 5 April 2013

Nasihat KAK TON utk semua...



Bismillah....

Jum'ah Mubarrak to all...

Pagi Jumaat ni, kak ton nak bg nasihat sikit kat adik adik yang banyakkkk sgt tanya kak ton,mintak nasihat kat kak ton....Mcm la kak ton ni power sangat..kekekeke....Tapi tak pe,kak ton cuba bg idea ok.

Memandangkan adik adik kak ton ramai yang berkahwin di usia yang muda, jadi diorang ni mula rasa bahang cemas bila tak sampai 100 hari pun kita nak bertemu dgn bulan Ramadhan ni...Alahai...kenapa la nak cemas pulak adik-adik.....Sepatutnya, korang kena happy la! Bulan Ramadhan kan bulan kita...Bulan berkat..bulan rahmat dan bulan utama..Pahala digandakan doa diterima...Bulan lailatul qadar yg istimewa...:)

Mcm-mcm lah yg ditanya, mcm mana nak bangun sahur pagi pagi..nak sediakan makan berbuka...mcm mana itu mcm mana ini....Alahai dik non...meh sini kak ton bagitau..

Tak usah risau akan sahur tu....Walaupun dulu zaman bujang korang bukan rajin sangat kan nak bangun sahur....Asik mak korang je yang kena kejutkan...Mak korang je yang kena hidangkan makanan....Korang tau celik celik mata, makan aje...Tu pun kalau rajin...Kalau tak, korang tau bangun minum air pastu sambung tidur balik....Ada lagi parah, tak bangun sahur langsung... Yang sahur pukul 1,2 pagi pon ade jugak...sahur kategori ape pun, kak ton tak tau...:)

Tak apa, kak ton ada petua...Bermula pagi esok, rajin rajin lah bangun awal....seawal 6 pagi pun sudah memadai.....Korang belajar belajarlah bangun awal, mandi awal, dan JANGAN LUPA SIAPKAN SARAPAN PAGI untuk suami korang.....(kak ton xpe, kak ton blm ada suami lg)...Walaupun korang cuma mampu buat telur hancur mkn dgn roti je, itu dah cukup untuk menambat hati suami korang....PERCAYALAH CAKAP KAK TON..........:)..Suami korang mungkin tak kisah korang tak buat sarapan...mungkin diorang diamkan je...atau mungkin memang ada yang tak peduli langsung pun....Tapi, jauh disudut hatinya, mereka sgt gembira kalau dpt sarapan dgn isteri tercinta sblm ke tempat kerja....Dlm pada yang sama, diorang pergi kerja dgn perut yg dah terisi dan berisi kan...ahaks! (walaupn kak ton bukan para suami, kak ton cuba selami jiwa mereka) aiiiceeewahhh gittew...

Abaikan perasaan mengantok korang tu....Fikir sikit, "perut suami" keutamaan kami! aicehh....itu cogan kata baru utk para isteri ke hape?bhaahahahaha.....So, bila korang dah praktis dari awal....korang akan yakin dgn diri korang sendiri....Kak ton paham, pengalaman pertama berpuasa dgn sang suami merupakan perkara yang membimbangkan...Tapi, kak ton percaya dgn kemampuan kita para isteri yang hebat! Jom Audit diri bak kata Prof Muhaya...kekekekeke!Cuma bezanya, korang kena bangun dgn lebih awal la utk bersahur ni kan....tak pe...take it easy babehhhh.:)

Bab berbuka, senang je...Tak payah risau...Korang masak mana yang korang mampu je..Tak kisah la simple pun kan....Jangan risau sekalipun tak sedap masakan korang...Yang penting korang dah usaha....Tak gittew kak ton?hikhikhik..Pastu, dah siap berbuka....Tunggu la masa utk berterawih dgn pasangan korang....Tak kira la buat kat rumah ke masjid ke...Yang penting korang ada usaha nak rebut peluang tu...:)


Amboiii kak ton.......mcm teror nasihat orang....hahaha.....Ni nasihat utk diri kak ton jugakkk..:p
OK lah,boss kak ton pun dah masuk ni...

Kak ton sambung buat keje ye...adik2 dah tak payah gusar gusar dah...senyummm je...

Salam. comeyyy takkkk?????comeyyy kak ton!!!muahahahaha....tata!!











Thursday, 4 April 2013

HIV TEST - Pra Perkahwinan



Bismillah...(entry pjg tau)

Untuk pengetahuan semua, sebelum nak kahwin kita kena buat HIV TEST dulu yer adik-adik. Untuk apa?Tujuan nye nak tahu STATUS HIV TEST masing-masing .Kalau -ve, Alhamdulillah....boleh kawen dah..hihi...Kalau +ve,hmm.....Jumpalah doktor utk perihal selajutnya.

So, sepertimana yg sedia maklum...Aku kerja kat Bangi seksyen 7...Jadi, keputusan yang paling bijak, aku kena buat ujian kat Bangi jugak la kan utk tidak menyusahkan diri sendiri...hehe...Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi kat seksyen 3 menjadi pilihan hati..:)

Bermula pada hari Isnin- Khamis jam 2ptg-4ptg sahaja...Sila bawak borang permohonan kahwin dan IC.Walk in terus tak payah buat temujanji ok.Harap maklum. (mcm pegawai kesihatan tak?)

Wakakaka....Sesampainya di kaunter, kakak tu dah tersenyum dan bahasa keningnya menunjukkan dia nak tahu ape tujuan aku...so, dengan senang hati..aku cakap "HIV TEST kak, ini borangnya" :) (sambil keluarkan envelope tanpas usul periksa)...Kakak tu tergelak kecil....Katanya banyak sgt borang dlm ni dik....Akak ambil yg perlu je...Yang lain awk simpan....Nanti sebelum balik, singgah sini dulu amek borang awak ni ok..
Aku iakan sahaja dan berlalu pergi dengan beberapa borang yang perlu diisi...

Bila cek balik, tengok2 dlm envelope tu siap ada bank statement abg ipar punya lagi.Kihkihkih.Adoii patutla...So, aku pun pergi la mengisi borang bla..bla..bla..Tengok masing-masing dgn pasangan, dan bercouple kapelan, membuatkan aku pergi kesebelah bro yang nmpk cm single tu...(wakakaka, sempat je kan..hahaha)

Disebabkan aku dah pergi menyempit2 kat bro tu, dia pun alihkan kerusi dan bg ruang utk aku isi borang...Dahtu siap pandang-pandang lagi,gaya nak bertanya ,tapi tak tanya2 pun. "Yer bro, ade ape?"
"Ni nak isi mcm mana?(sambil tunjuk fill in the blank kikikiki) aku pun jwb dgn konfidennye..."owh..sng je..abg tulis je nama bakal isteri abg, sy pulak tulis nama bakal suami sy.." 

Dah siap tu aku dgn brother td, pergi kaunter sama2 bayar sama2, tunggu kena panggil sama sama kat bilik rawatan no 7...Disebabkan perangai aku yg cepat neves ni, aku tak paham nak kena letak borang kat mana...So, brother yg baik hati td tu pun tolong amek kan no utk aku, siap letakkn borang dlm bakul merah lagiiiii..Sweet tak????SUWITTT KAK TONN....Kahkah.

Lepas giliran abg tu, no aku pulak naik...Dengan lafaz Bismillah aku terus melangkah dengan penuh keyakinan.Terlihat susuk tubuh seorang lelaki dgn senyuman agak manis disitu....Firasat aku, dialah pegawai perubatan....Hehe..Memang benar...Dia tanya aku keje mana...keje ape...Aku jwb sy kj kat bangi, keje biasa2 je...Dia tak percaya...Dia bukak borang aku balik, assistant engineer..bukan biasa2 tu..."HMM..abg je rasa luar biasa, tapi skop keje sy sama je bang....tak hebat mana pun...mcm kerani cabuk jugak...tp papepun sy bersyukur bang.." (kat mana2 pun sempat aku nak meluah rasa kan..hahahaha)..Dia senyum sambil angguk2 kan kepala...."Yang tadi tu bakal suami ke?" ....soalan yg membuatkan aku ketawa kuat kuat...hahah..."OH MEN? Bukan bang....sy dtg soranggg je...."..Banyak tanya pulak dia..."La..ingatkan dtg sama2....abes mana bakal suami nya...org mana...bla..bla..." (pjg sgt soalan sampai aku pun pnt jwb..hihi)

Tibalah masa yg ditunggu2...."Meh sini tangan awak...sy akan cucuk dekat jari telunjuk ni ok"
Aku neves.aku neves."Bang sakit tak?"
"Buat dulu baru la tau...hehe" 
"Abg..Jap jap..abg kira 123 yer...sy takut terkejut"
"Hahahaha...Awak ni kelakarr la mcm budak-budak ..yela2....123 tappppppp"!!!!!
Yess...dia ckp aku kelakar..dia ckp aku kelakar...hahaha..aku mmg mengimpikan jd seorang pelawak ke derr 3...pfffttttttttttttttt....hahaha..what the itik!
"ha.....sakit tak?"
"Hahahahaha...sakit sy tak takut bang..yg sy takut terkejut je...kikiki..." (cover line sikit)

" Ok...keputusan dlm 15-25 minit lagi..tggu dpn bilik rawatan 1,2@3 ok.."
"Ok bang...mekasih...:)'



Kan......................kan best kalau jumpa semua org baik2 cmni...aman dunia..hehe..Apalagi..brother td dah siap tepuk tepuk kerusi tanda nk suh duk kat die letteww...tau dah...ekkeke..."Amacam sakit?"
"hahaha...eleh bro, sikit je,tak dek hal la..." jwpn bongkak aku..kahkahkah..


Borak punya borak....Nama aku dgn brother td pun dah dipanggil....Nampak tak? Dh jadi pasangan tak sah ni...kiki..bak kata sudin,bedalll ajela sedaree....
"OK cik...keputusan cik berdua negatif"
"Hahhh...................negatifffff..knp negatif......mcm mana ni abg....." (aku boleh menggelabah puyuh kat situ,nampak tak?)

"Hahahahahaha.....(abg tu gelak...nurse pun gelak..)
"Dik...ni bukan matematik....yg negatif selalu kita tak nak kan...tapi kali ni kita nak negatif...kalau positif..awak dh tak boleh kawen" sambil tersenyum senyum mengenyitt mata brother sebelah aku...


"Hahahahaha....awak ni kelakar" kata brother tu
Walaupun aku malu +rasa bangang tp aku ttp bangga sebab dah dua manusia ckp aku kelakar....That means aku mmg kelakar! bhahahahahhahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............



Dah..aku pergi amek salinan keputusan pastu berlalu pergi...Brother td ikut aku....Aku suh dia balik dulu sebab aku nak ke kaunter pendaftaran, nak amek borang nikah awal td....Selesai amek borang, aku pusing belakang tengok-tengok brother td ada lagi...hehe...
"Abg tnggu sy ke?"

"Yer..."
"Saya park moto belah sana bang.....balik dulu yer.."hahaha...(sblum dia ajak aku dating, lebih baik aku balik dlu kan...muahahahahha....*perasantan tak*)

Aku berlalu dgn gembira dan bersyukur sbb HIV Test dah selesai....Ameen..:)

Pin pin...................Nampak satu lambaian dan senyuman dari seseorang dari dalam kerete....hehehe....Brother tadi rupanya....Aku pun membalas lambaian itu ala2 kate middleton supaya abg tu akan igt siapa pasangan tak sah dia masa gi buat HIV Test dan boleh story kat isteri dia nnti.....kahkahkahkah....

Sampai disini saja ceritaku......tata!












Wednesday, 3 April 2013

Coretan 20/3/2013



Bismillah..



Harini aku nak kongsi sikit pasal abah..19/03/2012 aku mendapat panggilan kakak.Katanya abah kena serangan jantung.Masih di ofis ketika itu dan dalam mood terpinga-pinga aku kemaskan barang dan balik rumah.Tak cakap banyak, kemas pakaian dan bergerak balik terus ke kampung kami Kelantan.

Sesampainya pagi itu lebih kurang pukul 7am terus ke HUSM Kubang Kerian, di mana abah ditahan di wad 7 Selatan.Kami naik ke tingkat tujuh tersebut dan terlihat susuk tubuh abah dengan wayar berselirat sana sini. Sedih rasa sehingga menitis juga air mata ini. Dan terus mengambil alih tugas ma dan kakak yg telah semalaman di hospital.

Doktor telah membuat satu operation kecil dibahagian perut abah utk memasukkan wayar bagi tujuan "cuci buah pinggang" iaitu bersamaan dgn 60 bag air. Abah langsung tak dapat bangun. Tidur nya juga sering diganggu  mimpi.Kata doktor, akibat gangguan fikiran..Jadi, mesti ada yang menemaninya..

Hari pertama, aku dipilih untuk menjaga abah pada waktu sepetang 7pm sehingga esok paginya. Aku bersetuju tanpa sebarang yang perlu dipersoalkan. Tiada sedikit rasa keluh kesah. Teringat terus pada arwah atok...Sepanjang nya sakit di kampung, siapa lagi yang menjaganya kalau bukan tangan ini juga...Jadi, apalah kiranya untuk abah...Ku buang jauh rasa penat...Ku tinggal jauh rasa letih...

Memandangkan aku tidak biasa dengan peralatan di hospital, aku minta sahabat aku yang juga merupakan anak kepada pakcik yang duduk di depan katil abah...Dia banyak mengajar aku....Ini bekas utk buang air kecil...ini bed pan..ini plastik ini itu dan sebagainya..Persediaan awal aku buat supaya bila abah nak buang air, aku dpt menjalankan tugas dengan sebaiknya....

Dalam awal pagi, abah mengejutkan aku yang tidur di lantai berlaskan tikar...Pada riaksi wajahnya,aku tau abah nak buang air besar..Tapi dia cakap, dia nak buang air kecil je...Aku faham. Bergegas ke toilet dan ambil bekas utknya....Selesai itu, aku hulurkan wet tissue dan aku bawak bekas berisi air sabun dan lapkan tangan abah. Aku terus tak mengantuk. Tiba-tiba abah cakap, dia nak buang air besar ..Ok.aku cepat cepat ke toilet ambilkan bed pan dan plastik kuning...Ku papah sikit badan abah biar senang dan selesa bed pan itu utk abah.

Aku tau abah malu....Abah....ingin sahaja aku katakan pada abah, "tiada sesiapa di dunia ini yang dapat melakukan yang terbaik untuk abah..kecuali anak anak abah...."Tapi ku kunci mulut ini rapat-rapat...Biarlah apa pun yang terjadi, abah tetap abah...Abah sibuk tanya, nak buang air macam mana nanti kalau bau mcm mana, sapa nak buat itu ini....Terasa lucu ada, sedih pun ada...Abah...padahal aku tak bau apa apa pun...Rasanya itu lah kesenangan disebalik kepayahan....



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.




Selesai mengelap badan abah, aku terasa sangat mengantuk...Sempat abah berkata, "dik ain, perut abah dah lega"...Aku tersenyum sambil menyambung kembali tidur....Rasanya baru 2 minit aku  pejam mata, tiba-tiba satu dentuman kuat sehinggakan terasa hampir pada ku....Ku bukak mata cepat-cepat...Dicelahan sudut kaki katil abah aku lihat susuk tubuh itu......"YA ALLAH, YA ALLAH PAKCIK.." ...Pakcik di depan katil abah jatuh dari katilnya...



Jeritan aku yang kuat itu mengejutkan semua pesakit dan nurse....Aku lihat darah yang banyak di lantai itu dengan linangan air mata...Hendak sahaja aku menangis kuat kuat...Tapi melihat sahabat aku itu menangis, aku tau aku perlu kuat....Ku gosok-gosok bahunya biar dia berhenti menanangis...Tak sanggup aku lihat lagi aku terus ke toilet dan menangis...Allah...Betapa aku baru mengerti perasaan orang sakit....Selama ni, aku tak pernah terlintas pun...Bahkan bila melalui hospital pun, aku tak merasakan apa apa....



Tetapi hari ini...berbeza......Menangis si anak kerana ayahnya jatuh katil...Bukan itu sahaja, rasa bersalah menyelubungi jiwa..Aku pujuk hatinya, kataku semua ini ujian Allah...Kita dah cuba buat yang terbaik....Dia sahabatku di hospital....Aku masih ingat lagi senyum nya...lemah lembutnya...Aku melihat bagaimana tabahnya seorang anak bekas ustaz yang mengajar bahasa arab itu....Semoga Allah memelihara kedua-duanya...

Ada lagi yang bakal menyusul....Kemudian sahaja aku coretkan....


Salam rindu bertemu di............

-nurulain-










Monday, 1 April 2013

Bila April



Bismillah..

Bila masuk bulan April,aku lah insan yang paling bahagia....Kenapa aku cakap bahagia? hehe..
Nothings! hehehe.... From what Harith Iskandar said, when women says Nothings, it means Everythingssss!!hahaha...(People, u need to watch Lawak ker der 2, Malaysian stand-up comedian by harith iskandar) Brilliant gila kot idea dia.Apa yang dia cakap, semua nya betul...True said. kikiki.

Eh, dah lari topik ni....hehe....Ok, back to the topic...Aku suka bulan April sebab tiap tiap tahun pada bulan ini, aku akan terasa dihargai dan disayangi...AICEEEEWAHHHH. ehem! Kikiki...apa bulan lain tak terasa dihargai ke? Eh tak la camtu...cuma bulan ni lebehhhhhh sikit. wakakaka..

And sudah tentunya, aku akan ingat siapa Dia pencipta aku...siapa yang membawa aku ke dunia ini...dan siapa yang selalu berada di sisi aku sehingga sekarang..:)

Well said, Nurulain..:p

Ok lah, nak sambung buat kilija......Jaga diri, jaga peribadi dan yang penting jaga hati...

April with love, 

-nurulain-