Saturday, 25 August 2012

Ayat Seribu Dinar





Mok Poh and me.  May Allah bless her with sakinah and husnul khatimah.


Umurnya menjangkau seratus lebih. Sejurus mengambil tempat wanita tertua di daerah kampungku. Namun, bersih kukunya,lembut bicaranya dan senyum dibibirnya menjadikan Mok Poh, moyang saudara kami yang paling disayangi...

Mok Poh : "Hok ni nikoh dok lagi?" 
Aku        : "dok lagi mok...."
Kakak-kakak : " ...xdok ore nok ko dio....xdok calom lagi...."
Mok Poh : "Baco ayat seribu dinar banyok-banyok...."
Aku :  "lagi mok......"
Mok Poh :  "selawat.....selawat etek..."
Aku :  "lagi mok....."
Mok Poh : "mok dok leh kecek banyok....mok leloh..."


Sebenarnya, bila aku search..banyak lagi kelebihan ayat ni...Bukan untuk jodoh or calon sahaja..Bahkan untuk rezeki, memberi kemudahan,perlindungan.....
Yang hitam akan putih,yang berat akan ringan,yang sukar akan mudah yang keruh akan jernih,yang sakit akan pulih.....Eloklah di hafal dan diamalkan...InsyaAllah...



Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



p/s : Allahu Akbar wa lillahil hamd
Kullu am wa antum bi khair!












No comments:

Post a Comment