Friday 24 May 2013

SUAMI . Jadilah manusia yang bertanggungjawab



Bismillah...



Bertanggungjawab bukan hanya sekadar memberi makan, pakai, tempat tinggal, nafkah zahir batin atau memberi kekayaan wang ringgit atau harta berjuta.

Ianya lebih lengkap lagi jika ianya disulami dengan tanggungjawab untuk menjaga hati setiap pasangan masing-masing.

Siapa kata menjaga hati itu perkara kecil? Masih segar dalam ingatan aku walaupun ianya sebulan yang lepas, Ustazah Hafizah ada menjelaskan bahawa "suami dilarang memuji wanita lain dihadapan isteri,  keranya ianya menyakitkan hati si isteri" . Jelas di situ salah satu tanggungjawab suami ialah dengan menjaga hati isteri sebaiknya.

Sikap wanita ni nampak macam dominan tapi sebenarnya tak. Harta, kekayaan, kemewahan, kekuasaan cuma tiket untuk kita rasa puas sahaja..Tapi pokok pangkalnya, kebahagiaan yang hakiki bukan terletak pada wang ringgit tapi pada hati.

Cuba tanya isteri, nak tidur berbantalkan duit atau berbantalkan lengan suami?Mana lebih bahagia? Jawapannya..anda juga tahu! Jadi berbaliklah pada fitrah wanita yang lemah ini.

Mereka perlukan perhatian,kasih sayang,penghargaan...Tak susah sebenarnya. Wanita ni,kalau dilayan sebaik-baiknya, pandai jaga hatinya (paling penting), bagi kasih sayang sepenuhnya, MEREKA akan jadi wanita yang paling baik,paling manja,paling sempurna,isteri solehah,ibu mithali..pendek kata, semuanya boleh jadi. Cukup dengan cara "menjaga hatinya". 

Tapi, boleh jadi bertukar menjadi kak yong kawasan, jadi raksaSA gaban suria baja hitam,jadi hantu kak limah dan sebagainya bilamana layanan yang diperolehi like a sh*t. 

Susah sangat ke nak jaga hati kaum wanita ni? tak susah. biasanya wanita ni dia mesti akan cari pasal dengan masalah kecik kecik je....Contohnya macam, suami tidur mati,org kol tak jawab, mesej tak reply, nak pergi mana2 tak bagitau, suka buat org tertunggu tunggu, suka tengok perempuan lain, pemalas, kalau nak suruh buat pape, mesti kena cakap 2 3 kali, tak menjadi pendengar yang setia, sambil lewa,, dan sebagainya.....Nampak tak ? kebanyakannya melibatkan hati je pun.. 

Jarang sangat isu pasal gaji ciput, rumah kecik, kereta buruk, muka tak hensem, ...Sebab sifat kita wanita yang lemah ni mudah tersentuh dengan hati. Dan apa yang utama sekali dalam hidup ni mesti pasal hati.Hati hati dan hati. 

Malas taip panjang, kat bawah ni ada ciri ciri utk jadi suami yang soleh.Mana mana suami atau bakal suami boleh baca dan ambil pengajaran. As a leader kan. Ketua keluarga. Jangan cari dan berterusan mencari alasan, sebaliknya carilah ruang untuk membaiki segalanya. Wallahua'alam bissawabbb..



Ciri - ciri suami soleh :

  • Mentaati Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
  • Mendirikan rumah tangga semata-mata kerana Allah dan demi memenuhi tuntutan agama.
  • Melayani dan menasihati isteri dengan cara yang baik.
  • Menjaga hati dan perasaan isteri.
  • Sentiasa bertolak ansur dan selalu membantu isteri.
  • Tidak menyuruh sesuatu di luar kemampuan isteri.
  • Kuat kesabaran dan menghindari daripada menyakiti isteri, seperti memukul atau dengan perkara yang memudaratkan, yang tidak dibenarkan syariat.
  • Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
  • Menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
  • Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi sebagai ketua keluarga.
  • Memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan sedaya kemampuan.
  • Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak ahli keluarganya.
  • Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
  • Memberikan kasih sayang dan berkorban demi kebahagian bersama.



Semoga ada manfaatnya. 



You don't love someone because she is beautiful, but she is beautiful because you love her




























3 comments:

  1. Semua tuh cam ader kat kite jer...... tumpang lalu

    ReplyDelete
  2. Hati rindu jer yang tahu ..... beri laluan

    ReplyDelete
  3. Mohon share..mmg btl

    ReplyDelete