Friday, 24 May 2013

SUAMI . Jadilah manusia yang bertanggungjawab



Bismillah...



Bertanggungjawab bukan hanya sekadar memberi makan, pakai, tempat tinggal, nafkah zahir batin atau memberi kekayaan wang ringgit atau harta berjuta.

Ianya lebih lengkap lagi jika ianya disulami dengan tanggungjawab untuk menjaga hati setiap pasangan masing-masing.

Siapa kata menjaga hati itu perkara kecil? Masih segar dalam ingatan aku walaupun ianya sebulan yang lepas, Ustazah Hafizah ada menjelaskan bahawa "suami dilarang memuji wanita lain dihadapan isteri,  keranya ianya menyakitkan hati si isteri" . Jelas di situ salah satu tanggungjawab suami ialah dengan menjaga hati isteri sebaiknya.

Sikap wanita ni nampak macam dominan tapi sebenarnya tak. Harta, kekayaan, kemewahan, kekuasaan cuma tiket untuk kita rasa puas sahaja..Tapi pokok pangkalnya, kebahagiaan yang hakiki bukan terletak pada wang ringgit tapi pada hati.

Cuba tanya isteri, nak tidur berbantalkan duit atau berbantalkan lengan suami?Mana lebih bahagia? Jawapannya..anda juga tahu! Jadi berbaliklah pada fitrah wanita yang lemah ini.

Mereka perlukan perhatian,kasih sayang,penghargaan...Tak susah sebenarnya. Wanita ni,kalau dilayan sebaik-baiknya, pandai jaga hatinya (paling penting), bagi kasih sayang sepenuhnya, MEREKA akan jadi wanita yang paling baik,paling manja,paling sempurna,isteri solehah,ibu mithali..pendek kata, semuanya boleh jadi. Cukup dengan cara "menjaga hatinya". 

Tapi, boleh jadi bertukar menjadi kak yong kawasan, jadi raksaSA gaban suria baja hitam,jadi hantu kak limah dan sebagainya bilamana layanan yang diperolehi like a sh*t. 

Susah sangat ke nak jaga hati kaum wanita ni? tak susah. biasanya wanita ni dia mesti akan cari pasal dengan masalah kecik kecik je....Contohnya macam, suami tidur mati,org kol tak jawab, mesej tak reply, nak pergi mana2 tak bagitau, suka buat org tertunggu tunggu, suka tengok perempuan lain, pemalas, kalau nak suruh buat pape, mesti kena cakap 2 3 kali, tak menjadi pendengar yang setia, sambil lewa,, dan sebagainya.....Nampak tak ? kebanyakannya melibatkan hati je pun.. 

Jarang sangat isu pasal gaji ciput, rumah kecik, kereta buruk, muka tak hensem, ...Sebab sifat kita wanita yang lemah ni mudah tersentuh dengan hati. Dan apa yang utama sekali dalam hidup ni mesti pasal hati.Hati hati dan hati. 

Malas taip panjang, kat bawah ni ada ciri ciri utk jadi suami yang soleh.Mana mana suami atau bakal suami boleh baca dan ambil pengajaran. As a leader kan. Ketua keluarga. Jangan cari dan berterusan mencari alasan, sebaliknya carilah ruang untuk membaiki segalanya. Wallahua'alam bissawabbb..



Ciri - ciri suami soleh :

  • Mentaati Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
  • Mendirikan rumah tangga semata-mata kerana Allah dan demi memenuhi tuntutan agama.
  • Melayani dan menasihati isteri dengan cara yang baik.
  • Menjaga hati dan perasaan isteri.
  • Sentiasa bertolak ansur dan selalu membantu isteri.
  • Tidak menyuruh sesuatu di luar kemampuan isteri.
  • Kuat kesabaran dan menghindari daripada menyakiti isteri, seperti memukul atau dengan perkara yang memudaratkan, yang tidak dibenarkan syariat.
  • Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
  • Menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
  • Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi sebagai ketua keluarga.
  • Memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan sedaya kemampuan.
  • Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak ahli keluarganya.
  • Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
  • Memberikan kasih sayang dan berkorban demi kebahagian bersama.



Semoga ada manfaatnya. 



You don't love someone because she is beautiful, but she is beautiful because you love her




























Thursday, 23 May 2013

I believe that everything happens for a reason.


Bismillah




Alhamdulillah wa shukrulillah...masih diberi kesempatan untuk melalui saat saat yang sukar seperti sekarang...really! don't know what happened to me. Lately. Frustrated. Sad. Give up. what's wrong with you, nurulain...sobs ! :(


Jom layan putitis jap..lama dah tak pekena nih..hekhek. 



Anak kecil yang dulu
Itu aku...
Yang menangis tiap waktu
Manja selalu
Disisir rambutnya oleh ibu
Riba abah tempatku

Anak kecil yang dulu
Itu aku...
Kepayahan kesusahan mengajarku
Mengajarku erti kehidupan itu
Yang mana bukan hanya manis bak madu
Tapi pahit bagai hempedu

Anak kecil yang dulu
Itu aku..
Sedih perih pilu
Menghiris dada terpahat rindu
Entah mengapa rebah selalu
Menitis air mata rahsia hatiku

Anak kecil yang dulu
Itu aku...
Kini bangkit membuka mataku
Kerna seseorang melintas lalu
Biar dunia tahu
Dia punca aku

Anak kecil yang dulu
Itu aku..
Pantasnya masa berlalu
Melangkah laju
Mengemas baju
Kemana arah tuju

Anak kecil yang dulu
Itu aku..
Dunia ini dunia baru
Apakah aku setuju
Bangunlah aku
Ini bukan dunia palsu

Anak kecil yang dulu
Itu aku...



Allahu Allah...i feel so blessed. Ameen Ya Allah, Ya Hadi, Ya Zul jalal li wal Ikram.














Sunday, 19 May 2013

This is for you.future husband.



Bismillah




 To the Abah of my children :

Let me your future wife be the first to wish you "selamat pengantin baru" heh heh heh

Bby,i know you will be an excellent husband for me and good abah for our children. How can you not be,the more I know you,the more I see all the good qualities that u have.

Aurat,haqiqat,tariqat,solat,zuriyat..all of this i've learned from you. No word can describe how much i love you.

Bby,i love you very much and i could not have picked a better choice than you to be the "abah" for our children. Thankyou bby and please smile. 


Your soon to be wife, 
Nurulain.








Thursday, 16 May 2013

MUA di terengganu.sape tahu?




Bismillah

 Ape punye susah nak cari MUA kat Terengganu ni. Bengang pulak rasa hati. Da bagi no, tapi xnak jawab pulak. sms pon tak balas. Nak bisnes ke tidak??hallooooooooooooooooooooo Banyak yg tepung komakkkkkk. meleleh ayaq mata makcik! sedih tau tak. muka dah mcm tahi ayam candu, kang tak mekap baru tahu! Sape sape yang tahu jurumekap area terengganu, do inform me...ekekeke.menyampah! kbhai.









LIKE THIS??WHAT THE @#$%^&*(............














fasten your seat belt nurulain


Bismillah 

Fasten ur seat belt. Manusia berbeza.bukan senang nak fahami jiwa manusia.ramai yang tewas dalam usaha utk memahami jiwa orang lain.tak kurang juga yang kecundang dan tersungkur sedih perih hari ini.berkerut dahi mencengkam diri.

Walau mata ini ku harap bisa menjadi bukti satu hari nanti bahawa aku juga seorang manusiawi. Selalu diri diketepi hanya untuk melihat yang lain tersenyum lagi.sakit ini tiada diubati.bertambah sakit dengan kata kata sinis setiap hari.

Dan tiada siapa peduli.walaupun tidur tiada lena lagi.meminta doa dari Illahi.agar ketenangan yang dicari akan muncul esok hari Sayang ini disalah erti.mencari ruang menutup simpati.walau dipuji insan tak dikenali.namun apa yang pasti kecewa lagi 

Siapa yang tahu setiap tawa ini ada tangisan sendu diakhiri tiap malam nya nanti.memujuk diri sendirit Tertanya juga kenapa hati ini terlalu rapuh.sehingga mudah ia runtuh 

Walau cuba berlagak teguh Semoga aku terus sayang.