Kelantan . Negeri kelahiran ma dan abah aku. Negeri yang terkenal dengan pemerintahan Cik Siti Wan Kembang satu ketika dahulu.Dikatakan baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Dulu, bila dalam kelas cikgu/kawan-kawan tanya kampung kat mana..aku susah sangat nak mengaku kampung kat Kelantan..Kenapa?Sebab,aku benci kampung aku. Benci yang sebab apa? Benci yang sebab ni...
"Kelantan negeri miskin"
"Kelantan mundur..ape yang ade..ek elehh"
"Kelantan kotor."
"Orang Kelantan suka gaduh wei"
"Mulut orang Kelantan..amboi...boleh tahan"
"Pemerintahan kat sana entah pape"
"99% kanak-kanak kat Kelantan mengalami kerosakan gigi sebab air kotor!"
Dah faham sebab apa aku benci? Sebab dari kecik, aku selalu dihantukan dengan cerita-cerita negatif dari banyak pihak. Tak cukup dengan Buletin Utama, Utusan Malaysia lagi...mulut-mulut orang lagi..Masa tu aku rasa..ohh...nasib....aku lahir kat KL beb...membesar,sekolah,kawan semua dengan orang KL...Rilek la, ma abah je orang Kelantan...Apa ada hal..TAPI..
Semakin aku meningkat dewasa ni, aku dah tau akan hakikat.. Aku mula faham dan sedar akan propa dan provokasi sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dengan cerita-cerita bodoh yang memalukan negeri aku tu! (tak lah tau sangat pun, cuma drp yg aku nmpak dan dengar je...)
Punya lama masa diorang untuk nak jatuhkan negeri aku ye...Sejak aku kecik lagi...Sampai sekarang pun masih bekerja keras nak memburukkan negeri aku tu. Kenapa? Untuk apa? Dikatakan negeri aku miskin, jadi negeri mana yang kaya?bagitahu aku...apa negeri yang mempunyai kilang arak terbesar itu yang paling kaya?apa negeri yang banyak shopping mall,panggung wayang,pub,club itu yang paling tak mundur?mereka lebih mundur otak dan fikiran sebenarnya. Dipupak kan dengan negeri aku yang paling kotor! Dimana bersihnya negeri lain?aku juga rakyat Malaysia. Aku jamin, kotor itu dah jadi sebahagian drp hidup kita. Jangan cerita pasal bersih sangat kalau rumah kita pun tak mampu nak jaga!
Ahhh..orang Kelantan kuat gaduh! apa orang dari negeri lain tak pernah gaduh agaknya...hehe...agak lucu yang ni. Mungkin kami nampak hebat bila gaduh ye tak..almaklumlah keturunan kami semua hebat hebat belaka...Keturunan Tok janggut (aku la tu), keturunan Raja Jembal,Raja Kumar, Long Ghaffar. Jadi semangat kami lain macam sikit. Didakwa bahawa mulut orang negeri Kelantan ni macam puaka niyang rapik! Huyyoo...apa mulut negeri orang lain baik sangat agaknya, jgn cerita macam kita tak tahu hakikat sebenar kehidupan la...Negeri mana yang cakap bahasa sopan santun meh bagitau aku sikit? Negeri Sembilan? Melaka? Peneng? Semua cakap pun mcm *&^%#@ jugak...so,what?
Lepas dah tak dek idea, die buat cerita pasal air kotor pulak. Katanya,kanak-kanak Kelantan mengalami kerosakan gigi yang paling teruk la...Aku dulu juara MISS GONGAK 5 tahun berturut-turut tau tak. Tak pulak aku membesar kat Kelantan yang AIR KOTOR tu. Elok je aku duk KL yang air konon-konon BERSIH tu. Mana dia cekau idea nak buat statement bodoketok macam tu...alahai...
Last skali, cerita yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ni....Pemerintahan Kelantan yang entah pape je...ek? Sebenarnya mereka cemburu sebab tak ada Sultan dan Menteri Besar macam negeri kami kan...Mengaku jela..Sudah terang lagi bersuluh raja kami raja terbaik dari semua negeri,dan Menteri Besar kami antara yang terbaik juga.Melampau statement aku?aku peduli apa.Selama ni mereka mengeluarkan statement melampau sampaikan memesongkan pikiran aku tak apa pula...
Dulu, rakyat kelantan selalu dipayung oleh raja.Masa tu aku nak gelak baca tiap kali papan tanda tu aku jumpa.Tapi sekarang,aku tersenyum bangga...sebab apa?sebab ni....
Lagi aku bangga sebab ni...
Tuanku masih mahu datang ke majlis tahlil arwah sepupuku walaupun dah lewat sangat lepas solat terawih. Yang baju kuning tu pakcik aku. Sultan lain makan tido makan tido je kot masa ni.
yang baju biru tu abah aku. bersalaman dengan adinda Tuanku.
Tuanku aku yang bersahaja.tidak perlu mengenakan pakaian yang hebat
menyelami,mengerti dan memahami perasaan rakyat jelatanya
semoga Allah merahmati Tuanku.Kami tak sabar nak tunggu Tuanku menaiki tahkta lagi beberapa tahun..
Lagi sebab kenapa aku harus bangga dan mempertahankan negeri kesayangan aku..
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal
generasi cucu tok ayoh (majlis perkahwinan cucu perempuan tok guru yang merupakan sahabat baik kami)
disenangi semua
Tok Guru kami yang tenang dan tak lokek senyuman
semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Tok Guru.
Dan kenapa aku suka negeri aku?sebab ni...
sebab, banyak tempat yang best. hihi..
ok,bye.
terbaekk...setuju sgt!
ReplyDeletemekasih kakak. :)
ReplyDeleteWhat a delusion...kalau dah benar, tak payah nak tegakkan benang yang basah. Jika perkara yang benar jangan disangkal...jika yang benar...perlu berani mengaku...elok untuk peribadi diri anda...
ReplyDeletePertama, mundur. i.Mana tak dilabelkan mundur...jalan raya rosak dari Jeli hingga ke Machang (2012)...tidak ada sebarang sign board utk pengguna jalan raya... tiada sangat peruntukan untuk buat sighboard? ii.Kadar kemiskinan sangat tinggi (tlg lihat prospektus bancian dan juga laporan lain dari tahun ke tahun) iii.Jgn kata kelantan tiada club...tengok betul2... walau bagaimanapun, betul kata anda tidak sebanyak negeri2 lain. Banyak lagi isu mundur...malas nak elaborate..
2.Isu kotor. Sememangnya negeri yang sangat kotor ialah kelantan. Masjid pun menyedihkan kebersihannya. Tandas awam...uh...tak usah cakaplah kan... Jika anda benar2 duduk di KL...buka mata besar2.... ada ke persekitaran KL seperti Kelantan? Jangankan KL, bandingkan dengan negeri2 lain. Sangat jauh berbeza. Jangankan Kota Bharu...lihat sahaja persekitaran rumah-rumah di Kelantan... lain kali semua pengunjung sila ambil gambar2 sebagai bukti yea... Rasanya anda seorang yang cerdik (melalui gambar yang perasan sendiri tue) jadi...'adakah betul moral anda mengatakan bahawa 'kotor adalah sebahagian hidup kita'?? Bukankah kebersihan itu dituntut agama? Mungkin rumah anda yang kotor tapi kami yang lain TIDAK suka hidup dalam keadaan persekitaran yang kotor.
3.Isu pemerintahan. Ini isu 'cliche'. Mainan politik. Everybody is entitled in their own opinion.
Yang penting...kenapa anda mengatakan anda dimomokkan dengan 'keracunan otak' hasil persepsi orang lain yang mewarnai pandangan anda sendiri tentang negeri anda sendiri? Sungguh memalukan 'statement' ini. Sekiranya anda berpendirian, maka tidak ada perlunya konotasi makna 'dihantui' 'propaganda' 'provakasi' dan sebagainya....
hahaha..ko ni papa gomo ke?
DeleteAku keje kat klantan.....jujur....org die baik2 n ramah....cume suke cakap hal seks...tak kire tue mude laki or prmpuan. Aku tetap tak suke menetap kat klantan. Aku dah bergaul 6 tahun....aku tahu mane club, karaoke, n pelacur diorg amik. Aku tak suke duk klantan. Tak suke org tue sini merepek bukan2. Aku tak nak jd mcm diorg. Yg beragama...insyaallah elok kat klantan...pasal sini bnyk sekolah pondok n sek agama. Tp islam itu perlu penghayatan....sebati dlm jiwa....bukan sekadar adat atau imej perwatakan aje. Org jepun lebih mengambil nilai islam dari kite dari aspek kebersihan dan disiplin. Tapi porno jepun pun hebat....pasal member klantan aku suke tgk. Aku nak cakap....islam tu penghayatan agama....bukan negeri atau adat semata. Ape2 pun sultan kelantan memang baik n humble. Semoga tuanku memperoleh rakyat yg layak untuk sultan kelantan. Aku takde cita2 stay klantan....maaf.
ReplyDelete