Wednesday, 30 May 2012

Multitasking







Bismillah...

Amacam video tu? kahkah. Zaman-zaman aku menjadi penternak yang berjaya. Selekeh gila kan. Ape-ape pun, aku memang bengang gila dengan ayam-ayam yang suka buat hal tu. Tapi,diorang semua dah kena sembelih kot.hihi.

Aku selalu berharap aku boleh jadi macam-macam. Kata orang multitasking. Masuk kebun boleh jadi petani, masuk reban boleh jadi penternak, masuk dapur boleh jadi chef, masuk kedai boleh jadi sales girl, masuk umah orang bleh jadi bibik (perlu ke?PERLU!), masuk alam maya boleh jadi blogger,sang puitis,masuk hutan boleh jadi si pemakro..Masukla mana-mana pun boleh bawak diri.

Aku nak jadi hebat macam tu.Sebab aku tau aku dah tak hebat benda lain.Kerjaya tak dek lagi, harta tak banyak,rupa tak ada,kawan boleh kira...Jadi, masa-masa macam ni la kena kutip ape sahaja yang ada di depan mata sebagai eksperimen hidup dan kutip je ilmu apa sahaja lepas tu kaji.hihi.

Aku rasa semua benda aku boleh hadapi dengan syarat aku berusaha dan kebal sikit. Cuma satu benda je yang aku tak boleh buat sampai sekarang ni. Naik flight sorang-sorang. Ampun ampun, bagi sejuta pun aku tak nak naik sorang-sorang.Kihkihkih. Sape sape paksa aku naik flight sorang-sorang, aku bagi kentut dekat die okay? hihi.


OK lah, nanti aku upload video lain lagi .babai.









100.




Bismillah....


Entry yang ke 100 ni. Hehe..Semoga apa yang aku coretkan ada manfaatnya. Bukan kata aku bagus sangat,cuma berkongsi apa adanya. Kadang-kadang yang menulis tak sama dengan si pelakunya ye tak? Tapi masih mencuba. 


I am get ready to be a wife. (InsyaAllah)


MY idol : Saidatina Khatijah binti Khuwailid.She was a superb wife, a trusted friend, a wonderful lover, a good advisor, everything! HONORING!




Thankyou Allah for send me a good companion and a good spouse. We sure have a long way to go. Never ever forget to make du'a. 



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar-Rum 21.


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al-Furqan 74


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia. Al-Anbiyaa' 89-91


Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Maryam 4-5


Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?. Al-Nahl 72


Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. Ali -Imran 15


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. An-Nur 32





This is how people should behave towards each other. What is important is our present  or future as perfect.



Aku mengharapkan agar segala yang dirancang berjalan dengan baik. Walaupun belum ada kata putus, aku masih tidak berhenti berdoa agar pengakhirannya adalah baik. 



Thankyou Allah for blessing of the sun and each moment.







Salah dihati tak dapat dinilai.





Terkadang pahit itu racun
Terkadang ia ubatnya
Terkadang manis it penyakit 
Terkadang ia penawarnya
Terkadang cerah itu bulan
Terkadang ia bintang
Terkadang basah itu hujan
Terkadang ia embun
Terkadang panas itu matahari
Terkadang ia api
Terkadang sakit itu mati
Terkadang ia hati
Terkadang diam itu bisu
Terkadang ia disakiti



Terkadang dia menipu
Terkadang dia ditipu
Terkadang yang lurus jadi bengkok
Terkadang yang bengkok jadi patah
Terkadang yang luka jadi bisa
Terkadang yang bisa jadi biasa
Terkadang yang benar jadi palsu
Terkadang yang palsu jadi kabur
Terkadang yang lemah jadi gagah
Terkadang yang gagah jadi pengecut



Terkadang yang hodoh jadi hina
Terkadang yang hina jadi ketua
Terkadang yang cantik dipuja
Terkadang dipuja yang binasa
Terkadang yang cerdik dihati
Terkadang dihati tak dihargai
Terkadang yang luka itu hati
Terkadang yang hati disembunyi



Terkadang

................




-nurulain-










Tuesday, 29 May 2012

Terengganu Photography Challenge 1mg1mc






aku nak try tapi gambar aku tak cantik.almaklumlah camera biasa tu pun pinjaman.ahaks! so,sape2 rakyat terengganu.yang sudah semestinya banyok gambor yg tiptop,bulis la join Terengganu Photography Challenge 1mg1mc.


Anjuran

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu




YANG BUKAN DARI TERENGGANU pun boleh.Tapi gambar nye mestilah dari negeri penyu itu ya...pahang dop?haha.


Alang-alang tu, meh sini aku masuk berkempimkempim gambor aku di ganu kiter.kat blog aku xpo lah kang.kihkih.


tasik kenyir.photo aku edit broo sixx.

tasik kenyir

kampung cina


kampung cina


Bukit Kluang


Masjid Kristal

TER


Pantai Pandak

Kuala Ibai



p/s : motif adalah untuk menaikkan semangat kawan2 menyertai cabaran photography.babai.






Pautan Islam





Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.



An-Nisaa 33


Sunday, 27 May 2012

Anak zaman kini




Anak zaman kini
Mak diketepi
Ayah di anak tiri
Dibiarkan sepi
Tiada siapa peduli
Hidup atau mati


Anak zaman kini
Hidup goyang kaki
Atas usaha mak ayah sendiri
Namun cepat lupa diri
Apatah lagi membangga diri
Macam dunia takkan mati


Anak zaman kini
Hidup mewah di Kuala Lumpur
Sedangkan ayahnya bermain lumpur
Untuk berasap periuk dapur
Mak pula menanam cekur
Buat tatapan tidur


Anak zaman kini
Berkereta laju bagai ferari
Sedang ayahnya berjalan kaki
Mengharap anak pulang jauh sekali
Apatah lagi menghantar sebungkus nasi
Bagai mati hidup kembali


Anak zaman kini
Rumah besar tiada penghuni
Sedangkan atap bocor mak tadah baldi
Buat berteduh menyendiri
Mengharap anak yang jarang kembali
Apatah lagi ingin membaiki



Anak zaman kini
Makan mewah hotel bintang lima 
Sedangkan ayahnya di kaki lima
Makan apa sahaja yang diterima
Walau harta sudah diterima
Namun ayah dicampak di sini sana


Anak zaman kini
Balik bukan menggembirakan hati
Ada sahaja yang tidak puas hati
Bukan kata nak urut kaki
Bahkan disuruh menjadi orang gaji
Walau cuma tiga hari


Anak zaman kini
Adik beradik diketepi
Mana yang tidak berjaya kau akan menjadi kuli
Bahkah dibuli
Untuk menutup kesalahan sendiri
Almaklumlah sudah kahwin dato' seri


Anak zaman kini
Mana yang kaya dijulang tinggi
Disebut sebut setiap hari
Macam yang hina ini tiada hati
Atau hidup kami cuma di kaki
Untuk dihina dan dikeji


Anak zaman kini
Asalkan tahu dimana asalnya
Cukuplah sekeping doa dalam solatnya
Bercakap baik pada ayahnya
Menjaga hati mak nya
Walau bukan harta berjuta
Namun kasih sayang harapannya
Bukan pujian juga
Apatah lagi makiannya
Cuma berharap agar anaknya 
Menikmati ada sebelum tiada
Nanti menyesal tiada guna


Anak zaman kini
........



-nurulain-







































Biar puisi berbicara.




Bismillah..



Semalam tidur ku tak lena
Entah memikirkan apa
Melihat kawan-kawan sudah berkereta
Mempunyai kerjaya dan berjaya
Memiliki cahaya mata
Juga punya keluarga bahagia


Aku juga tiada apa
Yang ada cuma jasad dan nyawa
Yang diberi pinjam cuma
Entah sampai bila
Dan bila sampai waktunya
Kembali jua pada yang Esa


Terfikir terkadang mengapa
Aku tercampak sebegini rupa
Belum cukupkah usaha
Atau terlalu banyak dosa
Sehingga terhapus air mata
Belum bisa sembuh luka


Kecewa itu biasa
Sedih juga teman bicara
Laju air mata
Bersulam ketawa 
Supaya semua ceria
Walau perih di dalam menderita


Berlari jatuh bangun berjalan semula
Tidak pernah kenal erti putus asa
Setiap tahun mengharapkan bahagia
Walau setiap tahun juga derita
Namun tetap mengharap kuasaNya
Merubah nasib insan biasa


Bila masanya untuk diri sendiri
Mendongak di atas bahu kiri
Biar tiada lagi iri hati
Moga tidur tenang kembali
Tiada susah hati
Walau tiada siapa peduli


Aku mahu itu ini
Memiliki nya sudah pasti
Sehingga penuh isi hati
Yang selama ini kosong tiada penghuni
Biar segenap dunia tahu siapa diri ini
Bukan untuk dipuji cukup untuk diingati



Semoga tuhan tahu isi hatiku
.........



-nurulain-








Friday, 25 May 2012

Hadiah dari si mata berbisa.Thankyou abang!





Si kotak rahsia..apa...
Dari dia si mata berbisa...


Si kotak rahsia..apa...
Setiap masa rasa suka
Walau bukan dengan kata-kata
Tapi di hati riang berbunga
Walau tiada siapa menduga
Tersentuh dalam terjaga
Terbuai dalam lena
Walau masih dalam dilema


Si kotak rahsia..apa...
Ku rasa masa berlalu begitu cepat
Walau kau sentiasa di sisiku dekat
Sepertinya aku tersekat-sekat
Melangkah keluar lambat-lambat


Si kotak rahsia..apa...
Berharap agar masa lebih lama
Berharap senja bertukar menjadi siang semula
Yang bulan berubah wajahnya
Biar mentari selalu di jiwa
Agar tenang ku merasa


Si kotak rahsia..apa...
Sedih ku biar pendam sendiri
Agar aku tahu betapa kau berharga lagi
Walau kau belum lagi pergi
Meninggalkan aku sepi


Si kotak rahsia..apa...
Melihatmu aku tak terkata
Berdebar segenap jiwa
Sehingga si bisu mentelah tak bersuara
Sayup terdengar sudah lega


Si kotak rahsia..apa...
Hadiah dari si dia
Untuk hari lahir ku katanya
Ku mahu buka
Tidak redha katanya
Mahu sahaja ku ketawa
Tapi redup matanya..aku biarkan sahaja
Mencari selesa


Si kotak rahsia..apa...
Ku pinta cium diluarnya
Apa ada baunya
Ku kira batu kerasnya
Berat juga

Si kotak rahsia...apa...
Rupa-rupanya ini didalamnya
Comel tak terhingga
Wangi menggila
Pertama kali mendapatnya


Si kotak rahsia..apa...
Kali ini bukan lagi rahsia
Biar semua melihatnya
Agar semua tahu aku juga berhak bahagia
Walau kau cuma si kotak rahsia
Aku tetap ingin memeluk dan mencium mu setiap masa
Kerana bagiku kau teristimewa




-nurulain-













p/s : Thankyou so much abang for everything... 
May Allah bless you
Always make du'a for u and me





Dari kerana mata.



Bismillah...


Jumaah Mubarrak to all readers,silent readers and to all great stalker. :)


Hari ke empat aku di Pantai Timur. Walaupun baru empat hari, banyak benda aku belajar. Banyak benda yang difikirkan.


Semalam, kawan aku mesej. Katanya die stress. Aku tanya kenapa...Katanya, bf die suka buat hal. Aku tanya lagi hal yang macam mana..Dia jawab hal yang boleh mencetuskan perasaan ragu-ragu dan curiga. Aku pelik.

"Terus terang jela meah,aku tak paham la"

"Ok, macam ni...bf aku ni ada masalah mata la.."

"Masalah mata? dia sakit mata ke? "

"Bukan,die suka pandang perempuan lain la wei...aku tak tahu la nak kata sakit hati ke..makan hati ke..nak marah ke..nak biarkan ke...kalau marah, xdek faedah..nak biarkan, sakit hati...nak merajuk, mcm bodoh je... ape pendapat ko wei"

"(gulp...gulp...sentapp tapp tapp)..aku..aku tak tahu la meah.."

"Ko bagi la pendapat wei...bukan die tengok je wei..die siap toleh 2 kali ..pastu paling aku makan hati tahap dewa, die boleh cakap...comeyy nye..."

"Allahurobbi....meah...sabar la...aku tau perasaan ko..macam ni la...ko nasihat la die..kalau dah nasihat die xmakan saman,ko try buat2 merajuk pulak...kalau die buat bodoh jugak...ko try la usha bf lain...pastu ko cakap la mamat tu hensem pulak.....ke macam mana?"

"Aku tak tau la wei...sedih aku ni...."


SEE?

Dop tahu la aku nok kate guane lagi...otok doh supo bus cas ligas doh mikir.siang gok ke kawang aku tuh.Duk makang hati dop starang.Ambe nok tulum ambe pung dop reti.Dok rok cettong ork ke guane..bak kata ariff akar umbi,bodo ngatt la kite orang puang duk mikir pagi petang siang malang.

Gitu la ore laki gak..napok hok comey skit, dop caro doh sapo yo duk sbeloh dio pum..kelih lalu...suponyo kito ni dop wujud..supo kito ni tunggul kayu ko bledi ko besen ko puyuk ko tudung puyuk?

Nak habaq mai la kat depa yang suka sangat la duk usha-usha awek lain ni...hangpa ni la,kut iya pun awek yang lalu tu lawa macam rozita che wan ke,lisa surihani ke,fatin suhana ke,cover-cover la sikit kalau depan awek hangpa...duk telenggok usha sampai meleleh ayaq liuq tu pasai apa...duk gila usha 2x dah tu siap puji "tu dia aihhh..comey nya"..amboi la hangpa ni kayu batu betoi...hangpa ni tak pikiaq langsung na hati marka hangpa...duk gila puji marka lain pasai apa tak tau...Padahal marka hangpa la yang ada kat sisi hangpa susah ke senang ke...

Kot iyalah nak puji pun,nak pandang pun...agak-agak la...Depan-depan awek jagalah sikit hati diorang...ATLEAST, jaga hati depan awek!Belakang,kalau nak pandang sampai patah tulang tengkok,nak usha sampai terkeluar biji mata pun buat lah...Kesian dan hargailah awek korang sikit...boleh tak?

Lagi satu, cuba dan tolong la hindarkan daripada memuji awek lain EVEN truly said, awek lain tu lagi comey..lagi best dan lagi bergaya daripada awek sendiri. Sebab apa?sebab, korang pun tak pernah puji awek korang sendiri ye tak? Puji awek sendiri pun tak, ni kan boleh pulak puji awek tepi jalan? Alahai...

Aku,sebagai sahabat kepada Meah,menyeru kepada kaum Adam..Jagalah mata. Kalau tak nak jaga hari2 pun takpe..Jaga time keluar dengan awek korang je k...Unless korang suka awek korang pandang balak lain dan cakap "mamat tu lagi ensem dari awak!"




'O Allah, make the months of Rajab and Shaaban blessed for us and let us reach the month of Ramadhan.

Monday, 21 May 2012

Rejab 1433.



Tomorrow, first Rejab 1433




May we be given long life and good health awaiting Shaaban and the holy month of RamadhanInshaAllah.


Here's the du'a to read in Rejab as taught by Shaykh Hisham Kabbani.



Allahumma inni astagfiruka min kulli ma tubtu lahu ilayka summa ‘udtu fih. Wa astagfiruka min kulli ma aradtu bihi wajhika wa khalatani fihi ma laysa fihi ridak. Wa astagfiruka linni`am allati taqawwaytu biha `ala ma’siyatik. Wa astagfiruka min azzunub allati la ya`lamuhu gayruka wa la yattali`u `alayha ahadun siwak wa la yasa`uha illa rahmatika wa la tunji minha illa magfiratuka wa hilmuk. La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu min azzalimin.Allahuma inni astagfiruka min kulli zulmin zalamtu bihi `ibadak. Fa ayyama `abdin min `ibadika aw amatin min ima’ika zalamtu fi badanihi aw `irdihi aw malihi fa atihi min khaza’inik allati la tanqus. Wa as’aluka an tukrimani birahmatik allati wasi`at kulla shay’in wa la tuhinani min ‘azabika wa ta`tiyani ma as’aluka fainni haqiqun birahmatika ya arhamur rahimin. Wa sallAllahu `ala Sayiddina Muhammadin wa `ala alihi wa sahbihi ajma`in. Wa la hawla wa la quwwata illa billahil Aliyyul Azim.


O Allah, I ask forgiveness of You for everything for which I repented to You then returned to. And I ask forgiveness of You for everything I displeased You with and all that concerns me with which You are displeased. And I ask forgiveness of You for the favors which I used for increasing my disobedience towards You. And I ask forgiveness of You for the sins which no one knows except You and no one sees except You and nothing encompasses except Your Mercy and nothing delivers from (the sins) except Your forgiveness and clemency. There is no God except You alone. You are the Most High, and I was one of the [self] oppressors! O Allah, I ask forgiveness of You for the injustice I committed against Your servants. Whatever of Your male or female servants whom I have hurt, physically or in their dignity or in their property. Give them of Your bounty which lacks nothing. And I ask You to honor me with Your mercy which encompasses all things. Do not humble me with Your punishment but give me what I ask of You, for I am in great need of Your mercy, O Most Merciful of the merciful. May Allah send blessings upon Muhammad and upon all his companions. There is no power and no might except in Allah the High, the Exalted.







p/s : cedit to sis e.